Ahad, 4 April 2010

YB Mansor-Penanti, Hang Buat Apa??





GUAR PERAHU 4/4/2010, Dalam kesibukkan dengan tugas harian, Penyelaras dun Penanti, Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man sempat menziarahi rumah Saudara M Syariff yang agak serba kekurangan, tambahan pula beliau yang mempunyai seramai 6 orang anak yang masih bersekolah amat menyukarkan kerana gaji beliau hanya RM500 sebulan tambahan rumah beliau hanya mempunyai satu bilik sahaja dan tidak mempunyai tandas yang sempurna.
Yang menjadi persoalan sekarang, kemana perginya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Mansor yang merupakan kawasannya. Dok Tidoq ka??
Menurut Saudara Md Ariff Ismail yang merupakan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Cawangan Guar Jering, beliau berharap Tuan Hj Abdul Rahim dapat memohon peruntukkan dengan kadar segera memandangkan YB Mansor tidak memperdulikan masaalah penduduk dikawasannya.
kami bertanyakan tentang tindakkan yang akan diambil oleh Tuan Hj Abdul Rahim dan beliau akan membawa Saudara M Syariff menemui Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kadar segera dan beliau berjanji akan membantu sehingga masaalah yang dihadapi oleh Saudara M Syarif ini dapat diselesaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan