Khamis, 30 April 2009

Program Anak Wayang Di Astro???



Khabarnya tidak sampai tempoh 24 jam DSAI mengumumkan calon PKR untuk bertanding di kawasan DUN Penanti , Pemuda PAS Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh beria-ia ingin meletakkan calon dari parti mereka. Dengan membuat andaian Penanti merupakan kubu kuat PAS mereka sekali lagi menimbulkan kontroversi ala murahan sedangkan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak akan meletakkan calon di sana.Apabila melihat keadaan ini berlaku, rakyat tentu tertanya-tanya apakah terdapat perpecahan di dalam Pakatan Rakyat? Sedangkan mereka bernaung bersama-sama. Sebahagian dari kita yang masih celik amat maklum bahawasanya tujuan dan visi setiap lambang yang bernaung di dalam Pakatan Rakyat adalah berlainan dan mereka hanya bertujuan untuk mempergunakan dan dipergunakan sesama mereka untuk naik ke tampuk paling tertinggi dalam negara. Adakah sekarang masanya untuk mereka memperlihatkan kepincangan dalam parti sesama parti?TIDAK sama sekali. Matlamat mereka belum tercapai.Ingatkah anda semua pada setiap kali Pilihan Raya Kecil pasti akan kedengaran segerombolan rakyat keluar dari parti mereka dan mengutuk perjuangan parti tersebut. Dan ia selalu terjadi setiap kali adanya Pilihanraya Kecil. Inilah gimik murahan yang ditawarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar BN merasakan peluang mereka adalah cerah untuk memenangi kerusi-kerusi yang menanti. Akhirnya kita melihat BN tewas jua di tangan pembangkang walaupun mereka telah sedaya upaya ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.UMNO / BN seharusnya tidak leka dan terpengaruh dengan isu isu terkini yang secara terang-terangan menunjukkan kepincangan dalaman mereka kerana perkara ini adalah perancangan teliti dari mereka. Seolah-olah kita sedang menonton lakonan / sandiwara mantap mereka dan pelakon-pelakon pula dibarisi oleh pelakon yang sama dan muka yang lama.

MAMPUIH LA PKR KALAU UMNO PAS BERSATU


PAS & UMNO LAWAN PKR






PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan PAS Pulau Pinang berhubung usaha PAS Permatang Pauh yang mahu meletakkan calon parti itu bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, 31 Mei depan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar (foto), berkata PAS Pusat pada asasnya sudah bersetuju dengan calon yang dipilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) berkata demikian selepas mengadakan lawatan PAC ke kolam takungan Air Jinjang, di sini, pagi ini.

Nampaknya, kini bagai sudah ada budaya ugutan pula dalam Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini budaya itu dikatakan menular dikalangan UMNO dan Barisan Nasional. Tapi kini segalanya nampak sudah berubah. Apakah ini caranya pemimpin PAS kawasan mahu berpolitik secara ikhlas dan jujur. Keputusan untuk meletakkan calon di DUN Penanti, jelas sekali bakal mengundang padah sebenarnya. Jika tidak diberi, sudah pasti PAS kawasan akan mengarahkan ahlinya tidak keluar mengundi nanti].

Rabu, 29 April 2009

Dato' Muhammad Nasir Tidak Akan Menjadi Calon N-12 Penanti






Dato' Nasir tak akan bertanding di Penanti kerana Majlis akad nikah dan serta kenduri perkahwinan anak perempuannya itu akan berlangsung pada 23 Mei 2009 bersamaan dengan terikh penamaan calon N-12 Penanti. Dalam pertemuan dengan Penulis semalam beliau menegaskan tidak akan menjadi calon BN meskipun namanya dicadangkan oleh sebilangan besar pengundi di Penanti. Beliau juga memberitahu bahawa BN masih lagi belum dapat memutuskan untuk menghantar calon di penanti kerana kena tunggu hari isnin ini semasa biro politik bermesyuarat.
Jika ada sekalipun, BN sudah mengenal pasti calonnya tetapi beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang orangnya itu yg merupakan anak tempatan kadun Penanti juga, bukan macam PKR yg beletakkan orang luar sebagai wakil rakyat Penanti.




Isnin, 27 April 2009

Pkr Umum Calon Penanti

PULAU PINANG 27 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, esok.
Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, perkara tersebut akan diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Yayasan Aman, Penanti pada kira-kira pukul 8.30 malam.
Ditanya kriteria wakil yang menjadi pilihan PKR itu, Zahrain berkata: “Saya hanya boleh dedahkan dia adalah orang kanan parti, yang selebihnya biarlah Anwar umumkan esok.”
Antara calon yang disebut-sebut menjadi pilihan PKR termasuklah Zahrain sendiri dan timbalannya, Dr. Mansor Othman.
“Perkara yang penting ialah calon yang dipilih berupaya mendapatkan majoriti yang lebih banyak untuk parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Minah; Sapa pun PKR Letak takan dapat menambah majoriti lagi, pengundi dah muak.
silap2 boleh kalah PKR kali ni.

Penanti - Biro Politik Bermesyuarat

PUTRAJAYA 27 April - UMNO akan menentukan pendiriannya sedikit masa lagi sama ada akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang 23 Mei ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden UMNO itu berkata, Biro Politik parti yang dipengerusikan oleh beliau akan bersidang dalam tempoh terdekat untuk memuktamadkan keputusan tersebut.
''Nantilah, kita akan bersidang dalam sedikit masa lagi, kita tunggu mesyuarat tersebut," katanya
Beliau bercakap demikian pada sidang akhbar mengumumkan liberalisasi sektor kewangan di sini hari ini.
Jumaat lalu, Najib berkata, Majlis Tertinggi UMNO telah menyerahkan kepada biro politik parti tersebut untuk membuat keputusan.
Sementara itu, Najib menyambut baik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan larangan parti-parti politik yang bertanding mewujudkan pondok panas pada hari pengundian.
Perdana Menteri berkata, langkah itu mampu mengelakkan ketegangan di kalangan para penyokong parti sekali gus mewujudkan suasana lebih tenteram bagi membolehkan pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.
''Saya fikir ia satu langkah yang baik, sebab kita lihat apabila ada pondok panas dengan bilangan penyokong parti yang terlalu ramai, ia boleh menimbulkan ketegangan," katanya.

Rabu, 22 April 2009

Kedudukan Dun Penanti Isnin Ini Baru Tau

PUTRAJAYA 22 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti, Pulau Pinang, Isnin ini.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan membuat pengumuman itu pada sidang media yang akan diadakan pada Isnin ini, jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini.
“SPR yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan kekosongan kerusi N.12 Penanti, Pulau Pinang.
“Berkaitan dengan perkara tersebut, sidang media oleh pengerusinya yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini, telah ditunda kepada Isnin depan (27 April 2009) di Ibu Pejabat SPR di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Selasa, 21 April 2009

Penantian Di Penanti

Gembira DSAI apabila mendengar ura-ura BN tidak jadi bertanding di Penanti. Harapan untuk mengekalkan kerusi PKR di Penanti sudah pasti menjadi lebih mudah tanpa pertandingan.Namun begitu, jelas ada kekecewaan di hati beliau kerana tidak dapat mengukur sejauh mana sokongan terhadap PKR oleh masyarakat sekitar Penanti. Beliau perlukan PRK ini bagi memastikan kesinambungan sokongan terhadap PKR sehinggalah PRU ke 13 kelak. Maka bermulalah pula episod pancing memancing, perli, sindir menyindir demi memaksa BN meletakkan calon mereka di Penanti ini!Sejarah mungkin akan tercipta jika BN menolak untuk meletakkan calon mereka di Penanti kerana sebelum ini, BN tidak pernah menyerah kalah di mana PRK yang diadakan. Sejarah juga mungkin akan tercipta jika masyarakat Penanti terpaksa keluar untuk kali ke 4 untuk mengundi jika DSAI sendiri disabitkan kesalahan oleh Mahkamah!MENGAPA BN PERLU MELETAKKAN CALONNYA DI PENANTI?Penanti merupakan sebuah kecil yang memiliki pengundi majoriti Melayu. Kepincangan PKR untuk meletakkan calon yang benar-benar berwibawa mengharuskan BN perlu meletakkan calonnya di sini. Calon BN di sini haruslah seseorang yang berintegriti tinggi dan mempunyai budaya kerjaya yang tidak memilih bulu. Calon BN yang hendak diletakkan di sini juga seharusnya tidak mempunyai kepentingan untuk hanya kebaikan dirinya sendiri.Sejarah di DUN Penanti menyaksikan tiada seorang pun wakil rakyat yang memegang tanggungjawab di sini kekal hingga dua penggal. Semuanya hanya satu penggal sahaja dan ini termasuklah calon-calon dari BN ataupun pembangkang.Di sini, ada yang mengatakan ianya kubu kuat PKR, tetapi mereka semua silap, di sini adalah kubu kuat DSAI dan kekuatan tersebut adalah berpaksikan individual. Jika DSAI menyertai DAP dan bertanding di atas lambang roket sekalipun, sokongan yang beliau terima di sini akan tetap kukuh.Kebijaksanaa pimpinan paling atas perlu lebih teliti dalam pemilihan calon yang bakal mewakili BN kelak. Pimpinan-pimpinan sebelum ini, yang juga sering disebut-sebut, seperti Datuk Abd Jalil, Datuk Ahmad Saad, Datuk Musa, Datuk Pirdaus yang mungkin dipilih harus diketepikan dari pertarungan kali ini (jika ada le...)Calon-calon paling serasi dengan masyarakat di sini perlu diberi keutamaan. Oleh kerana sokongan terhadap DSAI (bukan PKR) di Penanti ini masih lagi kukuh, masih ada lagi penyokong UMNO yang dahulunya sahabat karib dan teman seperjuangan DSAI yang masih setia dengan UMNO kerana perjuangan mereka adalah berlandaskan keperluan masyarakat dan bukan sokongan individu (DSAI).Golongan-golongan ini lah yang harus pimpinan BN memberi fokus dalam penelitian pemilihan calon kelak. Di manaka mereka-mereka ini? Mereka adalah ketua-ketua Cawangan yang bergerak aktif diperingkat akar umbi dan perjuangan mereka ini sememangnya tidak mempunyai tujuan lain, melainkan membela nasib rakyat. Mereka juga tidak mempunyai kepentingan-kepentingan lain seperti mana calon-calon lain yang bergelar Dato-dato yang mempunyai perniagaan masing-masing dan lain-lain lagi. Kebanyakan ketua-ketua cawangan di kawasan Penanti ini adalah terdiri daripada golongan biasa tetapi mempunyai keupayaan kerja yang luar biasa!Statistik dari PRK Permatang Pauh yang lalu jelas menunjukkan sokongan terhadap pembangkang agak seimbang untuk kedua-dua pilihanraya. Di kawasan Guar Perahu dan Kuala Mengkuang, beza majoriti hanya 150 - 180, dan ini boleh memungkinkan sebarang kemungkinan untuk berlaku jika pilihanraya kecil Penanti ini disertai oleh BN. Jumlah pengundi yang keluar pada PRK yang lalu turut berkurangan dari PRU yang lalu dan jika sesuatu dapat dilakukan untuk menarik pengundi supaya keluar ataupun pulang untuk mengundi, mungkin BN boleh meraih sedikit peningkatan dari segi majoritinya.Ada yang berpendapat jika PRK kali ini diadakan, ianya seolah-olah satu pembaziran, namun jika dilihat dari aspek keperluan rakyat disini, majoritinya masih memerlukan seorang calon yang bersih dan berwibawa, jika dibiarkan kemenangan percuma kepada PKR, berkemungkinan reputasi BN sebagai parti yang berani meletakkan sebarang calon pada setiap pilihanraya akan tercalar.

Isnin, 20 April 2009

Pilihanraya Kecil Penanti N12

CYBERJAYA, 20 April (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan Barisan Nasional (BN) sama ada untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti janganlah berdasarkan kepada hanya bagi berpeluang menang sahaja."Ia bukan soalan untuk menang atau kalah, kita underdog di sana tetapi kita jangan pinggirkan penyokong-penyokong kita sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis "Bridges-Dialogues Towards a Culture of Peace", di Universiti Multimedia(MMU) di sini Isnin.Beliau berkata demikian sebagai mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin Khamis lepas sebagai wakil rakyat kawasan itu.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan pada Sabtu lepas bahawa BN mungkin tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu dan ini akan diputuskan pada mesyuarat akhir bulan ini.Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata jika cadangan BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu, ini akan membantu meredakan suasana politik sementara Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata BN hendaklah bertanding. Timbalan presiden Gerakan Chang Ko Youn berkata parti itu juga bersetuju jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu.Majlis itu disempurnakan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah sebagai Pengerusi Kehormat Bridges (Malaysia), Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, dan Pengerusi Penasihat Lembaga International Peace Foundation (IPF) Prince Alfred dari Liechtenstein.Turut hadir Pengasas dan Presiden Rainbow/Push Coalition Reverend Jesse Louise Jackson Sr sebagai penceramah utama dan Canselor MMU Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.Dr Mahathir berkata BN hendaklah memikirkan semula mengenai taktik pembangkang yang menurut beliau hanya cuba menunjukkan kepada orang ramai jumlah pilihan raya kecil yang dimenangi."BN mungkin mengakui taktik itu jika tewas pada pilihan raya kecil tetapi ia bergantung mengenai cara kita menyampaikan hujah-hujah kita," kata beliau.Mengenai cadangan Anggota Parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad untuk dibina jambatan lurus dan bukan jambatan bengkok untuk menghubungkan Johor dan Singapura, beliau berkata itu mungkin satu pandangan peribadi."Itu Shahrir, Shahrir memang orang Johor tapi ada orang lain juga di Johor, bukan Shahrir seorang," kata beliau.-- BERNAMA

Jumaat, 17 April 2009

Cerita Dari Penanti

Menurut situasi terkini kedudukan BN Kembali mendapat sokongan daripada Orang-orang Melayu, walaupun diatas kertas nampaknya PKR masih mampu mempertahankan kerusi Penanti. Tetapi dalam politik ni apapun boleh berlaku. Ada segelintir Penyokong Pas sudah menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong lagi kepada PKR kerana keinginan mereka untuk meletakkan calon PAS tidak diterima oleh Pihak PKR Negeri. Nantikan pendedahan Istimewa Untuk tatapan anda semua.

Khamis, 16 April 2009

Perletakan Jawatan Fairus Satu Mainan Politik - Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti semalam sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.
Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Mohammad Fairus itu adalah satu keputusan politik.
"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, Fairus, 32, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti berkuat kuasa serta merta atas alasan ingin memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.
Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.
Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat pada dasarnya tidak suka kepada pilihan raya kecil yang sengaja diadakan.
Ditanya peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Najib berkata, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah soal prinsip.
"Ini bukan soal peluang tetapi saya bercakap mengenai soal prinsip kerana berdasarkan perlembagaan, anggota Parlimen atau pun DUN perlu meneruskan khidmatnya sehinggalah ada sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak boleh berbuat demikian.
"Tapi meletakkan jawatan jelas bertentangan dengan konsep demokrasi berpelembagaan kerana apabila seseorang itu menawarkan diri untuk berkhidmat dalam satu tempoh tertentu, beliau harus bersedia berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Najib berkata, terlalu banyak 'politiking' yang berlaku dalam negara boleh menjejaskan tumpuan terhadap pembangunan negara.
"Pada masa sekarang, kita harus tumpu kepada usaha untuk pulihkan ekonomi negara dan untuk membolehkan kita membela kepentingan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang berhubung situasi politik di Perak yang boleh menimbulkan huru hara seperti yang berlaku di Thailand jika DUN tidak dibubarkan, Najib berkata, perkara tersebut tidak mungkin berlaku.
"Saya tidak nampak ada krisis sebab kita adalah sebuah negara dan masyarakat yang berpegang teguh kepada keluhuran dan undang-undang negara.
"Jadi undang-undang mestilah menjadi prinsip yang harus kita hormati.
"Jangan kita hanya menghormati apabila keputusan itu berpihak kepada kita... dan bila tidak berpihak kepada kita, buat lain pula," katanya.

Surat Mangkok Ayun Nak Belajaq Pandai-Pandai Baru Senang Nak Kelentong Rakyat




Selamat Tinggal Mangkok Ayun




Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.


Keputusan itu, yang diumumkan sembilan hari selepas pendiriannya melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April lalu, akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil.


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh pilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Ketika ini,Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa.
Nampaknya kita perlu melakukan persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil lagi, kali ini di Penanti

Rabu, 15 April 2009

Anwar Pening Kepala Pilih TKM1



PULAU PINANG 15 April — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melanjutkan tempoh kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengemukakan calon untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.


Lim juga tidak menolak bahawa Anwar berada dalam keadaan tertekan untuk mengemukakan calon yang sesuai bagi menyandang jawatan paling kanan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan PAS-DAP-PKR itu.


“Saya tidak akan umumkan apa-apa hari ini semuanya ada dalam satu kenyataan akhbar yang telah saya sediakan, minta maaf,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sini hari ini.


Lim memaklumkan mengenai tempoh lanjutan itu kepada media dalam kenyataan Ketua Menteri itu yang diedarkan kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini hari ini.


Ketua Menteri itu kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menghadiri majlis upacara angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. - Bernama

Minah: Kalau rasa pening kepala minah ada idea, masuk bertanding aje di DUN Penanti nanti bleh jadi Tim.Ketua Menteri atau Ketua Menteri pulak. tupun kalau menang.