Selasa, 21 Januari 2014

Anwar Dilarang Masuk jepun

Setelah kita tahu kes sebenar Anwar Ibrahim yang dilarang masuk ke negara Jepun, apakah seterusnya?  



PB sarankan kepada Anwar, MP Permatang Pauh, Pulau Pinang supaya meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan Jepun dek salah faham yang berlaku dan juga tindakan bodoh rakan-rakan serta penyokong-penyokong beliau.

Dan seluruh rakyat Malaysia mesti bersama-sama menuntut agar Pakatan Pembangkang meminta maaf kepada kerajaan Jepun dengan kadar segera. Tak mungkin kita yang menanggung malu dek tindakan melulu dan kebodohan Pakatan Pembangkang.

Dalam masa yang sama, kita tentu tertanya-tanya sama ada pihak pengurusan tertinggi UMNO akan melakukan sesuatu terhadap kepimpinan pakatan pembangkang yang memfitnah parti itu.  

3000 Mengamuk di Seberang Jaya


PB mengucapkan tahniah kepada UMNO P.Pinang khusunya Bahagian Permatang Pauh yang bangkit mempertahankan maruah Perdana Menteri Malaysia yang diaibkan cukup memalukan dan penghinaan oleh Adun PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon .

Orang Melayu sudah  tak boleh bersabar  lagi dengan pelbagai penghinaan bukan sahaja terhadap agama Islam ( kalimah Allah ) , isu Melayu ( gerai diroboh ) , kini mereka sudah berani menghina pemimpin Melayu Islam kita iaitu YAB PM .

Bantahan melalui himpunan aman  dihadiri 3 ribu orang hari ini  membuktikan orang Melayu tidak boleh menerima penghinaan dan perbuatan mengaibkan dibuat pemimpin pembangkang.

Malah dalam ucapan DS Reezal Merican juga mencabar Adun PKR itu melakukan sekali lagi perbuatan biadap itu supaya dia boleh lihat sendiri bagaimana kemarahan orang Melayu .



Lebih 3,000 orang menyertai perhimpunan bagi mengecam tindakan biadab ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk Rabu lepas.

 Perhimpunan anjuran Umno bahagian Permatang Pauh itu juga bertujuan membantah tindakan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam.

 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perhimpunan yang disertai Badan Bukan Kerajaan dan badan kebajikan Melayu itu merupakan amaran kepada pihak yang tidak beretika supaya jangan menghina Islam dan perdana menteri. "Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan sampai menghina.

 Tindakan yang dilakukan oleh Adun Machang Bubuk itu bukan sahaja biadab tetapi kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyertai perarakan lebih satu kilometer yang diadakan di sekitar Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya hari ini.

 Perarakan yang bermula di Pusat Sukan Sunway dan berakhir di Pasaraya Sunway Carnival itu turut disertai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Said dan barisan kepimpinan Umno Pulau Pinang.

 Selain melaung slogan 'Hidup Melayu' dan berselawat peserta perarakan itu juga membawa kain rentang yang mengecam perbuatan biadab itu. - Bernama


himpuna ini hanya satu permulaan kebangkitan ...