Rabu, 14 April 2010

Program Mesra Jasa Bersama Artis Filem Belukar

KAMPUNG TERUS 13 aPRIL 2010. Satu program mesra Jasa telah diadakan bersama dengan artis-artis serta Krew filem "Belukar" telah berlangsung dengan meriahnya. Program ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan Kebudayaan serta Syarikat Preston Zaidan Productions Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat perfileman dalam rangka mempromosi filem terbaru mereka. Turut bersama ialah penyelaras Kadun Penanti iaitu Tuan Haji Abdul Rahim bin Man serta warga Kampung Terus. Promosi filem yang agak unik ini yang julung-julung kalinya ini telah mengemparkan Kampung Terus dengan kehadiran beberapa bintang filem ternama seperti: Datuk Tamimi Siregar (Farid), Danny (Zailan), Annuar Chew Kin Wah (TKO), Sabrina Hassan (Ivy), Azwan Kombos (Pit), Md. Eyzendy Aziz (Hitam), Ray Redzuan (Momok), Fong U-Shin Xavier (Gong), Ekin AF4 (Norashikin), Sharmila Dedy Borhan (Mary) dan Linora Low (Gincu). Menurut produser Eksekutif Preston Zaidan Productions (PZP) Sdn. Bhd., Datin Zulhaila Siregar, beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kampung Terus dan kampung sekitarnya kerana memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang program ini berlangsung.
Seramai 6 orang yang terdiri dari orang kurang upaya serta warga emas telah dipilih untuk menerima sumbangan berbentuk hamper serta wang tunai daripada Tuan Haji Abdul Rahim dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Selain dari itu acara gotong royong membersihkan jalan mini tar sepanjang masuk ke Kampung Terus dan jugak gotong-royang memasak makan tengahari.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini sila klik kat sini.



























1 ulasan:

  1. memamg gempak la Kg Terus !!! Artis turun padang ke kampung lagi. Syabas rakan2 UMNO Guar Jering ..

    nampaknya perlu ada kreativiti dalam membuat program walaupun sumber kewangan memang diketahui agak terhad. Artis pun kita boleh bawa mai ke kampung kita..

    BalasPadam