Isnin, 29 Mac 2010

Inilah Pemimpin Juara rakyat

TARIKH : 26 MAC 2010
TEMPAT : 521, MUKIM 19, MENGKUANG TITI, BM
NAMA PENERIMA BANTUAN : PN HASNAH BT ALI

Penyelaras DUN Penanti, Hj Abd Rahim Hj Man bersama-sama Pemangku Ketua Cawangan Mengkuang Titi, Rohaizad Osman melawat dan menziarahi Pn Hasnah, 51 tahun yang merupakan ibu tunggal dan menjaga 4 orang anaknya serta ibunya yang buta, adiknya yang mengalami masalah kerencatan akal serta memelihara 3 orang cucunya yang telah ditinggalkan oleh anak dan menantunya.
Melihat kepada gambar berikut, rumahnya kelihatan begitu daif dan ada bahagian2 lantai kayu yang reput dan tidak selamat untuk diduduki bagi jangka masa panjang.


Sabtu, 27 Mac 2010

Program UMNO Juara Rakyat



















KAMPUNG PELET 27hb Mac 2010. Satu program yang dinamakan Program Bulan Agensi Kerajaan "UMNO JUARA RAKYAT" Parlimen Permatang Pauh telah berjaya dilancarkan yang berlangsung di Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet (PPK). Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato'Seri Hj Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadziah yang merupakan Menteri Kewangan II dan juga VBendahari UMNO Malaysia. Pengerusi bagi program ini ialah Tuan Haji Abdul Rahim Man yang merupakan penyelaras kadun Penanti. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua UMNO Bahagian Permatang pauh, Datuk Hj Abdul Jalil Bin Majid, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hj Mohamad Nasir, YB Ariff Shah Bin Omar Shah, Adun Seberang Jaya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said, ketua Wanita UMNO serta Ketua-ketua Cawangan dalam Parlimen Permatang Pauh.
Perbagai pameran dari Agensi Kerajaan telah mengambil bahagian antaranya PDRM,JPJ,KPDNKK,Kebajikan Masyarakat,Kemas dan SPR.
selain dari itu berbagai acara telah diatur seperti acara mewarna bagi anak-anak KEMAS serta pertandingan membuat kerabu.

Sabtu, 20 Mac 2010

Program Maulidur Rasul di Sekolah Agama Rakyat Padang Ibu (Penanti)






PADANG IBU Baru-baru ini satu program yang dinamakan Program maulidur Rasul telah berjaya dilaksanakan dan telah mendapat sambutan yang baik daripada kalangan kanak-kanak dan ibu bapa kawasan tersebut.
Program ini melibatkan 3 Cawangan UMNO di kawasan Penanti iaitu Cawangan Padang Ibu, Cawangan Padang Temusu dan Cawangan Guar Ipoh. Penyelaras DUN Penanti, Hj Abd Rahim terlibat secara langsung dalam program tersebut disamping itu beliau dapat berbincang dengan Ketua-Ketua Cawangan yang terlibat iaitu Hj Abd Malik Shariff, Pn Latifah Dato' Md Noor dan En Abu Bakar (Guar Ipoh) mengenai isu-isu masyarakat di kawasan tersebut.

Pemimpin Berjiwa Rakyat

SEBERANG JAYA 19hb 3 2010. Dalam kesibukan dengan tugas harian, Tuan Haji Abdul Rahim yang merupakan penyelaras Dun Penanti dapat meluangkan masa menziarahi Encik Fadzil Pemangku Ketua Cawangan Taman Tun Sardon di hospital Seberang Jaya, Beliau telah dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit darah tinggi dan sakit pinggang. Menurut Encik Fadzil, beliau berasa terharu diatas lawatan dari Tuan haji Rahim dan berterima kasih diatas kesudian mengziarahinya. kami di penanti bangkit mendoakan semoga Encik Fadzil segera sembuh.

Sabtu, 13 Mac 2010

Visi Jelas - Konvoi Jelajah Permatang Pauh




PERMATANG PAUH -13 Mac 2010. Satu Program jelajah Permatang Pauh yang dinamakan Visi Jelas yang berlangsung hari ini telah berjaya dengan cemerlang apabila mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang disertai seramai 350 pemuda-pemuda dari Kawasan Permatang Pauh. Program ini diketuai oleh Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh, Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said turut di bantu oleh Naib Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Suhaimi Bin Sabudin, Turut sama memberi sokongan iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Tuan Haji Abdul Rahim. Konvoi ini bermula dari Taman Arowana dan berakhir di rumah kenduri Ketua UMNO Bahagian, Dato' Abdul Jalil Bin Abd Majid. Sepanjang konvoi ini berlangsung, mereka sempat melalui beberapa cawangan iaitu Cawangan Guar Jering dimana disitu tempat mereka bersarapan pagi. selain dari itu mereka sempat menyerahkan sumbangan kepada insan yang kurang bernasib baik, seramai 3 orang telah dipilih untuk menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim. Selepas itu mereka berkonvoi ke Cawangan kampung Tun Sardon dan disitu seramai 3 orang juga telah dipilih untuk menerima sumbangan.
Kemudian Konvoi ini terus menuju ke rumah kenduri kahwin anak kepada Ketua Umno Bahagian Dato' Abdul Jalil bin Abdul Majid.