Khamis, 29 Julai 2010

CERAMAH PERDANA - TAMAN GUAR PERAHU


SATU CERAMAH PERDANA YANG BERTAJUK "ANTARA POLITIK MELAYU DAN ISLAM"
AKAN BERLANGSUNG:-
PADA: 31 JULAI 2010
JAM: 9 MALAM
BERTEMPAT: PADANG BOLA RUKUN TETANGGA TAMAN GUAR PERAHU.
PENCERAMAH: DATUK MUSTAPHA TAIB
(Pegawai Khas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri)
USTAZ MUHAMMAD BIN SAAD
(Penceramah Bebas)

ANJURAN BIRO PENERANGAN UMNO NEGERI PULAU PINANG & UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH.


SEMUA DI JEMPUT HADIR

Isnin, 26 Julai 2010

UMNO Masih Unggul


Persidangan UMNO bahagian di seluruh negara yang telah berakhir baru-baru ini memberi isyarat tersendiri. Walaupun terdapat beberapa bahagian yang berdepan dengan kemelut dalaman seperti yang dialami di Rantau Panjang dan Sungai Petani, secara keseluruhannya perjalanan persidangan lancar.

Ramai pemerhati melihat UMNO berada dalam kedudukan yang mantap, jauh lebih baik daripada komponen BN lain terutamanya MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Di bawah kepimpinan Najib Tun Razak, imej dan kekuatan UMNO terutama di kalangan orang Melayu semakin positif meskipun suara kritis dan sinikal terhadap parti itu terus kedengaran.

Kini UMNO terus menjadi parti terbesar bagi orang Melayu. Selepas proses pemutihan dijalankan, jumlah ahli berdaftar parti itu menjangkau 3.2 juta orang. Jumlah keahlian menunjukkan aliran bertambah.

Dalam pada itu, Awang tertarik dengan penganjuran Karnival Rakyat anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah pimpinan Ikhmal Hisham Abdul Aziz yang mencatatkan sejarah kehadiran lebih 20,000 orang.

Karnival itu diadakan bersempena dan serentak dengan persidangan bahagian yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin. Di atas kertas, bukan senang untuk menarik jumlah yang besar itu apatah lagi di Kelantan yang diperintah oleh Pas. Namun ia menjadi kenyataan melalui kerja keras dan pendekatan baru UMNO Tanah Merah untuk mendampingi rakyat.

Apakah ini isyarat positif daripada penduduk Kelantan, yang mungkin masih awal untuk dijadikan rumusan. Namun Awang mengucapkan tahniah kepada UMNO bahagian itu khususnya Ikhmal dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed.

Awang percaya jika semua bahagian UMNO komited, kreatif dan bersungguh-sungguh dalam usaha memenangi hati rakyat, peluang parti itu untuk mencetuskan gelombang kebangkitan amat cerah.

Malah UMNO dijangka memberikan impak lebih besar apabila kaedah pemilihan baru dilaksanakan pada musim pemilihan akan datang. Kaedah itu lebih demokratik, lebih reflektif kepada akar umbi dan dapat membantu menangani politik wang.

UMNO akan menjadi parti yang pertama dan ke hadapan dalam melaksanakan pembaharuan itu, yang telah dirintis oleh Najib. Ia akan dihargai oleh orang Melayu serta membawa mesej kepada semua – UMNO masih unggul.

Utusan Malaysia

Jumaat, 23 Julai 2010

Sidang Media Membantah Kenyataan Guang Eng

Kelmarin, gambar yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng BERBOHONG apabila menuduh Nik Ali (SDO) P.Pinang tak menyediakan tempat duduk untuknya sewaktu Majlis Pelancaran Projek Keretapi Bukit Bendera telah didedahkan kepada umum di beberapa blog dan juga media massa.


Ketua Menteri P.Pinang ini terus menikus dan menyembunyikan diri apabila pembongkaran dibuat terhadap perangai jahatnya terhadap penjawat awam. Dia yang sebelum ini begitu berani ala-ala gangster menyerang Nik Ali, kini ibarat kehilangan suara apabila perangai samsengnya diketahui umum.

Apa yang mampu dilakukan oleh Ketua Menteri pengecut ini hanyalah dengan menghantar pencacai upahan untuk bercakap bagi pihaknya.

Semalam, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Ng Wei Aik, didalam kenyataan medianya telah memutarbelitkan kenyataan dengan menuduh Nik Ali pula berbohong mengenai kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa tiada tempat duduk disediakan pada majlis pelancaran tersebut.


Ng Wei Aik juga menggelar Nik Ali sebagai seorang Little Napoleon yang KURANG AJAR kerana berperang dengan Lim Guan Eng. Cina kiasu ini juga mempertikaikan mengapa tindakan Nik Ali disokong sepenuhnya oleh pihak KSN, Menteri-menteri UMNO dan juga Perdana Menteri sendiri.

Dia juga mengugut pihak kerajaan pusat supaya mengambil tindakan tegas kepada Nik Ali jika tidak mahu kakitangan-kakitangan awam yang lain MEMBERONTAK terhadap kerajaan Barisan Nasional.


Nampak tak betapa biadapnya DAP dan seluruh kroni-kroninya. Mereka sanggup melakukan apa saja demi memastikan matlamat mereka tercapai termasuklah berbohong, memfitnah dan juga mengugut kerajaan pusat.

Inilah corak pemerintahan DIKTATOR berorientasikan KOMUNIS yang cuba diterapkan oleh Lim Guan Eng dan DAP di negeri P.Pinang.

Dan inilah juga kepimpinan yang amat disanjung-sanjung oleh seluruh pengikut PAS serta PKR di seluruh negara kononnya kepimpinan gaya Khalifah Umar r.a.

Sudahlah mereka BERBOHONG, dan apabila tembelang mereka terbongkar, sanggup pula mereka memutarbelitkan fakta dan juga bertindak mengugut pihak kerajaan pusat pula.

Atas dasar itulah maka hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh membuat sidang media menyatakan sokongan serta berdiri teguh terhadap Pegawai kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Nik Ali Bin Mat Yunus.




PROGRAM MOTIVASI & KECEMERLANGAN UPSR

PERMATANG PAUH 24/7/2010. Pada hari ini berlangsungnya Program untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program ini diadakan di Dewan Utama Giat Mara Permatang Pasir yang dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang melibatkan setiap anak-anak dari Cawangan dalam Parlimen Permatang Pauh yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 6 petang.

Penting!!

Info Baru Pendaftaran Pengundi



Kalau kita masih tidak ambil berat tentang perkara ini, apa akan jadi pada anak cucu kita akan datang kususnya di Pulau Pinang dan Perak??

Isnin, 19 Julai 2010

Program UMNO Juara Rakyat Bulan Ekonomi & Keushawanan

PERMATANG PAUH 18/7/2010. Program UMNO Juara rakyat dengan tema Bulan Ekonomi dan Keushawanan telah berlangsung dengan sambutan yang amat memberangsangkan bertempat di Politeknik Permatang Pauh. Perbagai acara menarik telah diatur seperti pertandingan makan durian (sebanyak 1 lori), pertandingan pulut & serawa, pameran serta jualan dari usahawan bumiputera. Peluang-peluang perniagaan juga disediakan kepada pengunjung yang berminat tak lupa juga bantuan kewangan dari Tekun serta bank-bank tempatan. Turut hadir, Ketua UMNO Bhg. Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil, Dato' nasir, Hj Abdul Rahim, Cikgu Zaidi serta ramai lagi ketua-ketua cawangan, ketua pemuda dlm Parlimen Ptg. pauh. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Paduka haji Badruddin Bin Amiruddin yang merupakan Pengerusi Fama merangkap Pengerusi Tetap UMNO Malaysia.
Menurut pengerusi Bulan Ekonomi dan Keushawanan, Dato' Mohd Nasir yang juga Tim. Ketua UMNO Bahagian permatang Pauh, Beliau tidak menyangka pengunjung-pengunjung yang hadir pada program kali ini diluar jangkaan beliau juga memohon kemaafan kepada pengunjung yang tidak sempat untuk makan durian kerana habis awal. katanya lagi, kalau beliau tahu sambutan sebegini beliau akan menyediakan 3 buah lori buah durian.

Pertandingan Pulut & Serawa



Abang Tekun kita Saudara hafizal memberi senyuman mesra




Rabu, 14 Julai 2010

Penyerahan Bantuan Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

PENANTI 14/07/2010. Hari ini berlangsungnya penyerahan bantuan untuk insan yang kurang upaya dalam kadun Penanti telah disampaikan oleh Penyelaras Kadun Penanti iaitu Tuan Haji Abdul Rahim Man dengan kerjasama dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diketuai oleh Puan Norlela Binti Saad. Kali ini seramai 3 orang telah terpilih bagi menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Turut hadir beberapa exco pemuda bahagian, saudara Sabri Safar, Saiful Azhar serta beberapa orang kuat UMNO Cawangan.

Penerima pertama dari Kampung Guar Perahu iaitu Halimah Binti Amran yang berusia 80 tahun, telah uzur dan mempunyai seorang anak perempuan yang kurang upaya berumur 40 tahun yang masih mengunakan kad pengenalan lama.
Penerima Kedua dari Taman Guar Perahu, Siti Rohani Binti Daud 55 tahun yang menderita penyakit Kencing Manis,darah tinggi serta Strok semenjak 3 tahun lalu. Beliau kini tinggal bersama dengan anak perempuannya, Sitina Ummu Mariyam 26 tahun yang tidak berkerja. Beliau memohon bantuan dari Jabatan kebajikan Masyarakat pada bulan Mac dan sebulan sahaja telah diluluskan.
Penerima ketiga yang telah terpilih dari Kampung Mengkuang Titi iaitu Che Puan Binti ishak 77 tahun yang menderita penyakit Strok dan darah tinggi. Beliau kini tinggal bersama dengan anaknya Puan Safiyah Binti Ali seorang ibu tunggal mempunyai 2 orang anak. Beliau membuat pemohonan pada bulan Mac dan diluluskan pada bulan April.

Selasa, 13 Julai 2010

Demi Islam dan ketuanan melayu terpulang pada PAS untuk bersatu



Situasi perubahan arus perdana politik tanahair sekarang ini semakin menjadikan pemikiran rakyat Malaysia menjadi semakin kreatif dan kritis.. Dalam menghadapi survival politik terkini maka timbullah perbagai pandangan untuk menyatukan dua parti iaitu UMNO dan PAS.

Persolannya adakah perlu PAS KELUAR DARI PAKATAN ,jawapan bagi saya YA... PAS perlu keluar sebelum keadaan yang lebih membimbangkan demi bangsa dan agama. PAS mampu membina integriti sendiri. Adakah perlu PAS bersatu dengan UMNO. Jawapannya terpulang pada ahli PAS.

KENAPA PAS MENYERTAI PAKATAN RAKYAT ?

Apa hasrat PAS menyertai Pakatan Rakyat ?

Apa matlamat PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP ?

Apa penting PAS menyertai PAKATAN RAKYAT ?

Pemimpin PAS mengambil risiko dalam perjuangan yang hambar, yang tidak mempunyai matlamat sebenar PAS. Seolah PAS sudah di beli oleh sebahagian dari mereka yang mengambil peluang untuk menyampai cita-cita yang karut.

Omong yang tidak menentu, omong yang memecahkan rakus. Cita-cita besar PAKATAN RAKYAT hanyalah untuk membahagikan sama rata. Meminggirkan yang hak. Apa sudah jadi Pulau Pinang. Orang Melayu yang sudah terjun laut.

Pemimpin yang memimpin dengan konsep perniaga dan selepas itu monopoli segalanya. Sekarang sikit sahaja yang tinggal, untuk menangkan hati rakyat, perkara yang tak patut dia buat pun, dia akan cuba lakukan. Bagaimana orang yang sedang mabuk asmara. Sekarang apa pun boleh. Bila dah dalam gemgaman, hidung bertemu hidung pun dia tak menyapa.

PAS dengan DAP mimpi tak sama. Emak bapa pun lain. Jika kereta pun jenama lain, tak sama buatan. Warna lain, logo lain, cap lain. Cara beristinjak pun lain dah.Terkejut beruk saya bila PAS join dalam PAKATAN RAKYAT. Cuma cita-cita nak bakar kelambu masam. Kelambu yang dah lama tak basuh. Nak di sental dengan clorok terus-terusan. Nak di tukar terus dengan kelambu yang masam dan berlubang ini. Apa kata kita cuba tampung yang berlubang dan kita basuh semula, adakah lebih jimat?

PKR apa lagi... Penubuhan banyak melayu suatu ketika dulu. Sekarang dah jadi macam rojak buah timun ada, nenas pun ada, buah pauh pun juga, orang yang kecewa pun ada dalam PKR.

PAS mesti mengutarakan penarikan diri dari PAKATAN RAKYAT. Saya tidak mahu mengistilah pakatan ini secara lebih buruk dalam nawaitu saya.

PAS mesti naik sampan baru? Sampan yang ada tak kemana, kerana sampan ini juga banyak lubang. Sampan ini baru sahaja di buat, tapi kayunya reput, kayu yang tak tahan air, pakunya pun berkarat. Dayungnya akan patah. Ukuran yang tak sama. Ada yang tinggi, berat sebelah. Galanya lain. galanya pun lama.... ada ke yang tahu gala itu apa ?.

Lebih baik PAS bina sampan yang baru dengan ukuran sendiri, semua sendiri, konsep sendiri, perjuangan sendiri. Boleh pilih kayu yang baru, fiber yang berkualiti. Kita buat besar pun tak mengapa... Sebab nanti orang kita nak naik ramai. Ini kita pergi tumpang sampan orang.... Aduh tambang pun mungkin kena bayar... jadi fikir-fikirlah. - Bro

Sabtu, 10 Julai 2010

Sekitar Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Permatang Pauh

PERMATANG PAUH 10/07/2010. Persidangan tahunan pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh telah berlangsung dengan jayanya yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia iaitu Yb. Datuk Seri Haji Shahidan kasim mantan Menteri Besar Perlis. Persidangan ini telah berlangsung di Dewan besar Giat Mara Permatang Ara dengan Pemuda Permatang Pauh telah memecahkan tradisi dari segi berpakaian ala-ala Angkatan Tentera Malaysia. Menurut ketuanya iaitu Mohd Zaidi Bin Md Said yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi berkata ini sebagai lambang atau menunjukkan yang Pemuda-pemuda UMNO Permatang Pauh ini telahpun bersiap sedia dari sekarang untuk berperang habis-habisan dengan Pakatan rakyat menjelang PRU-13 bagi menawan kembali Permatang Pauh.













Rabu, 7 Julai 2010

Sekitar Kejohanan Badminton Guar Jering

GUAR JERING Baru -baru ini berlangsungnya Kejohanan Badminton bertempat di Gelangang Badminton Pak Mat di Kampung Guar Jering yang mana telah berjaya menarik seramai 40 orang yang terdiri dari pemuda-pemuda Guar Jering serta beberapa orang pemain luar.
Walaupun gelanggang Badminton tersebut nampak begitu daif sekali berbanding ditempat lain yang kebanyakkannya didalam dewan yang selesa namun semangat juang yang tinggi dapat dilihat dikalangan peserta serta semangat kesukanan yang jitu menambah kemeriahan pada pertandingan tersebut biarpun dalam keadaan cuaca yang panas terik ,hujan serta angin yang kadang-kadang terpaksa diteruskan juga memandangkan masa amat terhad.
Turut datang menyampaikan hadiah adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat iaitu Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man selaku Penyelaras Kadun Penanti yang agak sibuk dengan tugas harian dapat juga meluangkan masa bersama pemuda Guar Jering.
Menurut pengerusi pertandingan, Saudara Zafar bin Abu Bakar, Pada mulanya kami menjangkakan hanya 20 orang sahaja peserta tetapi apabila borang penyertaan diedarkan rupanya sambutan amat menggalakan 2 kali ganda dari jangkaan dan beliau juga berharap agar pihak UMNO Bahagian dapat memberi peruntukan bagi memperbaiki gelangang ini serta dapat menambah lampu supaya pemuda-pemuda dapat bermain diwaktu malam memandangkan tiada aktiviti-aktiviti waktu malam sejurus dapat menghindari dari gejala sosial yang tidak sihat.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang hadiah serta terima kasih kepada Ketua UMNO Cawangan Guar Jering saudara Saiful Azhar Bin Hassan kerana memberi sumbangan makan minum serta PA System sepanjang majlis ini berlangsung.