Ahad, 6 Januari 2013

Puan Masirah Calon PKR Di DUN Penanti?

MASIRAH BT. CHE ANI 
Salam 1 Malaysia, Semalam saya dihubungi oleh seorang kenalan yang mengatakan bahawa tempat Tim.Ketua Menteri 1 Pulau Pinang iaitu Dato' Mansor Othman (Adun Penanti) akan digantikan dengan seorang wanita yang bertugas sebagai  KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH Seberang Perai Tengah iaitu PUAN MASIRAH CHE ANI memandangkan PKR kini ketandusan calon yang berwibawa.
Seperti yang kita maklum bahawa Dato' Mansor Othman tidak akan mempertahankan kerusi beliau kerana Khalifah Lim Guan Eng tidak membenarkan lagi Mansor telibat dengan pengurusan Pulau Pinang selepas isu Tokong Guan Eng dan beliau telah disahkan bertanding di Kerusi Parlimen Nibung Tebal, Jadi pada mulanya badan perhubungan PKR Pulau Pinang  telah mencadangkan 2 nama untuk dicalonkan mengantikan tempat Mansor di Penanti iaitu, Zainol Abidin Bin Saad (Pembantu Khas Ahli Parlimen Permatang Pauh) dan Mohd Sukri (Ketua Penerangan AMK Permatang Pauh).
Namun apabila timbul kes rasuah ganguan seksual  yang heboh diperkatakan sekarang maka,
kedua-duanya digugurkan, Memandangkan PRU ke 13 semakin hampir Puan Maisarah telah terpilih walaupun dia bukan dalam dun Penanti dan Parlimen Permatang Pauh.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan