Selasa, 22 Januari 2013

Meraikan Pelajar Cemerlang UPSR 2012 SK Guar Perahu




Baru-baru ini satu majlis ringkas anjuran PIBG Sekolah kebangsaan Guar Perahu dan JKKKP Kg.Guar Perahu yang dinamakan Majlis minum petang meraikan kecemerlangan pelajar UPSR 5A yang bertempat di Dewan Perda Kg Guar Perahu.

Pada majlis tersebut seramai 13 pelajar yang telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2012. Menurut YDP PIBG Encik Saiful Azhar Bin Haji Hassan , program ini diadaka bagi menyuntik semangat para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ini akan terus berjaya dalam peperiksaan dimasa hadapan dan beliau menyeru agar kerjasama diantara  waris serta guru-guru dipertingkatkan demi kecemerlangan anak-anak. Beliau juga mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada barisan guru-guru diatas lonjakkan pencapaian UPSR yg begitu ketara berbanding tahun lepas hanya 4 pelajar sahaja.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Warga Cinta Malaysia (PECINTA) Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Farizan Binti Othman atau pangilan mesra Kak Yong yang merupakan isteri kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Tuan Zulkifli Bin Yahaya.

Selain dari YDP PIBG yang menyumbangkan wang peribadi beliau sebanyak RM390, Puan Farizan juga telah berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM650 untuk para pelajar tersebut. 

Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Pengerusi JKKKP Tuang Haji Abdul Wahab Raof bersama AJK JKKKP serta  AJK PIBG dan juga beberapa pemimpin tempatan termasuk guru-guru SK Guar Perahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan