Ahad, 10 Oktober 2010

Pas Semakin Haru Biru

Sejak kematian ADUN Galas ,PAS mengeluarkan pelbagai kenyataan dan dakyah memperlekehkan TPM Ds Muhyiddin Yassin mengenai pelantikan Ku Li sebagai pengarah PRK Galas.

Malah kalangan pimpinan PAS pada mulanya kelihatan cuba membodek Ku Li dengan kenyataan yang menyatakan Ku Li amat bijak apabila tidak akan menjadi pengarah atau pun calon di PRK Galas.



Harakah Daily hampir tiap hari menyiarkan mengenai status Ku Li dan menimbulkan tanda tanya kononnya Ds Muhyiddin memperlekehkan Ku Li apabila diarahkan menjadi pengarah pilihanraya.

PAS bagaikan serba salah dan tidak mampu berdepan dengan Ku Li kerana mereka berpendapat seolah olah menentang seorang pemimpin UMNO yang Pro pakatan yang menyertai kaukus tuntutan wang ehsan royalti minyak.

Mereka masih mengharapkan rakan kaukus mereka tidak akan terlibat didalam pilihanraya Galas,namun Ku Li sudah memberi amaran agar isu wang ehsan royalti mintak tidak dibangkitkan ketika pilihanraya kerana sudah menjadi kes makhamah.

Pelbagai kenyataan oleh para pemimpin PAS seolah olah memujuk dan mengharapkan agar Ku Li tidak menentang mereka. Ketibaan Ku Li dari London telah terjawab segala persoalan apabila beliau sendiri bersetuju untuk mengetuai PRK Galas ketika di sambut oleh Tok Pa di KLIA.

Dalam kenyataan beliau ketika temuramah di KLIA " Peduli apa dengan cakap cakap PAS,Saya adalah ahli Umno,Saya berjiwa Umno" ,kata kata Ku Li bagaikan menyentap dan menghancurkan cita cita PAS yang mahu melihat Ku Li bertentang arus dengan UMNO .


Pisau mengharapkan agar Ku Li sendiri bertanding didalam PRK Galas, ini kerana sebagai orang lama didalam politik Kelantan beliau sememangnya amat layak dan Pisau melihat inilah langkah yang baik untuk UMNO Kelantan dalam rangka menakluk Kelantan pada PRU13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan