Khamis, 24 Mac 2011

Video Sex Anwar - Belakang Tetap Sempoi!!

Kot mana pun belakang jugak best!!

Macam-macam kenyataan yang dibuat oleh balaci-balaci Anwar untuk menyakinkan rakyat bahawa pelakon utama dalam video sex terhebat 2011dengan seorang pelacur berbangsa cina bukan Penasihat PKR Anwar Ibrahim.
Terbaru Johari Pelincir" Abdul mengatakan salah seorang Datuk Trio iaitu Datuk Shuib Lazim iaitu pak ciknya tidak yakin bahawa pelakon utama video sex itu ialah Anwar Ibrahim..boleh percaya ke cakap orang yang minta duit ni????
Ye ke tak...itu tak pasti tapi apa yang pastinya selepas keputusan video sex ini diperolehi Anwar Ibrahim dan Parti PKR akan terkubur.
...mungkin itu yang menyebabkan adun-adun dan ahli-ahli parlimen PKR meroyan tak tentu pasal dan mengeluarkan kenyataan yang bodoh untuk mempertahankan Anwar Ibrahim walaupun ada diantara mereka tidak lagi menonton video tersebut kerana survival parti PKR bergantung pada kes ini.
Harap-harap lepas ni tak wujud dah nama Anwar Ibrahim dan PKR di dalam arena politik Malaysia.
**Mana-mana ahli parlimen dan adun-adun dalam PKR yang rasa-rasa nak berpolitik lagi cepat-cepatlah lompat parti sebelum PKR terkubur....hahahahaha...

Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar.
Anwar telah beberapa kali menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis kelmarin.
“(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar, sama ada tulen atau tidak. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar,” kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu.
“Masa kami turun dalam lif, dia kata pak njang (pak cik) pun tak percaya,” kata Johari.- Malaysia Insider

Rabu, 23 Mac 2011

Video Sex Anwar Ibrahim - Dia atau siapa?

Gambar Hiasan??


ISU paling besar dan utama dalam kes yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim dengan pasangannya pelacur Cina ini adalah,adakah Anwar terlibat?Adakah Anwar lelaki yang dimaksudkan didalam video selama 20 minit itu dalam berbagai-bagai aksi seks itu?Adakah itu Anwar yang bukan sahaja gemar meliwat tetapi juga bernafsu terhadap pelacur.Cakap banyak pun tidak guna,tidak guna mempersoalkan kredibilti sesiapa dan apa yang perlu kita semua tahu,adakah itu Anwar?

Tidak perlu kaitkan cerita seks Anwar melanggan pelacur ini dengan kerajaan.Tidak munsabah untuk diheretkan UMNO sebagai organisasi yang terlibat menyempurnakan agenda pendedahan salah laku seks terbaru yang dikatakan membabitkan Anwar ini kerna rakan baiknya Shazryl Eskay Abdullah telah mengesahkan bahawa ianya tidak ada kaitan dengan kerajaan,parti atau orang-orang tertentu tetapi atas kesedarannya yang telah diperbodohkan oleh Anwar sejak sekian lama.

Kita sedar ada yang mempersoalkan kredibiliti Shazryl Eskay Abdullah dan Rahim Thamby Chik.Malah kita percaya yang taksub kepada Anwar akan merekayasakan pendedahan ini dengan tawaran wang berjuta dan sebagainya.Sikap dan pendekatan pembangkang,kita sedia maklum.

Kita ketepikan dulu persoalan ini tentang siapa mereka.Fokusnya adalah mencari jawapan kepada pelakunya.Satu negara mahu mengetahui kebenaran,mendengar pengakuan ataupun mencari jawapan,adakah benar Anwar terlibat ataupun orang lain di dalam video itu seperti yang digambarkan oleh Johari Abdul,MP PKR dari Sungai Petani.

Kita juga tidak berminat untuk mengetahui yang Johari Abdul meminta RM1 juta ringgit untuk setiap MP KeADILan daripada Eskay sebagai tawaran untuk beliau dan kumpulannya meninggalkan parti itu tetapi yang paling penting video itu harus didedahkan kepada umum supaya rakyat boleh mengetahui,adakah Anwar berbohong atau Dato Trio ini yang berbohong ataupun Johari menyampaikan cerita bohong kepada Anwar?

Mengharapkan Anwar mengaku samalah seperti kita menunggu bulan jatuh ke riba.Sampai kiamat pun Anwar akan menafikan bahawa beliau yang terlibat dalam video itu.Sedangkan beliau sendiri belum tengok pun video tersebut telah menafikan bahawa perutnya tidak buncit seperti pemain dalam video seks dengan pelacur Cina itu.

Anwar jangan sesekali dibenarkan memanipulasikan isu terbaru ini untuk terus mengelirukan rakyat.Berteorilah dalam apa bentuk sekalipun,cercalah Rahim sebagai orang yang pernah terlibat dalam skandal seks dan nilailah Eskay bukan seorang kawan yang baik kepada Anwar walaupun mereka berdua berkawan sejak 1996 dan akhirnya menikam belakang, ini bukan persoalan pokok yang harus didebat ataupun dihujahkan.

Tok Janggut

Ahad, 6 Mac 2011

TAHNIAH!! BN - Depa Dah Kalot...



Salam Perjuangan, Agak lama PB tk mengupdate bloq ni kerana PB sibuk kerana terlibat dengan projek pemindahan pelajar-pelajar kita di Mesir dan Penghantaran kembali Pelajar-Pelajar pulang ke Mesir dalam Opp Piramid.

PB ingin mengucapkan tahniah kepada YB baru Syed Ibrahim dan YB baru Roslan diatas kemenangannya di PRK DUN Kerdau Merlimau. Alhamdulillah, keputusan rasmi Pilihanraya Kecil(PRK) DUN Kerdau dan DUN Merlimau yang baru sahaja diterima menunjukkan sekali lagi BARISAN NASIONAL telah berjaya menewaskan PAS. Majoriti kemenangan BN telah meningkat manakala undi PAS pula menurun di kedua-dua tempat.
Peratusan yang keluar mengundi juga pada PRK kali ini juga meningkat jika di banding dengan PRU12. Mungkin disebabkan rakyat semakin yakin dengan transformasi yang sedang dilakukan oleh UMNO dan juga kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam mentadbir negara dengan baik. Hidup UMNO.....
Antara faktor yang telah menyumbang besar kepada kemenangan BN ialah Calon PAS yang kitar semula sebanyak dua kali di Kerdau. Mungkin disebabkan PAS telah menjangkakan kekalahannya di Kerdau lebih awal dan ingin mencipta rekod sebagai wakil rakyat PAS yang pertama bertanding dan kalah 3 kali berturut-turut. Nampaknya PAS sudah ketandusan calon yang berkaliber untuk bertanding mewakili PAS.

Di Merlimau pula kecekapan Ketua Menterinya dalam mentadbir negeri itu menjadi faktor utama mengapa PAS ditolak. Kerusi DUN Merlimau yang diidamkan oleh PAS untuk menjadi kerusi pertama dimenangi dan menjadi pencetus semangat kepada PAS untuk menghadapi PRU 13 nampaknya tinggal kenangan. PAS hanya layak menjadi kuda tunggangan DAP kerana tidak mempunyai kerusi di Melaka....

Seperti di Tenang, warga Felda di Kerdau dan Merlimau masih lagi menaruh kepercayaan dan harapan pada Kerajaan BN walaupun dihasut dan difitnah dengan hebat oleh pemimpin tertinggi pakatan haram. Dengan kemenangan ini, momentum ke arah BN yang mulai di Batang Ai dan disusuli di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi dan Tenang masih kekal bersama BN sehingga ke hari ini. Yang terbaru Kerdau dan Merlimau....
Sejak PRU12, corak pengundian sejak kebelakangan ini memihak kepada BN dan boleh dikatakan selari dengan corak di seluruh Malaysia. Bolehlah disimpulkankan bahawa kadar sokongan pengundi Melayu untuk BN sudah meningkat berbanding dengan pencapaian pada PRU12 dan PRK awal 2009, sentimen pengundi Melayu dan India nampaknya sudah pulih hampir sepenuhnya kecuali kaum cina.

Diharap BN dapat mengekalkan rentak kemenangan ini dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib ini sebelum menghadapi PRU13. HIDUP UMNO..........