Sabtu, 2 Oktober 2010

Kepulangan Dinantikan Dengan Makian

Kerana pembohongan yang kerap memperbodohkan rakyat,Ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri di sambut kepulangannya dari Australia dengan bantahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam 9 malam tadi.


Sejak terdedahnya pembohongan dan temberang Guan Eng yang semua orang tahu beliau tidak mengakui menggunakan wang unsur judi dalam mana mana programnya,rakyat Pulau Pinang telah membuat bantahan diserata cerok negeri.

Guan Eng bersama Dr Mansor dan gerembolan chauvanist ultra kiasu tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas jam 9 tadi disambut oleh lebih kurang 30 orang kumpulan anak muda melayu Pulau Pinang dengan mengadakan demonstrasi secara aman kerana tidak berpuas hati diatas pembohongan dan memperbodohkan umat Islam yang kerap kali dilakukan oleh Guan Eng di hadapan balai pelepasan tingkat atas.

Guan Eng bersama rombongannya keluar dari pintu keluar VIP disambut dengan laungan 
perkataan 'Pembohong' ,'LIM Guan ENg Penipu',' Kencing
 Kepala Basah' serta' Melayu Pembelot' yang dimaksudkan kepada Dr Mansor TKM1.

Rata rata dari pemuda berumur dalam lingkungan 20-30an merentangkan banner yang tertera perkataan 'Lim Guan Eng Dulu Wang Judi Haram,Kini Wang Judi Halal Selamanya-Pembohong dan ada dikalangan mereka turut memegang plakad bertulis 'DAP Bohong,Amal Makruf Nahi Mungkar'

Yang menariknya ketua menteri berlidah biawak bersama rombongan beliau kelam kabut meninggalkan tempat kejadian walaupun ketika itu menyedari ramai wartawan menantikan beliau.Namun chauvanist ultra kiasu sosialis berlidah biawak ini tidak mempedulikan wartawan.

Inilah salah satu sifat pengecut dan bacul Guan Eng hingga tidak berani berhadapan dengan kebenaran dan bersua muka dengan rakyat Pulau Pinang. Inikah kerajaan RAKYAT yang dilaungkan,apabila mendapat bantahan terus melarikan diri dan tidak mempedulikan petugas media yang lama menantikan beliau .

Rakan blogger MIM dan EP turut mendedahkan bantahan daripada golongan warga emas yang berasakan kecewa dan tertipu dengan tindakan pembohongan kerajaan negeri.
Sumber Pisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan