Jumaat, 15 Oktober 2010

Mahfuz Dah Nak Mampuss??????

Oleh MIM TEAM

Alahai......si Mahfuz Omar ni memang pandai berkokok macam ayam jantan. Ayam berkokok ada timing dia. Sama la macam si Mahfuz Omar ni.

Bila DS Najib Razak nak bentangkan bajet 2011, dia pun sibuk nak komen. Dahla tak intelektual, komen dia tu cetek tak menunjukkan taraf dia sebagai seorang pemimpin tinggi PAS.

Sesiapa pun boleh bagi komen macam si Mahfuz ni, mungkin lagi ada substance dan bernilai jika banding dengan celoteh Mahfuz ni.

Ini satu..... kan ?

Main suka otak dia nak tuduh bukan-bukan. Tak betul pulak tu. Tergelak pulak jadinya sebab komen dia tu macam budak sekolah, tak ada nilai. Tapi sekurang-kurangnya, budak sekolah buat homework tapi Mahfuz Omar tak buat homework!

Celoteh Mahfuz Omar :-

"Kerana nak tarik pelabur asing (FDI) dan beri jaminan untung kepada mereka di dalam negara, kerajaan sanggup tidak perkenalkan Akta Gaji Minimum, longgarkan akta berkaitan pekerja serta ambil buruh asing dengan gaji yang rendah.

"Akhirnya, kerajaan hanya umum pemberian RM500 bonus kepada kakitangan awam dan pesara ketika mengumumkan Bajet 2010," ujarnya.

Aku nak tanya, Mahfuz Omar ni tahu ka apa FDI tu? Tahu ka dia mekanisme di sebalik FDI ni?

Apa dia ingat bonus kakitangan awam tu pasal FDI dan tarik pelabur asing sahaja ka? Lepas tu...asyik komen saja tapi input cadangan yang praktikal tak ada...kosong!

Ini dua....kan ?

Come on la.... Mahfuz Omar. Perbetulkan diri dan parti itu dulu. Belajar tarik pelabur asing ke negeri Kelantan dan Kedah itu dulu. Tegur dan perbetulkan negeri-negeri Pakatan Rakyat itu dulu.

Azizan Bakar PAS Kedah dan Lim Guan Eng DAP Pulau Pinang dah buat zalim kat rakyat negeri pasal naikkan tarif air. Kenapa diam seribu bahasa? Kenapa dibiarkan kezaliman itu?

Guan Eng pun dah tipu rakyat Pulau Pinang banyak kali. Tak minta maaf pulak tu. Mahfuz....tegur la depa ni dulu!

Tapi kalau tengok kredibiliti Mahfuz Omar ni, mana la si Azizan Bakar dan Lim Guan Eng nak dengar cakap dia! Pandang pun tak! Tu la Mahfuz.... next time kalau nak practice berkokok tu, baik buat kat kawasan sendiri dulu!

Tapi kalau pandai internet, boleh la Mahfuz bagi komen pasal bajet 2011 dalam blog 1Malaysia DS Najib Razak. Kalau cetek pun, tak ada yang tahu!

TERBARU : Bajet 2011 :-

1. Telefon mudah alih dikecualikan daripada cukai jualan.


2. Kerajaan BN akan naikkan elaun bulanan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP, Tok Batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi kampung baru. (RM450 ke RM800)

3. Kerajaan BN adakan 'skim rumah pertamaku' melalui Cagamas bagi bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.

Skim itu menawarkan jaminan kerajaan BN ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

4. Bantuan khas kewangan daripada kerajaan BN sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.

5. Bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah. (Lim Guan Eng akan pening kepala!)

6. Cuti bersalin pegawai kerajaan bergaji penuh 90 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan