Rabu, 13 Oktober 2010

Buang Tongkoi Kayu!!

Baru-baru ini MIM telah mendedahkan diskripensi yang mencurigakan di dalam kewangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng Pembohong.

Secara ringkas, Lim Guan Eng Pembohong telah gagal mentadbit PBAPP de
ngan baik dan cermat hinggakan keuntungan PBAPP merosot setiap tahun. Begitu juga dengan kenaikan elaun setahun CEO PBAPP walau pun syarikat itu tidak menunjukkan sebarang peningkatan di dalam keuntungan mereka.


MIM telah merujuk kepada Annual Report PBAPP tahun 2007, 2008 dan 2009.

Sila klik artikel di bawah :-

1.
GEMPAR !! PENDEDAHAN 1 ! Jatuhnya Maruah Lim Guan Eng Sebagai Ketua Menteri & Akauntan Bertauliah.

Selain daripada di atas, ada satu lagi isu besar yang perlu diketengahkan iaitu tentang pemilihan barisan CEO syarikat PBA yang juga mencurigakan.

Isunya ialah kemusykilan ialah kewujudan Mat Sabu AJK PAS Pusat di dalam senarai Board of Directors (BOD). Siapa dia ni ?


Ya mungkin perlantikan Mat Sabu berbau political interest. Tetapi kenapa beliau ? Apakah sudah tidak ada pemimpin tempatan lagi?

Apakah Pakatan Rakyat Pulau Pinang sudah ketandusan pemimpin yang berkaliber untuk berada di kerusi CEO PBAHB?

Dan apakah untungnya PBA dengan kehadiran Mat Sabu selain daripada membazirkan wang rakyat Pulau Pinang?

Realitinya, tidak akan runtuh PBA jika non-performing CEO di dalam PBA dilucutkan jawatan. Yang penting, rakyat Pulau Pinang tidak dizalimi lagi oleh Guan Eng.

Dan jika Lim Guan Eng Pembohong benar-benar mahu berjimat-cermat, penulis sarankan agar beliau lantik Anwar Ibrahim sahaja. Gaji beliau di Selangor hanya RM1. Takkah PBAPP boleh berjimat jika macam itu?


Seperkara lagi, Annual report PBAPP melaporkan bahawa Mat Sabu sebenarnya adalah produk UMNO!

Parti UMNO telah berjasa memperjuang dan menyediakan Institut Teknologi Mara / Universiti Teknologi Mara untuk Mat Sabu !
By: Team MIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan