Rabu, 20 Oktober 2010

UMNO Itu Islam




Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat berada didalam ruang perhimpunan Agung Umno semasa perasmian serentak Perhimpunan Perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri Umno Malaysia oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apabila ditanya wartawan adakah Dr Asri sudah masuk umno sambil tersenyum Dr Asri menjawab sebagai orang Melayu dia sepatutnya menyokong parti yang sentiasa membela orang Melayu. Sebagi seorang islam tidak salah kita sebagai bangsa Melayu berjuang atas nama bangsa kerana orang Melayu juga beragama Islam katanya.-PSSR

Kehadiran Dr Maza semasa perasmian Perhimpunan Agung Pemuda UMNO mendapat perhatian ramai perwakilan dan pemerhati di Dewan Merdeka.


Kenyataan beliau ,Pisau sifatkan sebagai satu tamparan buat juak aparat pakatan.Terutamanya Nik Aziz yang terkenal dengan menghentam bangsa sendiri dan menuduh Umno sebuah parti asoibiah.

Hj Hadi pernah berkata tidak boleh politik suku agama suku,kata kata itulah menjadi modal aparat khawarij PAS menghentam semangat kebangsaan yang diperjuangkan oleh UMNO.


Hujah itulah turut dijadikan modal untuk menyerang UMNO kononnya begitu rasis. Khawarij PAS senada dengan rakan selingkohan politik gampangan seperti DAP PKR yang memainkan sentimen perkauman dan politik benci yang menuduh UMNO tidak berlaku adil dan saksama terhadap bukan bumiputra.


Pendapat seorang ulama seperti Dr Maza benar benar telah membuktikan perjuangan Umno selama ini berlandaskan perjuangan membela bangsa dan agama.Inilah yang menjadi asas perjuangan UMNO sejak dari dulu lagi.


Sebaliknya khawarij PAS sekarang ini memperjuangkan kepentingan dan menurut kehendak DAP,makanya mereka sanggup melakukan apa saja hatta ditunggang dan diperbodohkan oleh ultra kiasu chauvanist DAP.


Khawarij PAS sudah tidak releven didalam memperjuangkan Islam dan Melayu.Dua intipati dan dasar ini sudah digantikan dengan Middle Malaysia.Jika benarlah perjuangan khawarij PAS mengapa harus meninggalkan asas dan perjuangan parti mereka semata mata mahu menagih perhatian DAP.


Sumber: Pisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan