Rabu, 1 September 2010

Membantu Pada Yang Memerlukan

GUAR JERING 31hb Ogos 2010. Sempena dengan bulan yang penuh keberkatan ini, Bersama-samalah kita saling ziarah menziarahi dan tolong menolong kepada insan-insan yang memerlukan maka atas dasar inilah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh merangkap Ketua Pemuda UMNO Cawangan Guar Jering iaitu saudara Suhaimi Sabudin bersama-sama dengan Ketua Cawangan Saudara Saipul Azhar serta beberapa rakan-rakan pemuda termasuklah Saudara Mohd Arif Ismail selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Caw. Guar Jering mengadakan beberapa lawatan serta memberi bantuan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik dan yang kurang upaya. Salah seorang diantara penerima itu ialah saudara M Syarif yang boleh dikatakan OKU terpaksa menanggung seramai 5 orang anak. Dengan sumbangan itu beliau berterima kasih kerana dapat meringankan bebanan beliau dan beliau mengunakan wang sumbangan itu bagi membeli pakaian anaknya.