Rabu, 23 Mac 2011

Video Sex Anwar Ibrahim - Dia atau siapa?

Gambar Hiasan??


ISU paling besar dan utama dalam kes yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim dengan pasangannya pelacur Cina ini adalah,adakah Anwar terlibat?Adakah Anwar lelaki yang dimaksudkan didalam video selama 20 minit itu dalam berbagai-bagai aksi seks itu?Adakah itu Anwar yang bukan sahaja gemar meliwat tetapi juga bernafsu terhadap pelacur.Cakap banyak pun tidak guna,tidak guna mempersoalkan kredibilti sesiapa dan apa yang perlu kita semua tahu,adakah itu Anwar?

Tidak perlu kaitkan cerita seks Anwar melanggan pelacur ini dengan kerajaan.Tidak munsabah untuk diheretkan UMNO sebagai organisasi yang terlibat menyempurnakan agenda pendedahan salah laku seks terbaru yang dikatakan membabitkan Anwar ini kerna rakan baiknya Shazryl Eskay Abdullah telah mengesahkan bahawa ianya tidak ada kaitan dengan kerajaan,parti atau orang-orang tertentu tetapi atas kesedarannya yang telah diperbodohkan oleh Anwar sejak sekian lama.

Kita sedar ada yang mempersoalkan kredibiliti Shazryl Eskay Abdullah dan Rahim Thamby Chik.Malah kita percaya yang taksub kepada Anwar akan merekayasakan pendedahan ini dengan tawaran wang berjuta dan sebagainya.Sikap dan pendekatan pembangkang,kita sedia maklum.

Kita ketepikan dulu persoalan ini tentang siapa mereka.Fokusnya adalah mencari jawapan kepada pelakunya.Satu negara mahu mengetahui kebenaran,mendengar pengakuan ataupun mencari jawapan,adakah benar Anwar terlibat ataupun orang lain di dalam video itu seperti yang digambarkan oleh Johari Abdul,MP PKR dari Sungai Petani.

Kita juga tidak berminat untuk mengetahui yang Johari Abdul meminta RM1 juta ringgit untuk setiap MP KeADILan daripada Eskay sebagai tawaran untuk beliau dan kumpulannya meninggalkan parti itu tetapi yang paling penting video itu harus didedahkan kepada umum supaya rakyat boleh mengetahui,adakah Anwar berbohong atau Dato Trio ini yang berbohong ataupun Johari menyampaikan cerita bohong kepada Anwar?

Mengharapkan Anwar mengaku samalah seperti kita menunggu bulan jatuh ke riba.Sampai kiamat pun Anwar akan menafikan bahawa beliau yang terlibat dalam video itu.Sedangkan beliau sendiri belum tengok pun video tersebut telah menafikan bahawa perutnya tidak buncit seperti pemain dalam video seks dengan pelacur Cina itu.

Anwar jangan sesekali dibenarkan memanipulasikan isu terbaru ini untuk terus mengelirukan rakyat.Berteorilah dalam apa bentuk sekalipun,cercalah Rahim sebagai orang yang pernah terlibat dalam skandal seks dan nilailah Eskay bukan seorang kawan yang baik kepada Anwar walaupun mereka berdua berkawan sejak 1996 dan akhirnya menikam belakang, ini bukan persoalan pokok yang harus didebat ataupun dihujahkan.

Tok Janggut

2 ulasan:

  1. CONGRATULATIONS... TAHNIAH.. SYABAS... 1 MALAYSIA....... 1 BAPAK AYAM DAN 1 IBU AYAM.. 1 BLOG BAPAK AYAM SUDAH MUNCUL MAKA AKAN LAHIRLAH BERJUTA2 LAGI BAPAK-BAPAK DAN MAK-MAK AYAM.... SERTA PENGIKUT SETIA MERANGKAP PENYUNDALAN.............

    NEGARA LAIN SEBUK MENJADI PENGELUAR BAHAN2 YANG BERMUNAFAAT.
    .
    TAPI KITA 1 MALAYSIA... MENJADI PENGELUAR TERBAIK BAPAK2 AYAM / MAK2 AYAM / BLOG2 / WEB2 / TV 1/2/3 / METRO SEBAGAI WADAH PENYUNDALAN YANG MENJIJIKAN . WAHAI ........PENGIKUT2 PENYUNDALAN. WALAU TINGGI MANA TARAF PENDIDIKAN. IJAZAH BERGULUNG2, TAPI MANTEL MASIH DILUBANG BONTOT !!! TAKDA MAKNANYA.....

    BENCI PADA ORANG LEMBUT LIDAH DARI BIBIR. IA IBARAT API DALAM SEKAM...

    BalasPadam
  2. http://abangkacak.blogspot.com/2011/07/politik-oh-politik.html

    BalasPadam