













Dalam majlis tersebut Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man selaku Penyelaras Kadun Penanti serta YB Dato' Ariff Shah Bin Omar Shah turut diundang bagi memeriahkan program tersebut.
Seramai 3 orang yang terdiri dari Ibu tunggal serta warga Emas telah dipilih untuk menerima sedikit sumbangan yang berupa hamper serta sedikit wang tunai dari Tuan Hj Abdul Rahim, manakala YB dato' Ariff Shah berbesar hati telah menyumbangkan set minuman kepada semua penerima sumbangan. Program seperti ini adalah yang julung-julung kali diadakan di kampung tersebut. Menurut Ketua Cawangan Guar Jering, Saudara Saiful Azhar Hj Hassan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Abdul Rahim dan YB Dato' Ariff Shah kerana dapat turun menemui penduduk disini tak lupa juga ucapan terima kasih dan tahniah kepada saudara Zafar Abu Bakar yang merupakan Pengerusi Biro Pengurusan & Strategi, telah berjaya dengan cemerlang dalam merangka perjalanan program tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan