Isnin, 22 Februari 2010

Program Mesra Pemuda Permatang Pauh


Cikgu Md Nor sebagai MC

Ustaz Rahiman lantang membaca doa

Semua Bersemangat ketika menyanyikan lagu "Bersatu"



Kelihatan beberapa bekas ahli Pas dan PKR dari Guar Jering

Dapat sambutan dari Pemuda sekitar Permatang Pauh


Saudara Suhaimi Sabudin selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian memberi sedikit taklimat

Tuan Hj Rahim memberi sedikit ceramah


Tak Ketinggalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil berkongsi maklumat



Cenderahati kepada orang yang banyak berjasa dalam UMNO Permatang Pauh

Ucapan dari Dato' Ahmad Saad mantan Ketua UMNO Permatang Pauh.

PERMATANG PAUH Baru-baru ini satu program telah diatur oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang di ketuai olah Saudara Mohd Zaidi Bin Mohd Said yang juga penyelaras dun Permatang Pasir telah berjaya dengan cemerlang apabila kedatangan pemuda-pemuda cawangan diluar jangkaan. Program tersebut dinamakan "Program Mesra", Program ini turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul jalil Bin Abdul majid yang sentiasa memberi sokongan kepada program pemuda, turut sama ialah Penyelaras Dun Penanti, Tuan Haji Abdul rahim serta beberapa veteran UMNO.
Tujuan diadakan program ini untuk memberi penghargaan kepada bekas-bekas pemimpin UMNO yang banyak membantu UMNO permatang Pauh selama ini.

Panas!50ribu bantah takmau terima bantuan UMNO di Permatang Pauh

Suara Keadilan tipu!Bukan 500 tapi 50'000!
Ramainya umattt.... penuh jalan tuuu...

Patutlah Umno lari punnn... Garang2 muka semua yg dok demo tuu...

Polis dok tengah belasah rakyat yg berdemo tuu.... zalim sungguh !

Uiiiii......., Wakil dari Ostolia pun adaaaa....

6 ribu FRU yang bertugas mengawal keadaan. Abang trafik tu letih jaga jalan yg jem giler..

Belasan ribu anggota FRU yang siap sedia untuk menggempur...



Petang tadi 500 penyokong Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan puluhan anggota polis dan FRU di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh kerana membantah penggunaan dewan sekolah untuk tujuan Program Bulan Kebajikan Umno Juara Rakyat.

Desakan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno akhirnya akur dan terpaksa membatalkan program tersebut apabila penyokong melaungkan 'Umno bukan juara rakyat, Umno juara penipu".

Wartawan Suara Keadilan Qayum Rahman yang berada di lokasi kejadian melaporkan Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis terhadap acara tersebut semalam tetapi Umno tidak menghiraukannya dan meneruskan program mereka.



Artikel diatas Pisau ambil dari rakan blogger che wan dan gambar diambil oleh sahabat blogger sejarahmelayu

inilah satu lagi contoh betapa bebal dan bodohnya mereka mempertikaikan majlis kebajikan yang dibuat disekolah oleh Umno Bahagian Permatang Pauh, majlis membantu rakyat mendapat sambutan yang cukup menggalakkan ini menandakan sokongan kepada Umno Permatang Pauh kembali meningkat,mereka yang membantah melambangkan tahap kebodohan kerana yang mendapat keuntungan adalah rakyat disekita permatang pauh.

Bandingkan berapa ramai yang menghadiri program Umno dan berapa ramai yang membantah diluar

Inikah yang dikatakan oleh juak2 PAS bahawa UMNO zalim
terhadap murid-murid sekolah







Adakah salah program kebajikan untuk rakyat ini diadakan
iaitu memberi bantuan kepada golongan warga emas, ibu tunggal
dan juga kerusi roda untuk orang OKU ??





pameran daripada jabatan kesihatan

gerai-gerai jualan

kaunter SPR untuk golongan muda daftar sebagai pengundi

kaunter pendaftaran untuk bantuan sumbangan

pertandingan mengubah manisan wajik

program kebajikan UMNO Juara Rakyat meriah dan mendapat sambutan
hangat dengan lebih 1000 penduduk hadir



Rakyat kembali menerima Umno kerana berasakan tertipu dengan dakyah PKR dan PAS,selama ini mereka langsung tidak dibantu walaupun kerajaan negeri diperintah oleh mereka.Umno teruskan berkhidmat kepada rakyat,biarkan juak haprak untuk terus berpolitiking dan terus terusan membuat fitnah .

Dun Penanti bakal tumbang,pasal tu lah makin meroyan juak haprak di sana,sokongan makin terhakis akibat permainan politik tahap gampangan oleh PKR hinggakan rakyat mula nampak siapakah yang jahat dan berbohong .

sumber dari Pisau

Selasa, 16 Februari 2010

Michael Danby Ketua Ahli Parlimen Australia Adalah Pejuang GAY dan YAHUDI.



Michael Danby adalah Ketua Ahli Parlimen Australia yang terkenal sebelum ini dilaporkan seramai 50 ahli Parlimen Australia telah mengesa kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim, dengan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kumpulan ini cuba mengajar Malaysia tentang demokrasi dan kebebasan seperti yang di amalkan di negara mereka.Tindakan Michael Danby dan ahli Parlimen Australia itu menyebabkan Anwar dan penyokong tegarnya termasuk di dalam PAS memperbesarkan gesaan ahli Parlimen tersebut, seolah-olah Anwar mendapat sokongan luar biasa dari pihak luar

Menjadi persolan siapa sebenarnya Michael Danby yang cuba diangkat hero baru yang membela Anwar ini, menurut laman wikipedia Michael David Danby merupakan seorang ahli politik Australia dari Parti Buruh Australia semenjak Oktober 1998, yang mewakili kawasan mengundi Port Melbourne, Victoria. kawasan itu merupakan antara kawasan yang mempunyai bilangan pengundi dari kelompok gay, lesbian dan Yahudi tertinggi di Australia.Danby lahir di Melbourne, Victoria dan melanjutkan pengajian di Melbourne University.

Tahun 2005, apabila terdapat jurnalis , Antony Loewenstein, yang memperlekeh dan kritikal terhadap komuniti Yahudi Australia, Danby telah mengambil tindakan menyatukan komuniti Yahudi di Australia memboikot pernerbit buku tersebut iaitu Melbourne University Press. Beliau menggangap sikap penulis tersebut dalam membincangkan isu konflik Israel-Palestin lebih kepada propaganda anti Israel.

elain tokoh kepada kumpulan Yahudi Danby juga merupakan tokoh yang memperjuangkan keadilan kepada golongan gay/lesbian di Australia.Banyak usaha telah dilakukan oleh Danby untuk memperjuangkan hak kelompok homoseksual di Australia.

Pada Disember 2003, Danby pernah mengkritik kerajaan Howard kerana melakukan dikriminasi keapada kelompok gay, disebabkan Howard gagal memperjuangkan hak golongan Gay dalam beberapa isu menyebabkan kumpulan gay/lesbian di Australia mengambil tindakan menyokong Danby dan parti buruh dalam pilihanraya Australia.

Disebabkan Danby juga Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (PBB ) pernah mendapati bahawa Australia berada dalam keadaan pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa kerana kerajaan Australia mewujudkan peraturan pasangan Gay tidak boleh menerima pencen daripada pasangan mereka yang meninggal dunia. Rujuk kepada kes Edward Young, seorang gay dari Sydney Australia yang merupakan veteran perang dunia ke II
Sumber dari Sini