Khamis, 11 November 2010

Kit Siang Bapak Perkauman


Dinosour pakatan Lim Kit Siang atau lebih mesra dengan panggilan Unker Lim cukup dikenali ramai dengan politik perkauman ,chauvanist dan ultra kiasu.

Tidak ada satu pun kenyataan beliau yang menyokong mengenai perlembagaan 153 dan 152,Bermakna beliau sendiri tidak mengiktiraf Kesultanan Melayu,hak Istimewa pribumi dan bumiputra dan DEB.

Ayah kepada Ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang ini berasakan terancam apabila ada pihak membangkit mengenai isu 13 Mei. Hinggakan beliau dan balaci balacinya mengancam Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang mencadangkan program khas diadakan pada 13 Mei setiap tahun bagi mengingatkan rakyat khususnya golongan belia kepada peristiwa hitam berkenaan.


Mengapa chauvanist ini melatah dan menuduh sebagai hasutan mengenai saranan itu? Sebetulnya beliau tidak mahu golongan muda tahu beliaulah salah seorang dalang yang mencetuskan konflik 13 Mei 1969.


Kit Siang bapak kepada segala politik perkauman, bacalah didalam blog ultra kiasu ini ,ruangan komen dipenuhi dengan chaivanist yang sentiasa secara konsisten menyerang bangsa melayu dengan komen komen yang menghina dan merendah rendahkan orang melayu.


Kit Siang tidak pernah jemu menghasut kaum cina dengan politik benci dan perkauman. Kit Siang begitu konsisten menyerang keharmonian sesama kaum yang terbina sejak dari dulu lagi.

Adalah menjadi satu masaalah besar buat DAP jika rakyat tahu merekalah dalang sebenar yang mencetuskan konflik perkauman 13 Mei.

Kini darah daging chauvanist ultra kiasu Kit Siang sudah menjadi Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang. Ingatlah produk Kit Siang tidak pernah lari dari matlamat asal untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysia yang menuntut agar perlembagaan 153 dan 152 dihapuskan.


sumber: pisau

Selasa, 9 November 2010

Pulau Pinang lingkup diperintah King Of Spin



Corak pemerintahan berterusan ala diktator di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang berteraskan ‘cakap tak serupa bikin’ itu bukan sahaja mendapat tentangan orang Melayu di Pulau Pinang, malah ia turut disertai kaum lain di negeri ini.

Ikuti temubual Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan memberitahu wartawan Utusan mengenai fenomena yang bukan memeranjatkan untuk rakyat PP kerana ia akan sentiasa berlaku kerana Pulau Pinang kini diperintah oleh King Of Spin.


UTUSAN: Apa yang menyebabkan rakyat Pulau Pinang bangkit membuat bantahan di depan DUN kelmarin?

CHENG GUAN: Banyak perkara yang menyumbang kepada insiden tersebut dan yang pasti rakyat kini sudah terseksa dengan pemerintahan Guan Eng yang ‘cakap tak serupa bikin’ dan hanya tahu memutar belit semua perkara sepanjang masa.

Kalau kita lihat yang datang kelmarin, semuanya mempunyai masalah berlainan yang berlaku di tempat masing-masing dan ia juga bukan sesuatu yang dibuat-buat, mereka kini terasa sangat sengsara, tidak seperti dulu.

Malah, mereka berbuat demikian selepas segala macam cara digunakan tetapi kerajaan DAP Pulau Pinang ini tidak berbuat apa-apa sehingga membangkitkan kemarahan mereka yang sudah dipendam sejak sekian lama.

Adakah ini berkaitan dengan janji yang diberikan dalam manifesto PRU Ke-12 mereka?

CHENG GUAN: Sudah tentu. Inilah yang terjadi apabila kita pandai sangat buat janji, cakap sana sini ikut sedap mulut sahaja dan apabila memerintah semua benda pun tak boleh nak buat.

Dulu janji, lepas menang sahaja terus mahu hapuskan tol Sungai Nyior tetapi sekarang tak buat apa-apa pun dan mahu salahkan Kerajaan Pusat pula, mereka ini memang tidak bertanggungjawab.

Bukan main lantang memberitahu, yang mereka buat apa pun akan fikir tentang rakyat, tapi apa berlaku sekarang semua yang mereka buat membebankan rakyat, tarif air barulah, malah tempat letak kereta hujung minggu pun masih kena bayar.

Kenapa ia boleh jadi begini?

CHENG GUAN: Apa lagi, sebab Pulau Pinang sekarang ini diperintah oleh King Of Spin, First Class Showman, siapa pun tak boleh lawan, apa dia mahu buat semua ikut suka dia sahaja... ‘aku suka’ dia kata.

Kawan-kawan dia Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas pun tak boleh buat apa, itu semua jadi kuli dia sahaja sebab tak berani mahu bantah atau apa-apa pun dengan dia, diktator memang macam itu.

Dia pandai main wayang sama semua orang, sini lain dengan orang ini lain pula dia buat dan pada masa sama, apa pun tak berani nak mengaku salah, semua benda kalau boleh dia mahu pusing.

Bila perkara seumpama ini berterusan berlaku, apa kesannya kepada Pulau Pinang?

CHENG GUAN: Tidak ada insiden ini pun ia sudah memberi kesan kepada Pulau Pinang sejak King Of Spin memerintah, pelabur pun takut nak masuk sini, dia sebenarnya apa pun tak buat sebab tiada masa.

Macam mana mahu ada masa, semua benda pun dia mahu buat dan disebabkan itu Pulau Pinang sudah macam huru-hara. Pergi luar negara dalam setahun tak tahulah berapa kali, tapi hasil apa pun tidak ada.

Dia pun selalu cakap kebebasan media tetapi dia sebenarnya yang mengawal media, siapa yang tidak tulis baik-baik mesti kena ‘pinggir’ macam New Straits Times dan Utusan Malaysia atau kena minta maaf seperti akhbar China Press.

Apa yang rakyat Pulau Pinang perlu buat, takkan hendak biarkan demonstrasi ini dijadikan satu budaya pula?

CHENG GUAN: Rakyat perlu hantar balik Guan Eng ke Melaka, rakyat perlu segera sedar, dia bukan orang sini jadi tidak tahu apa-apa tentang negeri ini kerana di kemudian hari yang rugi rakyat juga.

Guan Eng masih mempunyai mentaliti pembangkang dan sebab itu ini semua berlaku dan demonstrasi ini pun ikut cara dia jugalah masa dulu-dulu, sana sini bising, itu tak betul ini tak betul, sekarang rakyat ikut sahajalah.

Kalau mahu cerita memang banyak tetapi saya berharap semua yang berlaku akan perlahan-lahan mula membuka mata rakyat negeri ini kerana kita tidak mahu Pulau Pinang dilabel sedemikian rupa, kita mahu hidup aman damai.

sumber: Pejuang Bangsa

Ahad, 7 November 2010

Perginya Seorang Pejuang


Salam Perjuangan & Salam 1 Malaysia.

Pada 3 November 2010, Jam 8.30 malam. Ayah telah dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri, badannya sejuk dan berpeluh. Ayah dibawa ke hospital Bukit Mertajam dengan menaiki Ambulan, Kami adik beradik menunggu ayah apabila dimasukkan ke Wad Kecemasan dan hampir 2 jam ayah dirawat dan dimaksukkan ke Wad 9 hospital tersebut. Malam itu Abang menunggu ayah disitu dan keadaan ayah separuh sedar.

Pagi itu ramai saudara mara serta penduduk kampung datang menziarahi ayah serta beberapa rakan ayah dari PPK Kampung Pelet juga tak ketinggalan menziarahi ayah. Ayah merupakan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kampung Pelet.

Pada malam berikutnya aku menjaga ayah di situ dan keadaan ayah masih tidak sedarkan diri, kulihat dahinya sering berpeluh dan tangan kirinya sejuk yang menandakan darah tidak dapat mengalir ke urat saraf ayah, tapak tangannya kebiruan. Aku sering menyapu peluh didahi ayah.
Pada jam 6 pagi keadaan ayah nampak begitu kritikal, ayah tak dapat bergerak lagi hanya nafasnya yang semakin kencang, ku cuba memangil-mangil ayah tetapi tiada tindak balas dari ayah aku tahu ayah semakin nazak lalu ku SMS kepada semua adik beradikku menyatakan yang ayah semakin tenat dan minta semuanya datang.

Doktor yang merawat ayah datang menemuiku dan menyatakan keadaan ayah yang katanya tenat lalu meminta aku menandatangani sekeping surat yang menyatakan ayahku tenat dan meminta aku memangil seluruh adik beradik datang.

Jam 8 pagi kesemua adik beradik datang berkumpul dan doktor memberi penerangan tentang keadaan ayah yang sangat tenat. Stroknya sudah sampai ke saraf otak dan doktor tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Aku tak sangup melihat wajah ayah disaat itu dan sering keluar untuk menangis setiap kali aku melihat wajah ayah, air mataku tak henti mengalir.

Sewaktu pilihanraya Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi sedang rancak berlangsung tepat jam 11.50 pagi ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir disamping kesemua anak-anak dan menantunya. Jenazah ayah dibawa pulang.

Kami adik beradik bersama-sama memandikan ayah dan disaat ayah mahu dikapankan sekali lagi air mataku mengalir dengan laju sewaktu ku cium dahi ayah buat kali yang terakhir, Cikgu Zaidi yang berada dibelakangku menyabarkan aku dengan menepuk-nepuk bahuku. Terima kasih Cikgu Zaidi dan Tuan Haji Rahim Man kerana dapat menziarahi kami.

Bagi aku ayah merupakan insan yang hebat dan sangat rajin bekerja, aku terlalu menyayanginya dan sangat berbangga dengannya. Aku bersyukur kepada Allah kerana diberikan seorang ayah sepertinya.
Ayah seorang pejuang UMNO yang tulen yang sanggup menghabiskan wang ringgitnya demi UMNO dan kebajikan ahli-ahli UMNO di kampung Guar Jering. Ayah juga tak sabar mengetahui keputusan pilihanraya dun Galas tapi apakan daya sudah takdirnya dia pergi dulu.

Tuan Haji Hassan Bin Sulaiman (PJK)
1934 - 2010
*Mantan Ketua UMNO Cawangan Guar Jering
*Mantan Ketua UNIT Guar Jering PPK Kg Pelet.
*AJP Pertubuhan Peladang Kampung Pelet.
*Pernah memenangi tempat ketiga Peladang jaya lelaki terbaik peringkat kebangsaan.

Aku doakan semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah

Coretan: Saiful Azhar Bin Hassan
Ketua Umno Cawangan Guar Jering


PESANAN AYAH

Anak-anak ayah
Dengar betu-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah

Sekiranya esok ayah pegi
Jangan le anak ayah tangisi
Tapi kalau sedih di sanubari
Itu tanda anak ayah tetap dihati

Nabi dulu pun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
Tapi jangan nangis lama sangat
Banyak benda anak ayah kena buat

Sedih lama sangat ayah tak mahu
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
Ayah nak jumpa Dia
Ayah menyahut seruan Nya

Mula-mula sekali
Pasal solat sudahlah pasti
Kena buat setiap hari
Jangan abaikan walau sekali

Anak-anak ayah kena janji
Kena jaga diri sendiri
Ayah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah

Anak-anak ayah
Mama tu kena le dijaga
Waktu susah waktu selesa
Selama ni dia dah berjaga
Membesarkan kamu semua

Bila ayah dah pergi
Ayah dah tak de sapa-sapa
Kalau anak-anak ayah sudi
Doa-doakan ayah kat sana

Kalau anak-anak ayah simpati
Kirim-kirimlah fatihah
kalau ayah dekat dihati
Rajin-rajinlah bersedekah

Bukannya apa
Ayah dah tak de apa
Amal pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa

Doa-doakanlah ayah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah

Anak-anak ayah dah tahu dah
Ayah nak anak-anak ayah
Jadi hafiz dan hafizah
Jangan hampakan harapan ayah

Nanti bila ayah dah pergi
Anak-anak ayah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi

Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata

Al quran dan Sunnah jadi panduan
Ayah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman

Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
Orang bawahan orang atasan
Segala silap tolong maafkan
Maklum le ayahkan Cuma insan

Hutang ayah tolong selesaikan
Guna duit ayah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan

Ingat le anak-anak ayah nak kata
Pesan ni mesti dikota
Hidup jangan bersengketa
barulah kita tidak derita

Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Ayah ni jangan dilupai
Lawatlah ayah jengukle sesekali

Di pusara ayah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat ayah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri

p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..

Anwar Penyebab Utama Pas Kalah Di Galas




Kekalahan Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membuktikan penolakan rakyat terutamanya di Kelantan terhadap parti Islam itu, kata Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Menurutnya, kredibiliti Pas dilihat kian luntur akibat sanggup mengetepikan prinsip agama yang sepatutnya diberi penekanan dalam perjuangan dan membela nasib rakyat, hanya semata-mata kerana kepentingan politik.

Katanya, tindakan Pas yang terus mengangkat manusia yang rendah nilai moralnya seperti Anwar Ibrahim (Datuk Seri) menjadi pemimpin walaupun semakin jelas petunjuk dan pendedahan dibuat mengenai siapa penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dibuat, turut menjadi punca hilangnya kepercayaan penyokong Pas kepada parti itu.

“Kekalahan di Galas sebagai satu petunjuk kepada Pas dari rakyat supaya parti Islam itu tidak bersekongkol dengan pemimpin yang melampaui batas seperti Anwar Ibrahim.

“Pas juga hilang banyak pengaruh khususnya orang Melayu kerana turut bersekongkol dengan parti yang melampaui batas seperti DAP,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, DAP sejak ditubuhkan sentiasa melakukan pelbagai cubaan halus termasuk tindakan pemimpinnya yang dilihat yang mencemuh dan menghina asas perlembagaan yang memberi tempat utama kepada perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Menurutnya, Pas yang sebelum ini mendakwa mendaulatkan Islam kini semakin dipengaruhi oleh DAP hingga mengetepikan prinsip Islam yang menjadi asas parti dengan menjadi ‘sahabat baik’ parti ini hanya kerana mahu merebut undi.

“Saya berharap dan berdoa kekalahan di DUN Galas memberi iktibar kepada Pas untuk tidak lagi menjadi kuda tunggangan kepada Anwar Ibrahim dan DAP yang ternyata sudah melampaui batas,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Batu Galas menyaksikan calon BN, Abdul Aziz Yusof menang dengan majoriti 1,190 undi menewaskan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad. Pas hanya mampu mendapat 4,134 undi berbandong BN yang mengaut 5,324 undi.


p/s: Anwar dan Nik Aziz memang dah jadi liabiliti didalam PR sekarang. Kalau di masa PRU13 nanti masih ada dua ekor mangkuk hayun ni.., jahanam teruslah PR.

Isnin, 1 November 2010

Sampai Masanya DS Anwar Ibrahim Bersara - Dr Asri



Puak -puak Pakatan panas dan marah bila Dr Asri balun Anwar Ibrahim a.k.a saudagar mimpi supaya bersara dari politik kerana rentak tarik politiknya sudah makin tidak seimbang . Bila Dr Asri menegur BN dan UMNO , mereka puji beliau tetapi bila ditegur sikit kepada pemimpin mereka dimaki dan dikutuk habis-habisan .

Pastinya ramai pemimpin2 Pakatan terasa dan melenting dengan kata-kata Dr Asri ini kerana jika Anwar bersara , maka angan-angan mereka untuk berkuasa dan menjadi menteri tidak akan tercapai . Hanya Anwar sebagai jalan mereka untuk menuju Putrajaya. ikuti petikan kritikan pedas kepada saudagar mimpi dari Cherok Tok Kun ...

"Saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama.

"Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.
"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan saya yang tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik,"