Isnin, 5 April 2010

Membantu Pada Yg Memerlukan

4 April 2010 - Program diteruskan lagi dengan lawatan ke rumah orang susah iaitu Pn Faridah bt Hashim (710101-07-5746) beralamat di 4178 Padang Ibu, Penanti. Beliau yang ditinggalkan suaminya Abdul Talib b Mihad mempunyai 5 orang anak dan 3 daripadanya masih bersekolah. Pn Faridah yang menghidapi penyakit lumpuh dan tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada belas kasihan dan bantuan jiran-jiran sekeliling yang membantu keluarganya.

Penyelaras DUN Penanti, Hj Abd Rahim Hj Man telah hadir bersama-sama Ketua Cawangan Padang Ibu iaitu Pn Hjh Latifah Dato Md Nor serta Hj Abd Malik Shariff, Ketua Cawangan Padang Temusu. Beliau juga telah memberi sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga terbabit dan cuba mencari jalan bagi membantu menyelesaikan masalah keluarga Pn Faridah untuk mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.





2 ulasan:

  1. salam,

    tahniah diucapkan. semoga usaha murni ini diteruskan.

    http://novandri.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Teruskan usaha meringankan beban yang termampu, PKR di Padang Ibu bukannya boleh harap...sekadar buat semak depan simpang masuk bundle ajar...penuh kereta, orang nak masuk simpang pun susah!

    http://pilihan-anda.blogspot.com

    BalasPadam