Ahad, 25 April 2010

BN rampas Parlimen Hulu Selangor


KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Jumaat, 23 April 2010

Sumbangan Kerusi Roda

Penyelaras DUN Penanti merangkap NK Bhg Ptg Pauh Hj Abd Rahim Hj Man telah menyerahkan sumbangan kerusi roda kpd warga emas yg berumur lebih 82 tahun (Din bin Bakar) di Cawangan Tok Elong (DUN Penanti). Beliau bersama isteri telah melawat ibu tunggal iaitu Ketua Wanita Cawangan Tanah Liat Pn Azizah yg beliau mempunyai hubungan keluarga dngn penerima.

Menziarahi Ketua Puteri UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Hj Abd Rahim Hj Man NK Bhg merangkap Penyelaras DUN Penanti menziarahi Ketua Puteri Ptg Pauh Pn Marina bt Yahya yang terlantar dirumah sakit Pulau Pinang selama lebih 5 bulan kerana menghadapi cancer dan mendapat rawatan Kimo selang 2 hari sekali. Beliau yg menziarahi pada 21-4-2010 (Rabu) jam 6.35 ptg bersama-sama dng isteri serta En Sobri Safar SU DUN Penanti sempat juga menziarahi seorang lagi pesakit cancer iaitu isteri kpd En Ahmad bin Jusoh, Ketua UMNO Cawangan Indah Taman, Tmn Guar Perahu (dlm kaw DUN Penanti) yang bernama Siti Zaharah bt Ali seorang kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai pegawai pendaftaran di PERDA, Bukit Mertajam. Beliau telah terlantar sejak bulan Disember 2009 tahun lepas.

Selaku Penyelaras beliau telah menyalurkan sedikit bantuan kewangan sebagai simpati kpd mereka berdua.

Khamis, 22 April 2010

UMNO JUARA RAKYAT.....,,

Kampung Guar Jering...21.04.2010....Penyelaras DUN Penanti, Tuan Haji Abdul Rahim Man turun tanda mengambil berat mengenai apa jua masalah yang berlaku di dalam kawasan DUN Penanti. Beliau yang telah dilantik sebagai penyelaras DUN Penanti pada awal 2010 telah menunjukkan keperihatinan beliau kepada masyarakat DUN Penanti. Beliau ketika dilantik telah menyuarakan kepada kami UMNO Cawangan Guar Jering dan UMNO di dalam DUN Penanti supaya sentiasa mengambil berat dan memberitahu beliau jumlah anak-anak yatim / yatim piatu yang masih bersekolah, ibu-ibu tunggal, asnab yang layak menerima zakat dan sesiapa yang memerlukan bantuan serta mereka-mereka yang perlu dibantu. Kata-kata beliau ini pada awalnya kini telah dibuktikan dengan tindakannya sendiri. Syabas......diucapkan dari kami UMNO Cawangan Guar Jering kepada beliau....sesungguhnya janji-janji beliau disertakan dengan bukti tindakannya ini membuatkan setiap masyarakat di kampung Guar Jering dan lain-lain kampung tertawan dengan perwatakan beliau.....kepada UMNO bahagian Permatang Pauh kami di DUN Penanti inginkan ADUN pada masa akan datang seperti beliau...kalau boleh calonlah beliau di DUN Penanti ini pada PRU akan datang. Lihatlah sendiri bagaimana beliau sentiasa ke hadapan dalam semua aktiviti masyarakat tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Sekali lagi SYABAS diucapkan kepada beliau......sesungguhnya beliau telah membuktikan UMNO JUARA RAKYAT....!!!!!!!! Biar rebah menyembah bumi... demi Islam dan Ketuanan Melayu akan kami teruskan perjuangan ini....!!!!!!!!!! HANCURKAN PAKATAN RAKYAT !!! HANCURKAN PAS, PKR, DAP..!!!!! HIDUP UMNO! HIDUP UMNO! HIDUP UMNO! 1 MALAYSIA....


Menziarahi Jenazah Ketua Cawangan Padang Temusu

PADANG TEMUSU -17 April 2010 - Penyelaras DUN Penanti, Hj Abd Rahim b Hj Man telah menziarahi jenazah Allahyarham Hj Abd Malik b Shariff yang berumur 57 tahun, Ketua Cawangan Padang Temusu dan juga sebagai AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh merangkap Pengerusi Biro Dakwah juga Pengerusi Masjid Padang Ibu yang telah kembali ke rahmatullah semalam, 16 April 2010 jam 4.10 petang kerana menghidapi penyakit buah pinggang dan jantung. Kawasan ini adalah termasuk didalam kawasan DUN Penanti. Semasa hayatnya, Allahyarham cukup aktif didalam politik Permatang Pauh selama lebih 30 tahun dan seorang pemimpin yang mempunyai latar belakang agama yang baik. Beliau disifatkan sebagai seorang yang tidak mempunyai masalah dengan orang ramai dan masyarakat sekeliling serta disayangi oleh semua. Jenazah tiba di rumahnya pada 17 April 2010 dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Ibu.

Kami di Penantibangkit mendoakan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah






Program Takaruf di Mengkuang Mak Sulong

MENGKUANG MAK SULONG - 11 April 2010 – Seramai lebih 40 orang menghadiri Program Takaruf di Mengkuang Mak Sulong yang berlangsung pada jam 5.15 petang. Program ini melibatkan Pegawai JASA, Abdul Halim b Bakar bersama-sama dengan Penyelaras DUN Penanti, Hj Abd Rahim b Hj Man yang mana telah memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa politik dan hubung kaitnya dengan politik semasa di Pulau Pinang. Penduduk kawasan itu telah mendapat maklumat terkini dan tindakan-tindakan yang harus dilakukan oleh cawangan tersebut dengan bantuan bersama oleh Ketua Cawangan mereka En Ariffin, Ketua Wanita Cawangan dan keseluruhan AJK Cawangan untuk menghadapi PRU-13.

Disamping penerangan, Majlis Daftar Pemilih Baru telah juga diadakan dan lebih 10 orang telah mendaftar sebagai pengundi pada petang tersebut. Program ini tamat pada jam 6.45 petang.




Program Bersama Rakyat Di Permatang Nibong

PERMATANG NIBONG - 11 April 2010 - Pada jam 3.30 petang,program ini melibatkan kerjasama dari KEMAS Permatang Pauh dengan masyarakat kampung Permatang Nibong. Pelbagai acara telah dijalankan melibatkan anak-anak masyarakat Permatang Nibong seperti peraduan melukis dan mewarna, pertandingan memasak dan sumbangan juga turut dberikan kepada kalangan yang kurang berkemampuan. Majlis Daftar Pemilih untuk pengundi – pengundi baru juga turut dijalankan pada petang tersebut. Di antara yang hadir, Dato Hj Abdul Jalil, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, YB Dato Arif Shah, ADUN Seberang Jaya, Hj Abd Rahim Hj Man, Naib Ketua UMNO Bahagian merangkap Penyelaras DUN Penanti serta En Mohd Zaidi b Hj Said, Ketua Pemuda UMNO Bahagian.





Taklimat Kepada Penerima Wang Tekun

PERMATANG PAUH - Majlis taklimat oleh Ketua Bahagian telah di adakan pada 11.00 pagi bertempat di Bangunan UMNO Bahagian Permatang Pauh kepada 9 orang penerima Wang Tekun. Majlis yang berlangsung kira-kira 1 jam setengah ini turut melibatkan penyelaras DUN Penanti dan DUN Permatang Pasir. Penerima-penerima telah diberi taklimat supaya jangan salah gunakan peruntukan yang diberi dan peruntukan tersebut sebaiknya digunakan untuk membesarkan perniagaan yang mereka ceburi.

Melawat Orang Sakit di Hospital Seberang Jaya

SEBERANG JAYA- Naib Ketua Bahagian merangkap Penyelaras DUN Penanti, Hj Abd Rahim b Hj Man bersama isteri telah menziarahi anak ahli Cawangan Guar Jering yang kemalangan jalan raya yang mengakibatkan usus kecil mangsa pecah. Beliau telah menjalani pembedahan usus tersebut dan kini masih di rawat di hospital, wad 8. Mangsa ialah Adik Norhafiza bt Husin.

Selepas itu, Hj Abd Rahim dan isteri sempat menziarahi seorang lagi ahli cawangan iaitu Pn Mah bt Saleh yang menderita penyakit kencing manis. Beliau juga turut di rawat di hospital yang sama. Sedikit sumbangan kewangan telah diberikan kepada kedua-dua mereka.




Khamis, 15 April 2010

Perjanjian Syaitan

"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan ingin mendampingi.

Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.

Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’ antara PAS-DAP.

‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan.

Penentangan yang dari Tok Guru Haji Lah adalah berdasarkan ‘kesesatan demi kesesatan Nik Aziz’ yang dianggapnya sanggup ‘memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu.’

Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,

‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.

Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,

Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.

Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

Hari ini diatas kelantangan Tok Guru Haji Lah menentang ‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tok Guru Haji Lah juga turut menulis,

Saya amat yakin perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika dibawah kerajaan boneka DAP.

Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala PAS mengikut membabi-buta sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

(Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan perenggan terakhir di atas tetapi saya siarkan pandangan Tok Guru Haji Lah kerana dari beberapa aspek tetap ada kebenarannya. Bagaimanapun saya yakin dan masih melihat tidak kesemua di dalam PAS yang mengikut membabi buta DSAI. Namun begitu mereka terpaksa menurut dan menjadikan keputusan jemaah untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi mengelak perpecahan dan kemusnahan PAS).

Kita tinggalkan dulu tulisan Tok Guru Haji Lah sehingga saya berpeluang untuk menemuramah beliau untuk blog ini, dan kembali kepada kenyataan-kenyataan Nik Aziz sendiri.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.

Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.

Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,

Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka.

Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,

Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir.

Bagaimanapun beberapa bulan sebelum itu iaitu pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,

Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.

Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,

Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

Tetapi kata-kata Nik Aziz berubah-ubah mengikut khalayaknya kerana sebelum itu pada 24 Januari 1999 Nik Aziz memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, kata Nik Aziz,

Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam? Adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Nik Aziz yang ingin menolong DAP atau di dalam bahasa Nik Aziz, Islam yang menolong kafir apabila Nik Aziz berkali-kali mempertahankan DAP.

Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,

PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa

Lantaran pada 6 November 1999, Nik Aziz berkata lagi,

PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

Kenyataan Nik Aziz ini ternyata amat berbahaya kepada Masyarakat Islam kerana di dalam Pakatan Rakyat hari ini, PAS adalah parti yang minoriti. Oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh mendabik dada membuat syarat kepada DAP.

Saya tidak dapat salahkan Tok Guru Haji Lah apabila pada pandangan beliau yang tinggi ilmu agamanya menyelar Nik Aziz sebagai sesat, kerana pada 23 April 1994, Nik Aziz telah berkata,

Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.

Dan pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz berkata,

DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam

Di dalam kerakusannya untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusannya menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan Nik Aziz sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-rubah rupa bentuk dan warnanya. Di dalam bahasa Kelantan ia dipanggil Pok Kor.

Yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi Pok Kor Angguk. Yang akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa. Dan akan menganggukkan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di Dewan Rakyat di dalam Pakatan Rakyat.

Gemullah Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah sewaktu hidupnya juga seperti Tok Guru Haji Lah Pondok Geting gelisah dengan pendirian Nik Aziz yang sering bagi para Tok Guru terlalu mempolitikkan agama atau dengan bahasa kasarnya, menjual agama untuk menghalalkan politiknya.

Kegelisahan itu menjadi-jadi bila Nik Aziz secara terbuka berkata sanggup berkawan dengan Syaitan, berkata Allah gedebe atau samseng, Allah mencarut di dalam Al Quran dan lain-lainnya contohnya bila Nik Aziz berkata adalah halal untuk makan tupai.

Saya membaca kembali transkrip ucapan Nik Aziz ketika beliau berkata Allah mencarut di dalam Al Quran ternyata di dalam menghalalkan penggunaan kalimah ‘p***mak’ oleh Shahnon Ahmad di dalam buku Shit, Nik Aziz telah mengelirukan khalayaknya dengan menyamakan definisi mencarut atau di dalam bahasa Kelantan sebagai ‘menyapung’ adalah sama dengan tafsiran bagi ungkapan maki hamun.

Di dalam menghalalkan segala aspirasi politiknya, Nik Aziz telah tergamak memanusiakan Allah SWT. Nik Aziz mewarnakan sifat-sifat Allah yang Esa dengan sifat-sifat manusia.

Bahkan Nik Aziz berkata pada 29 April 1999,

Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.

“Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

Sumber Kickdefella

Rabu, 14 April 2010

Program Mesra Jasa Bersama Artis Filem Belukar

KAMPUNG TERUS 13 aPRIL 2010. Satu program mesra Jasa telah diadakan bersama dengan artis-artis serta Krew filem "Belukar" telah berlangsung dengan meriahnya. Program ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan Kebudayaan serta Syarikat Preston Zaidan Productions Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat perfileman dalam rangka mempromosi filem terbaru mereka. Turut bersama ialah penyelaras Kadun Penanti iaitu Tuan Haji Abdul Rahim bin Man serta warga Kampung Terus. Promosi filem yang agak unik ini yang julung-julung kalinya ini telah mengemparkan Kampung Terus dengan kehadiran beberapa bintang filem ternama seperti: Datuk Tamimi Siregar (Farid), Danny (Zailan), Annuar Chew Kin Wah (TKO), Sabrina Hassan (Ivy), Azwan Kombos (Pit), Md. Eyzendy Aziz (Hitam), Ray Redzuan (Momok), Fong U-Shin Xavier (Gong), Ekin AF4 (Norashikin), Sharmila Dedy Borhan (Mary) dan Linora Low (Gincu). Menurut produser Eksekutif Preston Zaidan Productions (PZP) Sdn. Bhd., Datin Zulhaila Siregar, beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kampung Terus dan kampung sekitarnya kerana memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang program ini berlangsung.
Seramai 6 orang yang terdiri dari orang kurang upaya serta warga emas telah dipilih untuk menerima sumbangan berbentuk hamper serta wang tunai daripada Tuan Haji Abdul Rahim dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Selain dari itu acara gotong royong membersihkan jalan mini tar sepanjang masuk ke Kampung Terus dan jugak gotong-royang memasak makan tengahari.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini sila klik kat sini.