Isnin, 3 Januari 2011

Mansor Minta UMNO Selesaikan Isu melayu


Dr Mansor atau dikenali sebagai Lee Man Chor di kalangan tuan tuan DAPnya begitu kasih dan amat patuh atas suruhan dan perintah yang diarahkan kepadanya.


Sebagai TKM1 dibawah pimpinan khalifah sosialis ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang. Lee Man Chor kononnya menjaga hal ehwal dan kepentingan orang melayu Pulau Pinang.


Semua orang tahu sejak bertukarnya kerajaan kepada pemerintahan sosialis DAP,orang melayu ditindas dan menjadi kelas kedua didalam negeri sendiri. Maka Lee Man Chor yang dikenali sebagai boneka telah menghalalkan segala tindakan Lim Guan Eng .


Taat dan patuh kepada Tuan Besar Sosialis Guan Eng menjadikan Lee Man Chor dikenali sebagai "Yes Bos" di SUK Komtar.Banyak pihak terdiri daripada ahli ahli melayu PKR dan tunggangan rasmi DAP,Khawarij PAS turut menjadikan Lee Man Chor sebagai idola dan panduan sebagai suruhan dan tunggangan DAP.


Isu isu melayu di Pulau Pinang terlalu banyak,penindasan dan ketidak-adilan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pemimpin melayu Pakatan,dalam satu perbualan baru baru ini Dr Mansor atau dikenali sebagai Lee Man Chor bersama sumber Pisau,beliau sendiri berkata "Isu Melayu kita serah kat Umno sudah lah,biar depa selesai isu melayu"


Ternyata kata kata Dr Mansor membuktikan beliau sendiri tidak mampu membela nasib orang melayu Pulau Pinang,malah untuk memberi keadilan nasib bangsa sendiri pun beliau tidak mampu. Apa gunanya mempunyai seorang TKM berbangsa melayu dan seorang lagi anggota exco kerajaan negeri tetapi tidak mampu menjaga dan membela nasib bangsa sendiri?


Hidung sudah dicangkuk ibarat lembu pawah,inilah yang dikatakan tunggangan dan boneka DAP.Pengakuan sebegitu membuktikan hanya Umno saja yang mampu membantu dan membela nasib orang melayu.


Tugas sebagai TKM1 hanyalah semata mata mahu mengisi kuota yang ditetapkan oleh Tuan Besar DAP.Dalam masa mahu merampas tanah melayu di Kg Genting,Pondok Upeh Balik Pulau untuk dijadikan sebagai Hub Pendidikan.Dr Mansor mengumumkan akan membina satu lagi institusi pendidikan di Penanti.


Jesteru,apa relevennya mahu merampas tanah di Balik Pulau sedangkan tanah di daerah Seberang Perai cukup luas?Mengapa mahu membina satu lagi institusi pendidikan yang baru dan terasing daripada hub pendidikan yang dicadangkan?Mengapa DAP terlalu berminat mendapatkan tanah hak milik melayu di sebelah pulau sedangkan mereka sendiri boleh mendapatkan tanah di daerah Seberang Perai yang luas.


DAP mahu merampas tanah milik melayu Pulau Pinang dalam masa yang sama Lee Man Chor cuba menutup pengambilan tanah tersebut dengan mengantikan sebuah institusi pendidikan Islam di Penanti. Adakah ini sebagai pertukaran galang ganti sebuah institusi chauvanist ultra kiasu di Balik Pulau?

Sumber:Pisau

1 ulasan:

  1. Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

    http://tenangprk.blogspot.com/

    Terima kasih.

    BalasPadam