Ahad, 31 Januari 2010

Santai Malam Bersama Ketua UMNO Bahagian

KULIM 30hb Januari 2010. Bertempat di Restoran Kak Wan Tomyam berlangsungnya majlis santai malam Team B10 bersama Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, turut sama penyelaras Kadun Penanti tuan Hj Abdul Rahim dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh Saudara Zaidi Md Said tak ketingalan Saudara Suhaimi Sabudin Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh. Tujuan diadakan majlis tersebut adalah untuk membincangkan tentang perancangan satu program besar-besaran yang akan berlaku di Kampung Guar Jering.
Kedatangan ketiga-tiga pemimpin bahagian datang bersama dengan sebuah kereta menghakis dakwaan kononnya terdapat ketidak kesefahaman diantara mereka. Ini merupakan satu perancangan jahat PR bagi memperburukkan kepimpinan UMNO Bahagian.








Giliran PAS Pula Bakal Ditumbangkan

Kalau beberapa minggu yang lepas gerakan Penanti Bangkit telah berjaya melumpuhkan serta mematikan PKR dalam cawangan Guar Jering dan kini tiba pula giliran PAS untuk merasakan keperitan yang sama apabila separuh kekuatan pemudanya kini pulang kepangkuan UMNO yang menyebabkan pemuda PAS Cawangan Guar Jering hampir lumpuh. Menurut Biro keahlian UMNO Guar Jering, Hesabudin Md Isa telah menerima banyak borang keahlian dari Pemuda PAS yang ada diantaranya pernah mewakili PAS Pulau Pinang dalam satu majlis anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bersama dengan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau yang dimaksudkan ialah Abdul Muthalib Md Isa yang merupakan antara AJK pemuda Guar Jering yang aktif diluar kawasan Pulau Pinang. Namun kebanyakan dari ahli baru tidak mahu gambar mereka dirakamkan atas faktor keselamatan yang mana kebelakangan ini ada beberapa mesej ugutan dari penyokong PR bagi menakut-nakutkan ahli yang ingin menyertai UMNO.
Saudara Fakhrul Che Umar yang merupakan bekas timbalan AMK baru menyertai UMNO beberapa minggu lepas telah menerima beberapa mesej ugutan dan laporan Polis telah dibuat. Kami di Penanti Bangkit akan mendedahkan angkara siapa dalangnya yang tidak berani berdepan dan berdebat akan kebenaran perjuangan Islam Dan Ketuanan Melayu. Kita nantikan siapakah dalangnya yang terkutuk itu.
Saudara Abdul Muthalib sedang mengisi borang keahlian

Saudara Fakhrul Che Umar bersama salinan report di balai Polis Bandar Perda.

Khamis, 28 Januari 2010

Program Sumbangan Untuk Pelajar Anak-Anak Yatim

Tuan Haji Abdul Rahim bersama beberapa AJK Cawangan






GUAR JERING 28hb Jan 2010. Satu Program Kemasyarakatan telah berjaya dianjurkan secara ringkas oleh Biro Kebajikan dan Biro Pendidikan UMNO Cawangan Guar jering. Program yang dimaksudkan ialah program Sumbangan Untuk Pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim Kampung Guar Jering. Program tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim yang merupakan Penyelaras Kadun Penanti. Seramai 8 orang pelajar telah menerima sumbangan tersebut. Menurut Pengerusi Biro Pendidikan saudara Junaidie Bin Abdullah, beliau merakamkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang sangat baik yang ditunjukkan oleh Tuan Haji Abdul Rahim dan juga seluruh penduduk Kampung Guar Jering, Ini membuktikan yang keperihatinan Tuan Haji Abdul Rahim terhadap perancangan bagi memajukan masyarakat kampung dititik beratkan.
Pada masa yang sama Tuan haji Abdul rahim yang juga YB Angkat Penanti telah menyumbangkan 2 biji bola takraw untuk pemuda-pemuda dikampung Guar Jering yang dilihat begitu bersemangat dalam setiap program yang dianjurkan. Ketua UMNO Cawangan Guar Jering Saudara Saiful Azhar mengucapkan Tahniah diatas kelancaran program tersebut kepada Biro Pendidikan dan Biro Kebajikan serta ahli-ahli UMNO Cawangan dan beliau juga berterima kasih kepada Tuan Haji Abdul Rahim diatas sumbangan serta keperihatinan beliau terhadap kampung ini.

Selasa, 26 Januari 2010

Santai Malam bersama Naib Ketua Pemuda Bahagian







BERTAM Satu majlis bersantai bersama dengan Saudara Suhaimi Sabudin Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh telah berlangsung di Asiatica Organic House Bertam Kepala Batas yang dihadiri oleh beberapa AJK serta ahli baru UMNO Cawangan Guar Jering dan beberapa ahli Putera. Tujuan diadakan majlis ini ialah untuk mempekenalkan Naib Ketua pemuda bahagian yang juga merupakan Ketua Pemuda Cawangan. Beberapa program telah dirangka serta diatur sepanjang tahun ini yang akan melibatkan semuah ahli.

Sabtu, 16 Januari 2010

Sekitar Program Gotong royong Bubur Asyura





GUAR JERING Program bergotong royong bubur asyura telah berjalan dengan lancar hari ini. Kebanyakkan peserta yang terdiri dari ibu-ibu tunggal dan wanita UMNO telah berjaya menghasilkan sebanyak 400 bekas kemudian diagih-agihkan untuk 2 buah kampung iaitu kampung Guar Jering dan kampung Kubu. Oleh kerana program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan jadi UMNO Cawangan Guar Jering akan menjadikannya acara tahunan.

Rabu, 13 Januari 2010

Jangan terperangkap permainan politik Anwar yang semakin terdesak - Ezam


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Umat Islam dan rakyat negara ini diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor (gambar) mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.

Dalam masa sama, dakwa beliau, Anwar juga mahu menggunakan isu itu untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak.

"Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 5 Januari lalu, Anwar melalui laman blognya anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian parti itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Menurut kenyataan itu, PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sementara itu, Ezam mendakwa agenda jahat Anwar itu boleh dilihat melalui kecaman Penasihat PKR itu terhadap negara Islam yang didakwanya menzalimi kelompok minoriti pada awal Disember 2009 di Australia.

Dakwa Ezam, kecaman Anwar itu disiarkan dalam media Australia termasuk The Age pada 6 Disember lalu.

"Dan hari ini dia bakar sentimen Kristian di Malaysia dalam isu kalimah Allah, Anwar memang pemimpin yang sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi.

"Dan kenyataan dia di Australia sebulan sebelum isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia meletus memaparkan agenda jahatnya," katanya.

Sumber: Pejuang Bangsa

Sabtu, 9 Januari 2010

Talkin Untuk PKR Guar Jering

Pusara PKR Guar Jering


Guar Jering Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Guar Jering yang berusia 12 tahun telah selamat disemadikan hari ini selepas kematian mengejut terkena serpihan bom petrol yang dibaling oleh orang yang tidak dikenali kearah Gereja. Menurut dari sumber-sumber yang boleh dipercayai cebisan telinga kanan masih tidak dapat dikebumikan kerana ada bersama dengan TKM untuk dibuat kenang-kenangan.

Sekitar Program Gotong Royong Bersama


Lokasi Program



Beberapa peserta sedang bergotong royong


Bubur asura diagihkan kepada setiap tetamu yang datang


Pengetua PIBG SK Guar Perahu bersama dengan
Guru Besar SK guar Perahu turut sama bergotong royong

Kelihatan Datuk Abd Jalil Ketua UMNO Bahagian dan
YB Angkat Penanti Tuan Hj Rahim sedang menikmati jamuan
selepas penat bergotong royong.


Antara pegawai-pegawai dari Jabatan kebajikan Masyarakat
turut sama bergotong royong


Ustaz Man antara yang hadir


Persembahan dari kanak-kanak Pusat Aktiviti guar Perahu


TAMAN GUAR PERAHU 10/01/10 Satu Program Gotong Royong Bersama telahpun belangsung dengan jayanya, bertempat di Pusat Aktiviti Taman Bimbingan kanak-kanak Taman Guar Perahu yang dianjurkan oleh Penyelaras Kadun Penanti bahagian permatang Pauh dengan kerjasama Jabatan kebajikan Masyarakat, Persatuan Penduduk, JKKKP Penanti, ketua-ketua Cawangan dan NGO. Turut sama yang menyertai ialah Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Bin Abdul Majid dan YB Angkat Penanti Tuan Haji Abdul Rahim.
Tuan Haji Abdul rahim yang merupakan tunjang utama Program ini berkata beliau berasa terharu diatas sambutan yang diberikan oleh semua pihak dan beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Saudara Sabri Safar serta ajk yang telibat, Jabatan kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan penyelamat, pihat polis Diraja Malaysia serta semua yang telibat dalam Program kali ini.