Isnin, 4 Oktober 2010

Edisi Misteri!!! Bila cukai Kelab Lumba Kuda naik, sumbangan RM2 juta pun masuk..



Saya merasa hairan juga kenapa tiba-tiba sahaja pihak Penang Turf Club (PTC) mahu memberi sumbangan sebanyak RM2 juta kepada kerajaan negeri DAP untuk digunakan didalam Program Basmi Kemiskinan.

Dan tambah menghairankan, kenapa tiada langsung sebarang publisiti dibuat sama ada dari kerajaan negeri mahupun pihak Kelab Lumba Kuda itu sendiri?

Selalunya, sumbangan sebegini besar jumlahnya, pasti akan diadakan Majlis penyerahan replika cek ataupun majlis sidang media. Tetapi, didalam hal sumbangan Penang Turf Club ini, tiada sebarang majlis dilakukan.

Bukankah ini semua agak meragukan?

Rupa-rupanya, ada yang cuba disembunyikan di sebalik sumbangan tersebut. Pada 08 April 2010, Lim Guan Eng telah mengeluarkan arahan untuk menaikkan harga cukai tanah terhadap Penang Turf Club dari RM493,045 kepada RM2,363,559 setahun!

Menurut Lim Guan Eng lagi, ini berikutan penukaran status tanah PTC dari Zon Rekreasi kepada Zon Pembangunan Bercampur.



Ini merupakan peningkatan terhadap harga tanah dari sebanyak RM 0.54 kaki persegi kepada RM 2.58 kaki persegi di kawasan Kelab Lumba Kuda tersebut.

Dan Lim Guan Eng serta kerajaan DAP negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian telah meminta pihak PTC menjelaskan cukai tertunggak bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 sebanyak RM6.1 juta sekaligus.

Ini tidak dipersetujui oleh pihak PTC dan satu sidang akhbar telah dibuat oleh Lim Guan Eng pada 8 April 2010 bagi menolak tuntutan PTC untuk menggunakan kadar lama cukai tanah seperti sewaktu pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

Menariknya, hanya selepas lebih kurang tempoh tiga bulan sahaja (lihat tarikh surat sumbangan dan juga tarikh video sidang media), sumbangan sebanyak RM2 juta telah diberikan oleh pihak PTC kepada Lim Guan Eng dan kerajaan negeri kononnya untuk Dana program basmi kemiskinan.

Apakah sumbangan ini ada kaitan dengan arahan kenaikan cukai tanah yang tak dipersetujui oleh pihak PTC yang berjumlah RM6.1 juta tersebut?

Dan apakah sumbangan RM2 juta dari pihak PTC ini memang khas untuk Dana Program Basmi Kemiskinan P.Pinang sahaja ataupun ia ada tujuan lain disebaliknya?

Persoalan ini perlu dijawab oleh Lim Guan Eng serta kerajaan DAP negeri. Semua perkara-perkara diatas memungkinkan wujudnya tanggapan dari rakyat mengenai salahlaku yang sedang berlaku didalam pentadbiran kerajaan DAP P.Pinang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan