Sabtu, 23 Oktober 2010

DAP Dengan Yahudi 2X5


GEORGETOWN – Akhirnya barangan peniaga di Lebuh Sungai Pinang 1 dirampas juga oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam.

Peniaga, Rusidah Che Daud berkata, ketika itu dia baru sahaja mahu memulakan perniagaan menjual lauk pauknya dan secara tiba-tiba pegawai penguat kuasa MPPP datang dan merampas barangan miliknya.

Menurutnya, dia yang pada ketika itu bersama dua adik beradiknya hanya mampu melihat pegawai tersebut merampas barangannya.

“Mereka langsung tidak kasihan dengan kami, harga kanopi yang mereka rampas itu mencecah RM400, mana lagi kami mampu cari dan beli sama seperti itu.

“Kenapa mereka datang secara tiba-tiba kerana sebelum ini kami sudah berikan surat pertanyaan dan juga berjumpa dengan mereka, tetapi mereka yang tidak mahu jumpa dengan saya, apa lagi yang saya mahu buat,” katanya.

Sementara itu seorang lagi peniaga, Zulkifli Ismail berkata, kanopinya pula diperoleh daripada hasil sumbangan rakan.

Dia kesal dengan sikap MPPP kerana mengambil barangan peniaga kerana pihak berkuasa terbabit belum berjumpa mereka dan berbincang.

“Saya sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang menimpa kami walaupun perkara ini sudah diberitahu wakil rakyat dan juga Bahagian Perlesenan MPPP tetapi mereka masih tidak mengambil peduli nasib kami,” katanya.

Peniaga kuih muih, Jamaludin Mohd Rawther berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.30 pagi dan ketika itu dia ternampak dua kenderaan MPPP melalui Jalan Lebuh Sungai Pinang 1.

Katanya, dia yang pada masa itu hanya melihat pegawai penguat kuasa membuat rondaan sehingga ke jalan berhadapan dengan Pinang Court 2.

“Tiba di tempat saya mereka terus mengambil dua payung milik saya yang berharga RM100 dan kemudiannya meja peniaga nasi lemak yang diletakkan belakang saya juga dirampas oleh mereka.

“Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan saya tidak tahu hendak kata apa kerana sebelum ini saya sudah membuat permohonan masuk ke Kompleks Desa Pinang 1, mereka mana mahu dengar cakap saya yang saya kata telah buat permohonan, jadi mereka hanya berlalu pergi membawa barang tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati pada jam 7 pagi hingga jam 9 pagi keadaan di situ dipenuhi dengan peniaga barangan basah seperti sayur dan ikan, kemudiannya pada jam 9.15 pagi kebanyakan mereka sudah pun membersihkan tapak perniagaan.

Peniaga terbabit bernasib baik kerana MPPP datang lewat dan tidak merampas barangan mereka, namun bagi peniaga kuih muih dan makanan pula sebaliknya.

Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi wakil Bahagian Perlesenan MPPP, namun gagal dihubungi.

Des : Golongan-golongan yang macam ini serupa sahaja dengan apa yang dilakukakan oleh Yahudi dengan penerokaan penempatan haram di Palestin...

Sumber: Desparado

Tiada ulasan:

Catat Ulasan