Isnin, 31 Januari 2011

Tenang Lalui Proses Penyucian.Mala-Petaka PAS Di Tenang




Sejak 2 hari hujan turun dan sehingga sekarang waktu artikel ini ditulis hujan masih lebat,Pisau bersama rakan rakan bloggers keletihan tetapi ceria kerana segala penat lelah siang dan malam sepanjang tempoh berkempen diterjemahkan kemenangan bergaya BN.


Hampir kesemua jentera kempen pilihanraya tidak dapat pulang kerana kesemua jalan keluar ditutup akibat banjir.Yang menariknya bandar Labis dipenuhi jentera kempen BN. Penyokong dan jentera kempen PAS sudah pulang sejak jam 2 petang tadi.


Mereka hanya berkempen untuk meraih undi tetapi tidak mempedulikan nasib rakyat yang terperangkap didalam banjir.Pisau melihat situasi ini membuktikan mereka mereka ini tidak mementingkan nasib rakyat hanya lebih mementingkan survival politik semata mata.


Maklumat terkini Tok Ai sudah menjalankan tugas sebaik saja kemenangan beliau diumumkan apabila terus melawat mangsa banjir disekitar Tenang.


Kita disajikan kempen kotor oleh gerembolan khawarij PAS dan pakatan.Bumi Tenang dikotori dengan najis fitnah dan politik gampangan pakatan. Nizar dengan haram syarie undi kepada BN manakala wali selipar Nik Aziz menghukum sesiapa yang mengundi BN adalah jahiliah.


Isu PAS mempolitikkan jenazah memberi kesan besar terhadap mereka apabila membangkitkan kemarahaan penduduk kampung kerana mengfitnah imam masjid dan anak kariah di Jalan Kolam Air,Tenang.


Din Pudu dengan psywar yang tumpul dan paling bodoh dalam sejarah apabila menyerang calon BN walaupun diketahui ramai adalah fitnah semata mata.Serangan PAS serba tak menjadi apabila setiap serangan berjaya dipatahkan.Isu mereka kesemuanya mudah dibaca dan rakyat tidak mudah terpedaya.


Maarof suami Mala menjadi Mungkar apabila berbohong mengenai MC dan menjadi liabiliti sepanjang kempen Normala.


Mazlan Aliman kempen memperbodohkan warga Felda ternyata gagal ,kesemua peti undi di Felda menang besar,ternyata dakyah daripada ANAK gagal mempengaruhi warga Felda.Ini membuktikan pembohongan yang dilakukan Mazlan dibuktikan dengan rekod dan pencapaian cemerlang Felda sendiri.

Sumber Pisau

Ahad, 30 Januari 2011

PAS tenggelam dalam banjir ditolak pengundi Tenang





Akhirnya , BN berjaya BN memenangi PRK DUN Tenang dengan majoriti lebih besar lagi daripada PRU 12 iaitu lebih 3000 undi ! Satu keputusan yang membanggakan kerana walaupun peratusan yang keluar mengundi rendah iaitu 71 % tetapi undi majoriti nampaknya BN bertambah .

Walaupun pelbagai dugaan dan kepayahan yang terpaksa ditempuhi pengundi2 untuk keluar mengundi seperti hujan lebat & meredah banjir besar di beberapa kawasan peti undi ,namun ia tidak sedikit menghalang mereka untuk keluar mengundi .

Sehingga ada yang sanggup keluar mengundi menaiki trak askar dan bot untuk ke pusat pengundi . PB salute la kepada pengundi di Tenang terutama bangsa Melayu yang sanggup meredah hujan & banjir !

pengundi sanggup menaiki bot ke tempat pengundian



Selain itu , PB juga melihat semangat jentera2 BN terutama perayu undi cukup kuat terutama di hari pengundi yang sanggup berdiri dalam keadaan hujan yang cukup lebat sehingga mengalami banjir . Syabas !!

Walaupun PAS yakin akan menang di peti undi majoriti CIna , tetapi ternyata faktor hujan menyebabkan peratusan keluar mengundi kaum itu menyebabkan mereka tewas di peti undi Tenang Station , Labis ,dan Labis Timur .

PAS hanya mampu menang di Peti undi Labis Tengah sahaja . Memang pengundi Cina di Labis rata-rata tidak menyokong BN sebeliknya menyokong PAS hasil dakyah perkauman oleh DAP .


semangat jentera perayu undi BN

Di peringkat awal pengiraan undi lagi yang dapat kepada PB , keputusan jelas memihak kepada calon BN. Peti2 undi seperti di Sawah Baru , Felda Chemplak , Felda Tenang , Chemplak Barat , Ladang Bukit Dato yang majoritinya Melayu semuanya solid menyokong BN & menolak sepenuh Pakatan .

Syabas PB ucapkan kepada pengundi2 dari peneroka Felda iaitu Generasi Pertama dan Generasi Kedua di Tenang yang terus yakin untuk menyokong BN . Marah betul puak2 kopiah putih PAS kepada peneroka Felda yang terus menyokong BN dan tidak langsung mempedulikan dakyah pembangkang .

PAS dengan konco2nya Anwar ibrahim & DAP ternyata ditolak oleh pengundi Tenang hingga tenggelam dalam banjir .

Sumber: Pejuang Bangsa

TAHNIAH!! MAJORITI KITA 3735


Keputusan Tak Rasmi - Live Dari Galas

Keseluruhan :

BN : 6698 (69.1%)

PAS : 2963 (30.6%)
Majoriti : 3735
Rosak : 35
Turn out : 71%

Peti Undi Labis

BN: 400

PAS : 306



Peti Undi Bandar Labis Timur

BN: 671

PAS: 144

PETI UNDI Sawah Baru

BN: 212
PAS: 55


PETI UNDI
Cemplak

BN : 985
PAS: 135


Peti Undi
Cemplak Barat

BN : 838

PAS: 142


PETI UNDI
Bandar Labis Tengah

BN : 365

PAS :
801

PETI UNDI
Kampung Redong

BN: 462

PAS:
105

Peti Undi Tenang Station

BN: 746

PAS:
352

PETI UNDI
Pekan Air Panas

BN: 220

PAS:
48

Petu undi Ladang Labis Utara

BN : 152

PAS:
40

Peti undi Felda Tenang

BN: 950

PAS: 160


PETI UNDI
Ladang Bukit Dato.

BN : 352

PAS : 99


Undi Pos :

BN : 115
PAS : 3

Jumaat, 28 Januari 2011

EKSLUSIF Edisi Tenang - Dokumen TULEN Keputusan Normala KFC Yang Mendapat Pangkat S.A.P ( GAGAL) Dalam SPM

Friday, January 28, 2011
S.A.P
GAGAL

Awal pagi tadi Gomo bersama sama rakan Blogger yang lain Telah mendedahkan Kisah Peribadi Normala KFC calon PAS bagi PRK Tenang ini. Kehidupan yang sememangnya bukan satu contoh yang baik apabila seorang wanita yang bergelar Isteri bermain Kayu Tiga dan kemudiannya meninggalkan suaminya itu kerana status Kerja suaminya yang tidak Standard.

Itu lah Normala KFC!!!

Dokumen di Atas merupakan dokumen ASAL yang keputusan SPM Normala KFC yang menunjukkan Normala Sudirman ini hanya Berkelayakkan SAP yang mana dalam erti kata kita yang Pernah sekolah ni SAP berarti GAGAL dalam Peperiksaan.

Gomo bukan nak menghina dengan keputusan Normala Sudirman ini yang mendapat keputusan SAP GAGAL dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang di duduki beliau. Tetapi Gomo mempertikaikan bagaimana Normala KFC yang hanya berkelayakkan SPM layak masuk ke Maktab Perguruan?

Ini lah pengaruh Bapanya yang sebenarnya telah meminta pertolongan Kerajaan BN dalam membantu anaknya iaitu Normala untuk masuk ke Pusat pengajian. Ini lah Buktinya juga Kerajaan BN telah membantu Normala mendapat peluang kali ke dua dalam mengubah kehidupannya daripada Seorang Guru Sandaran kepada Guru yang bertauliah.

Semoga Normala Sudirman ada sedikit sebanyak mengucapkan Terima Kasih kepada UMNO/BN yang telah membantu beliau untuk Menjadi seorang Guru walaupun dari keputusan SPM Beliau itu jelas Normala KFC tidak Layak menjadi seorang Guru.

Semoga Pengundi Pengundi Tenang sedar bahawa Normala KFC ini bukanlah sehebat mana dan kejayaan nya menjadi Guru juga adalah bantuan dari Kerajaan BN. Ini juga Bukti bahawa Calon PAS tergolong dalam Golongan Calon Bidang Terjun....huhuhu

Itu lah sebabnya Barisan Nasional berjaya Menjadi Kerajaan Sejak Merdeka sehingga ke hari ini kerana Terbukti kita kerajaan BN membantu rakyat walau payah mana sekalipun. Jangan di nafikan bantuan dari Kerajaan BN kerana Calon PAS Normala Sudirman ini juga TerBUKTI mendapat Bantuan dari Kerajaan BN

Harap Salahuddin Ayob JAWAP isu ni.......Kerana Esok hari SABTU kerja sekerat hari, dalam masa Sekerat Hari ini juga Kita akan Dedahkan Satu Lagi BUKTI mengenai Suami Normala KFC Maarof Abd Talib.......

Isu apa? Bukti Apa??? Emmmm Kau Memang Tak Terjawap lah Abg Din Oi..... juak pakatan pembangkang nak Jawap? Memang hangpa pun Tak terjawap dengan segala yang akan Kami dedahkan Esok.

Apa apa pun harap Dapat JAWAP mengenai Keputusan SPM Normala Sudirman yang hanya mendapat SAP GAGAL tetapi Layak masuk ke Maktab dengan bantuan Kerajaan BN.

Psssttt....SPM dapat S.A.P. layak menjadi Guru......Ni kah YB yang kita inginkan?

Sumber: Gomo

Khamis, 27 Januari 2011

Ahad, 23 Januari 2011

Pemimpin Bersama Rakyat

Guar Jering 23/1/2011. Petang ini telah berlangsungnya satu program ringkas bagi memberi sumbangan serta surat bantuan dari perbagai agensi untuk penduduk kampung Guar jering, Guar Perahu serta Padang Temusu. Kali ini Dato Abdul Jalil Bin Abdul Majid Ketua Bahagian UMNO Permatang pauh, berkesempatan turun menemui serta menyampaikan sendiri bantuan tersebut diiringi Penyelaras Kadun Penanti yang baru iaitu Saudara Ibrahim Bin Ahmad @ Art Burger.
Turut sama Ketua Penerangan UMNO Permatang Pauh iaitu saudara Shamsuri dan juga Ketua UMNO Cawangan Guar Jering, Saudara Saiful Azhar dan beberapa orang AJK UMNO Guar Jering.
Seramai 5 orang penerima telah terpilih yang terdiri dari warga tua serta OKU.




Isnin, 3 Januari 2011

Mansor Minta UMNO Selesaikan Isu melayu


Dr Mansor atau dikenali sebagai Lee Man Chor di kalangan tuan tuan DAPnya begitu kasih dan amat patuh atas suruhan dan perintah yang diarahkan kepadanya.


Sebagai TKM1 dibawah pimpinan khalifah sosialis ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang. Lee Man Chor kononnya menjaga hal ehwal dan kepentingan orang melayu Pulau Pinang.


Semua orang tahu sejak bertukarnya kerajaan kepada pemerintahan sosialis DAP,orang melayu ditindas dan menjadi kelas kedua didalam negeri sendiri. Maka Lee Man Chor yang dikenali sebagai boneka telah menghalalkan segala tindakan Lim Guan Eng .


Taat dan patuh kepada Tuan Besar Sosialis Guan Eng menjadikan Lee Man Chor dikenali sebagai "Yes Bos" di SUK Komtar.Banyak pihak terdiri daripada ahli ahli melayu PKR dan tunggangan rasmi DAP,Khawarij PAS turut menjadikan Lee Man Chor sebagai idola dan panduan sebagai suruhan dan tunggangan DAP.


Isu isu melayu di Pulau Pinang terlalu banyak,penindasan dan ketidak-adilan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pemimpin melayu Pakatan,dalam satu perbualan baru baru ini Dr Mansor atau dikenali sebagai Lee Man Chor bersama sumber Pisau,beliau sendiri berkata "Isu Melayu kita serah kat Umno sudah lah,biar depa selesai isu melayu"


Ternyata kata kata Dr Mansor membuktikan beliau sendiri tidak mampu membela nasib orang melayu Pulau Pinang,malah untuk memberi keadilan nasib bangsa sendiri pun beliau tidak mampu. Apa gunanya mempunyai seorang TKM berbangsa melayu dan seorang lagi anggota exco kerajaan negeri tetapi tidak mampu menjaga dan membela nasib bangsa sendiri?


Hidung sudah dicangkuk ibarat lembu pawah,inilah yang dikatakan tunggangan dan boneka DAP.Pengakuan sebegitu membuktikan hanya Umno saja yang mampu membantu dan membela nasib orang melayu.


Tugas sebagai TKM1 hanyalah semata mata mahu mengisi kuota yang ditetapkan oleh Tuan Besar DAP.Dalam masa mahu merampas tanah melayu di Kg Genting,Pondok Upeh Balik Pulau untuk dijadikan sebagai Hub Pendidikan.Dr Mansor mengumumkan akan membina satu lagi institusi pendidikan di Penanti.


Jesteru,apa relevennya mahu merampas tanah di Balik Pulau sedangkan tanah di daerah Seberang Perai cukup luas?Mengapa mahu membina satu lagi institusi pendidikan yang baru dan terasing daripada hub pendidikan yang dicadangkan?Mengapa DAP terlalu berminat mendapatkan tanah hak milik melayu di sebelah pulau sedangkan mereka sendiri boleh mendapatkan tanah di daerah Seberang Perai yang luas.


DAP mahu merampas tanah milik melayu Pulau Pinang dalam masa yang sama Lee Man Chor cuba menutup pengambilan tanah tersebut dengan mengantikan sebuah institusi pendidikan Islam di Penanti. Adakah ini sebagai pertukaran galang ganti sebuah institusi chauvanist ultra kiasu di Balik Pulau?

Sumber:Pisau

Ahad, 2 Januari 2011

Juara Rakyat Bulan Kerjaya Dan Kemahiran



Assalamualaikum dan Salam 1 malaysia,
Selamat Tahun Baru dari kami Warga Penantibangkit,
Minggu Lepas di hari terakhir tahun 2010 telah berlangsungnya satu Program dalam siri Juara Rakyat yang dinamakan "BULAN KERJAYA DAN KEMAHIRAN".
Pergerakan Pemuda yang diketui oleh Cikgu Mohd Zaidi Bin Md Said telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program tersebut dan Program tersebut dilihat paling meriah dengan sambutan yang sanggat memberangsangkan yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato' Abdul jalil Bin Abdul majid.
Pada majlis tersebut, Cikgu Zaidi telah melancarkan satu skim yang sangat istimewa kepada setiap ahli pemuda UMNO di Parlimen Permatang pauh sebagai tanda keperihatinan pimpinan pemuda diperingkat bahagian iaitu:
1- Mana-mama ahli pemuda UMNO dalam Bahagian Permatang Pauh yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM1000 serta merta.
2- Mana-mana ahli Pemuda UMNO di dalam bahagian Permatang Pauh yang terlibat dalam kemalangan atau sakit dan tidak dapat bekerja akan mendapat RM20 sehari selama 3 bulan bersamaan dengan RM1800.

Selain dari itu perbagai acara yang menarik disusun atur seperti:
-Pameran serta jualan produk-produk bumiputera.
-Pameran dari Agensi kerajaan dan swasta.
-Pertunjukan Pentas.
-Cabutan Bertuah.
-Anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR & PMR.
-Anugerah kepada Tokoh-tokoh pemuda yang berjaya.
-Pemberian bag sekolah kepada anak-anak pemimpin diperingkat cawangan.
-Pertandingan Skuter tercantik.
dan Pertunjukan bunga api Tahun Baru.

Program Kesihatan Di Kampung Terus

Baru-baru ini telah berlangsungnya satu program ringkas oleh cawangan UMNO kampung Terus dengan kerjasama Klinik Kesihatan Padang Ibu. Turut bersama ialah Tuan haji Abdul Rahim bin man selaku penyelaras dun Penanti.
program ini telah dapat menarik ramai penduduk tempatan kususnya kaum wanita serta ibu tunggal dengan menyertai pemeriksaan kesihatan serta dapat belajar cara-cara membuat kek.

Lawatan Sambil Belajar Pemuda Bahagian Permatang Pauh

Baru-baru ini pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang diketui oleh Cikgu Zaidi telah mengadakan Program lawatan Sambil Belajar ke Negara Gajah Putih Thailand. Seramai 36 orang yang terdiri dari Exco Pemuda dan Ketua Pemuda cawangan telah terpilih dalam rombongan tersebut.
Dalam perjalanan ke Thailand, satu majlis ringkas telahpun diatur iaitu penyerahan sumbangan wang tunai kepada Sekolah Agama Kuala Nerang.
Selepas itu rombongan dibawa melawat beberapa tempat bersejarah seperti Terowong Komunis yang terletak tidak jauh dari Pekan Hatyai.