Jumaat, 3 Disember 2010

Karpal Gagal Pertahankan Anwar???


...Yang Sorang Senyum, Yang Sorang Masam Ni Kenapa???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Jangan suspen dulu. Si Karpal Singki Pecah tu bukan gagal mempertahankan Anwar dengan kes liwatnya. Kes liwat itu akan terus berlarutan sehingga Anwar dan Karpal sama - sama di'bungkus' nanti.

Isunya hari ini mengenai penggantungan Ketua Penipu Rakyat itu dari menghadiri sidang Parlimen bermula penggal depan.

Pada sidang akhbar petang tadi, Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen yang bersidang hari ini tanpa agenda khusus.

Katanya, pada mesyuarat itu sepucuk surat dari APCO bertarikh 19 Ogos dikemukan.


Apabila beliau tanya kenapa tergesa - gesa, Datuk Razali Ibrahim menyatakan "Kenapa Tidak?" Berikutan jawapan itu, Karpal Singki Pecah dan Sivarasa telah meninggalkan mesyuarat berkenaan sebagai tanda protes.

Yang menghairankan, kenapa si Karpal Singki tu boleh angkat kaki begitu sahaja? Tidakkah tindakan beliau yang angkat kaki dan meninggalkan mesyuarat itu bukti beliau gagal mempertahankan Anwar?

Kalau betul pun nak protes, sepatutnya buatlah dengan cara yang bijak. Tetapi sebaliknya tindakan Karpal Singki dan Sivarasa itu bakal mengakibatkan si Ketua Penipu itu digantung Parlimen.

Adakah Karpal Singki Pecah itu memang berniat untuk tidak mempertahankan Anwar? Jika tindakan ini pun beliau gagal, apatah lagi dalam kes Liwat Anwar nanti. Adakah Anwar masih percaya si Karpal Singki itu mampu mempertahankannya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Akhirnya Nizar Mohon Maaf Atas Kesilapan Sembahyang Lilin.

Dalam sesi perbahasan di dewan negeri Perak tadi Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan rela hati bersetuju bahawa sembahyang lilin yang dilakukan bersama pemimpin PAS dan Dap sewaktu mengingati kematian Teo Beng Hock adalah salah disisi hukum syarak. Beliau mengaku dalam Dewan yang mulia apa yang dilakukan adalah salah dan seterusnya memohon maaf kepada semua orang islam seluruh negeri Perak.

Sewaktu didesak oleh YAB Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir semasa sesi perbahasan bahawa, adakah perbuatan yang dilakukan Nizar bertafakur sambil memegang lilin salah di sisi syarak, kemudian DS Nizar menjawab "ya saya mengaku memang apa yang saya lakukan itu dan saya memohon maaf"

Jadi apa yang perlu dinyatakan disini PAS tidak perlu menegak benang yang basah kerana ini melibatkan hukum, PAS dikatakan mempunyai ramai ulamak jika hukum dipermainkan maka umat Islam di Malaysia akan terpesong akidah kata DS Zambri diakhir penggulungannya.

Rabu, 1 Disember 2010

Ketuanan Anwar Atau Ketuanan Yahudi



Dua bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memulangkan darjah kebesaran serta ganjaran yang diperoleh hasil keistimewaan orang Melayu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang membuat cabaran itu berkata, beliau berasa pelik dengan tindakan Anwar yang menolak ketuanan Melayu kerana beliau merupakan pejuang utama konsep itu sewaktu menjadi Ketua Pemuda sehingga ke Timbalan Presiden UMNO.

"Mereka (Anwar dan Azizah) tidak layak menerima darjah kebesaran itu. Anwar begitu hipokrit kerana beliaulah yang mewujudkan konsep ketuanan Melayu sewaktu bersama UMNO dahulu.

"Tetapi kini, dia menolak ketuanan Melayu. Adakah Anwar berasa kesal kerana tidak lagi berkuasa dan mahu menghapuskan konsep tersebut?" katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas rasa dukacita Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap segelintir pihak yang berhijrah ke negeri itu, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan juga peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya Ahad lalu berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu.

Anwar dalam ucapan penggulungan di hari terakhir kongres PKR itu memperlekehkan konsep ketuanan Melayu serta usaha-usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera.





Zahrain berkata, sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu, ramai kroninya mendapat layanan istimewa atas dasar Melayu termasuk anak emasnya yang kini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
"Masa dia (Anwar) berkuasa dahulu banyak kawan dia yang mendapat keistimewaan atas dasar orang Melayu. Tetapi kini bila tidak lagi berkuasa konsep yang diperjuangkan olehnya itu ditentang. Ini pemimpin yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin turut mencabar Anwar menyerahkan kembali darjah kebesaran yang diterimanya daripada raja-raja Melayu.

"Dulu ketuanan Melayu cukup kuat dipertahankan, tetapi hari ini Anwar mempertikaikan konsep itu. Ini satu politik cakap tidak serupa bikin.

"Kenapa sekarang nak pertikai selepas memperkayakan diri, keluarga, kawan-kawan dan kroni-kroninya melalui konsep tersebut. Kalau Anwar ada maruah dia harus serah balik semua anugerah dan darjah kebesaran yang diterimanya," katanya.

Beliau berkata, Anwar juga tidak layak untuk menerima anugerah dan darjah kebesaran kerana Penasihat PKR itu merupakan bekas banduan.

"Dia (Anwar) sendiri sudah tidak layak kerana merupakan bekas banduan. Saya ingat masa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dipenjarakan, Anwar antara orang yang kuat mendesak supaya ditarik balik darjah kebesaran diterima Rahim kerana dipenjarakan," katanya.

Sumber: Pejuang Bangsa