Isnin, 28 Januari 2013

Dr.Maza Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang?


Pada atikel yang yang lepas, saya mendapat bahan yang mengatakan bahawa PKR akan meletakkan calon bagi dun penanti seorang wanita yang bekerja di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Puan Maisarah Che Ani. Tetapi atas sebab-sebab tertentu beliau terpaksa menolak (mungkin masaalah pribadi atau suami tak mengizinkan).

Oleh kerana PKR ketandusan calon yang berwibawa jadi Anwar Ibrahim sedaya upaya memujuk Bekas Mufti Perlis Dato' Dr Zainal Asri atau Dr.Maza untuk diletakkan sebagai calon Penanti dan beliau dijanjikan tempat Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang jikalau memenangi kawasan tersebut.

Tindakan itu terpaksa dibuat kerana Anwar merasakan peluang untuk menawan Penanti amat sukar kerana sokongan kepada PKR semakin pudar dan harapan untuk menang begitu tipis yang mana beliau melihat saudara Ibrahim Ahmad @ Art Burger (Penyelaras Dun Penanti) bekerja bersunguh-sunguh mendekati pengundi perbagai bangsa,ini yang merisaukan Anwar Ibrahim.

Apakah Dr.Maza setuju dengan pelawaan Anwar itu, PB rasa kalau beliau sangup bersekongkol dengan DAP maka kita tahulah setakat mana perjuangan beliau dalam memertabatkan Islam dan rela mengadaikan Islam sama seperti Mat Sabu yang dilihat cukup sokong dengan Guan Eng tanpa berani membantah demi elaun sebagai APJ PBA

Selasa, 22 Januari 2013

Meraikan Pelajar Cemerlang UPSR 2012 SK Guar Perahu




Baru-baru ini satu majlis ringkas anjuran PIBG Sekolah kebangsaan Guar Perahu dan JKKKP Kg.Guar Perahu yang dinamakan Majlis minum petang meraikan kecemerlangan pelajar UPSR 5A yang bertempat di Dewan Perda Kg Guar Perahu.

Pada majlis tersebut seramai 13 pelajar yang telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2012. Menurut YDP PIBG Encik Saiful Azhar Bin Haji Hassan , program ini diadaka bagi menyuntik semangat para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ini akan terus berjaya dalam peperiksaan dimasa hadapan dan beliau menyeru agar kerjasama diantara  waris serta guru-guru dipertingkatkan demi kecemerlangan anak-anak. Beliau juga mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada barisan guru-guru diatas lonjakkan pencapaian UPSR yg begitu ketara berbanding tahun lepas hanya 4 pelajar sahaja.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Warga Cinta Malaysia (PECINTA) Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Farizan Binti Othman atau pangilan mesra Kak Yong yang merupakan isteri kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Tuan Zulkifli Bin Yahaya.

Selain dari YDP PIBG yang menyumbangkan wang peribadi beliau sebanyak RM390, Puan Farizan juga telah berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM650 untuk para pelajar tersebut. 

Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Pengerusi JKKKP Tuang Haji Abdul Wahab Raof bersama AJK JKKKP serta  AJK PIBG dan juga beberapa pemimpin tempatan termasuk guru-guru SK Guar Perahu.

Rabu, 9 Januari 2013

Himpunan Menyokong Peliwat Sebagai Pemimpin


Tanggal 12hb Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang pilihanraya ke-13.  Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang semakin malap.

Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang.  Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim.  Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah.  Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin. 

Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa.   Selama itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama Shamsidar.  Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin. 

Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.  

Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang menyiarkannya.  Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar.  Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi.  Namun, permohonan Anwar gagal.  

Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi.  Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar.  Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain. 

Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan?  Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?

Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional.   Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka  tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri.  Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta?   Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?  

Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai. 

Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda.  Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi? 

Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka. 

Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain.  Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam. 

Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….

Ahad, 6 Januari 2013

Akar Umbi Mahukan Art Burger






Salam 1 Malaysia,
Pagi tadi semasa aku bersarapan di Kedai Kopi Pasar Awam Penanti aku terdengar perbualan satu kumpulan bersebelahan meja aku dalam 5 orang yang berumur dalam lingkungan 35-56tahun dok cerita pasai politik Penanti.

Cerita-cerita lagu ni memang aku dok tunggu nak dengaq pendapat mereka pasai politik tempatan,aku rasa depa2 ni geng2 atas pagaq sebab ada yang dok kutuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.  

Yang paling menarik ialah tentang siapakah calon yang paling sesuai di Penanti selepas Dato'Mansor belah pi Nibong Tebal. Kemudian sorang pacik tu mencelah sapa pun aku tak kesah tapi yang boleh buat reja dan bawak perubahan ditempat kita ni, dia kata lagi, tengoklah Anwar Ibrahim tu dah pegang berapa penggal sebagai ahli parlimen, apa pun tarak..

Aku senyum sendirian, kemudian dengaq pula sorang pakcik lagi habaq yang dia tak pernah undi BN tapi dapat jugak hamper sumbangan dari Penyelaras Dun Penanti semasa program di IKBN bulan lepas, pastu timbul la pulak orang yang kita nak bagi menang PRU-13 nanti dan depa pun mula la cerita tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Art Burger yang mana banyak membantu penduduk tempatan.

Dari situ aku dah agak yang depa mahukan pemimpin yang boleh buat kerja dan pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan kesimpulan yang aku buat depa nak Art Burger@Ibrahim Ahmad jadi Adun Penanti dan aku harap jugak agar pucuk pimpinan tertinggi mencalonkan beliau yang merupakan Winable Candidate.

P/S: Apa habaq Non Pomen?? 
 

 

Mansor Ke Nibong Tebal 200 Penyokong PKR Keluar Parti


NIBONG TEBAL 4 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menerima tamparan hebat berikutan lebih 200 ahlinya di tiga ranting di negeri ini keluar parti dan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) semalam.
Ahli-ahli terbabit merupakan ahli Ranting PKR Bukit Tambun, Kampung Valdor dan Taman Merak yang bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.

Pengerusi PKR Ranting Kampung Valdor, V. Sritharan berkata, ahli-ahli di kawasan itu hilang kepercayaan kerana pemimpin PKR memandang remeh permintaan mereka termasuk permohonan mengadakan sambutan perayaan Deepavali baru-baru ini.

"Mereka memberikan alasan tidak dapat berjumpa dengan wakil rakyat dan seolah-olah tidak mahu melayan kami.
"Kebanyakan ahli berasa dipinggirkan pemimpin kanan walaupun sebelum ini mereka mendakwa akan memberi perhatian kepada permasalahan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata, lebih ramai ahli PKR akan menyertai parti itu dalam tempoh terdekat.

"Saya mengalu-alukan penyertaan mereka sebagai ahli PCM kerana parti ini terbuka kepada sesiapa sahaja," katanya ketika dihubungi di sini.

Puan Masirah Calon PKR Di DUN Penanti?

MASIRAH BT. CHE ANI 
Salam 1 Malaysia, Semalam saya dihubungi oleh seorang kenalan yang mengatakan bahawa tempat Tim.Ketua Menteri 1 Pulau Pinang iaitu Dato' Mansor Othman (Adun Penanti) akan digantikan dengan seorang wanita yang bertugas sebagai  KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH Seberang Perai Tengah iaitu PUAN MASIRAH CHE ANI memandangkan PKR kini ketandusan calon yang berwibawa.
Seperti yang kita maklum bahawa Dato' Mansor Othman tidak akan mempertahankan kerusi beliau kerana Khalifah Lim Guan Eng tidak membenarkan lagi Mansor telibat dengan pengurusan Pulau Pinang selepas isu Tokong Guan Eng dan beliau telah disahkan bertanding di Kerusi Parlimen Nibung Tebal, Jadi pada mulanya badan perhubungan PKR Pulau Pinang  telah mencadangkan 2 nama untuk dicalonkan mengantikan tempat Mansor di Penanti iaitu, Zainol Abidin Bin Saad (Pembantu Khas Ahli Parlimen Permatang Pauh) dan Mohd Sukri (Ketua Penerangan AMK Permatang Pauh).
Namun apabila timbul kes rasuah ganguan seksual  yang heboh diperkatakan sekarang maka,
kedua-duanya digugurkan, Memandangkan PRU ke 13 semakin hampir Puan Maisarah telah terpilih walaupun dia bukan dalam dun Penanti dan Parlimen Permatang Pauh.

 

Bekas Exco UMNO Bahagian Permatang Pauh di Tangkap

Hari ini terbaca berita Pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Koordinator Program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ditangkap..Pisau seperti biasa terus ke medan selera sebelah  pasar Seberang Jaya. Di situ port kawan kawan PKR melepak ramai.Senang sikit dapat info..


Sembang dan gebang..sampai 2 round teh tarik baru dapat cerita siapakah gerangan dan punca ditangkap SPRM. Ahli PKR memang tak dapat lari daripada perangai tibai bini orang dan rasuah tak ubah dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Jumaat lepas 3hb yang ditangkap adalah Bang Non Pomen.. atau nama penuh Zainal Abidin Bin Saad(Pembantu khas Ahli Parlimen Permatang Pauh kalau korang nak tau dia mantan Naib Ketua PKR Cabang Permatang Pauh yang kalah semasa pemilihan parti sebelum ini.

Kemudian Mohd Shukri pula ialah Ketua Penerangan PKR Cabang Permatang Pauh dan Naib Ketua AMK PKR Permatang Pauh. Kemudian Rezal HuzairiPanjang,budak ni adalah Pegawai Khas TKM 1 dan juga mantan Setiausaha Kerja PKR Pulau Pinang.Budak Rezal ni 2011 menerima pingat PJK..(kaki rasuah dapat PJK beb)Khabarnya Rizal Huzari adalah seorang Setiausaha Kerja terbaik PKR bagi seluruh Malaysia.. terbaik?

Apa yang menariknya melaun 3 ekor ni dihantar oleh Anwar untuk rasuah RM30ribu selesaikan kes Roslan Yahya Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan juga orang kuat PKR yang buat ganguan seksual terhadap bini orang yang bertugas di pejabat yang sama.

Lim Guan Eng mengetahui kes ini hingga Roslan Yahya di tukar ke Pejabat Tanah dan Galian dan dengar cerita dakwaan ganguan seksual yang dilakukan Roslan Yahya cukup serius.Menurut sumber Pisau di SUK pula agak pelik kenapa Lim Guan Eng sendiri yang begitu cepat buat pertukaran Roslan Yahya sedangkan bukan dibawah bidang kuasa beliau sebagai Ketua Menteri .

Khabarnya kepimpinan PKR arahkan agar selamatkan Roslan Yahya kerana beliau adalah penyokong kuat PKR dan Anwar Ibrahim.Tak salah Pisau Roslan Yahya ini menjadi pegawai pengurus pilihanraya SPR semasa PRK  Parlimen Permatang Pauh,Penanti dan juga Permatang Pasir.

Roslan Yahya memainkan peranan penting sebagai orang dalam SPR semasa pilihanraya di kesemua pilihanraya kecil Permatang Pauh,Permatang Pasir dan Penanti. Adalah tidak mengejutkan ketika itu semua orang tahu bahawa PKR dan haprak pakatan sendiri membawa masuk pengundi hantu ke Parlimen Permatang Pauh sepertimana yang pernah didedahkan sebelum ini semasa PRK Permatang Pasir.

Kes ini melibatkan kroni Dr Mansor yang membiayai wang rasuah tersebut,khabarnya pemilik sebuah Kuari di Kubang Semang dan juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri Pulau Pinang memerangkap Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor. Yang menjadi persoalan adakah Dr Mansor terlibat sama memandangkan orang yang sama banyak membiayai program Dr Mansor di Nibong Tebal.



Pisau lihat isu ini seolah mahu mematikan terus karier politik Dr Mansor,sudahlah terlibat dengan rakaman cocky arrogant tokong Lim Guan Eng,Dr Mansor juga dikaitkan dengan satu rakaman video bersama seorang gadis cina..Ini yang terbaru babitkan rasuah untuk tutup kes ganguan seksual.


Inilah yang dikatakan Bersih,Cekap dan Akauntabiliti regim kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sumber: Pisau