Ahad, 17 Oktober 2010

Eksklusif Dari Permatang Pauh

44 Hari untuk Ketua Bahagian Selesaikan

Permatang Pauh 16/10/2010.

Satu majlis yang dinamakan Tranformasi Perjuangan UMNO Permatang Pauh telah berlangsung yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang diketuai oleh Cikgu Mohd Zaidi Bin Md Said.

Majlis yang dijangka dihadiri oleh 300 orang ini telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa meskipun terdapat unsur-unsur sabotaj dari pihak tertentu seperti yang didedahkan dalam ucapan cikgu Zaidi.

Lebih 500 orang yang terdiri dari pemimpin-pemimpin cawangan serta bahagian tidak ketinggalan datang untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dalam UMNO Permatang Pauh serta ingin mengetahui apakah pendedahan yang akan dibuat oleh cikgu Zaidi.

Pada majlis tersebut Pemuda UMNO Permatang Pauh telah menyenaraikan sebanyak 16 tuntutan yang akan diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Dato' Abdul Jalil Bin Abdul Majid pada hari ini juga dan memberi tempoh selama 44 hari bagi Ketua Bahagian menyelesaikannya.

16 tuntutan itu adalah seperti berikut,

Yang Berbahagia Dato' Ketua Bahagian Hendaklah:

1. Menyediakan Blueprint atau perancangan program dan budjet untuk tempoh 2 tahun bagi memperkasakan UMNO Permatang Pauh dalam menghadapi PRU-13.

2. Bersikap lebih telus dalam dan terbuka soal peruntukan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dalam membantu rakyat. Kesemua jumlah yang diperolehi hendaklah dimaklumkan pada semua AJK Bahagian dan sayap-sayap.


3. Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyalurkan segala bantuan yang diterima oleh bahagian agar tidak ada pihak yang terlepas pandang dalam menerima faedah.


4. Segala bantuan yang diterima untuk sayap hendaklah diagih terus untuk sayap secara sama rata bukan diagih pada pihak ketiga yang boleh menimbulkan pecah belah.


5. Segala peruntukan yang diterima oleh bahagian hendaklah diagih kepada sayap-sayap secara sama rata bukan diguna dengan sendiri oleh ketua Bahagian.


6. Ketua Bahagian hendaklah bertangungjawab menyediakan dana khas bantuan untuk semua JKKKP dalam parlimen agar Ahli JKKKP boleh bertindak dan bekerja dengan lebih berkesan.

7. Perlantikan Ahli JKKKP hendaklah dibincang dengan semua penyelaras dan harus merangkumi peranan semua sayap-sayap.


8. Menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bertangungjawap menyelaras semua permohonan yang dibuat oleh cawangan dan mempastikan pemohonan cawangan-cawangan ditunaikan dalam tempoh masa tertentu.


9. Segala perlantikan jawatan politik yang diujudkan dibawah kementeria-kementerian tertentu hendaklah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian.


10. Mempastikan segala arahan ibupejabat parti dilaksanakan bukan membiarkan arahan tersebut pada jawatankuasa bertangungjawab sahaja.

11. Yang Berbahagia Ketua Bahagian hendaklah mempegerusikan semua Program Juara Rakyat peringkat Parlimen kita bukan membiar semata-mata pada pengerusi hingga semua AJK Bahagian yang menjadi pengerusi terpaksa menangung segala masaalah berkaitan program tersebut.


12. Peruntukan yang diterima dari ICU hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian.


13. Peruntukan Mayang hendaklah dipermudah cara agar Ketua Cawangan boleh menjadi wakil menyampaikan sumbangan pada magsa bencana atau kematian tanpa menunggu ketua Bahagian atau wakil yang datang.


14. Menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan peruntukan sedia ada yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan menjayakan semua program berbentuk pendidikan dan kebajikan.


15. Segala urusan parti hendaklah dilakukan di Pejabat UMNO Bahagian, Pejabat yang ada diluar pejabat UMNO hendaklah ditutup dan dipindahkan secepat mungkin.


16. Tunggakkan gaji setiusaha kerja UMNO Bahagian yang tidak dibayar melebihi 20 bulan hendaklah dijelaskan secepat mungkin demi menjaga imej UMNO Permatang Pauh.



Sidang Media


Tiada ulasan:

Catat Ulasan