Sabtu, 13 Mac 2010

Visi Jelas - Konvoi Jelajah Permatang Pauh




PERMATANG PAUH -13 Mac 2010. Satu Program jelajah Permatang Pauh yang dinamakan Visi Jelas yang berlangsung hari ini telah berjaya dengan cemerlang apabila mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang disertai seramai 350 pemuda-pemuda dari Kawasan Permatang Pauh. Program ini diketuai oleh Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh, Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said turut di bantu oleh Naib Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Suhaimi Bin Sabudin, Turut sama memberi sokongan iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Tuan Haji Abdul Rahim. Konvoi ini bermula dari Taman Arowana dan berakhir di rumah kenduri Ketua UMNO Bahagian, Dato' Abdul Jalil Bin Abd Majid. Sepanjang konvoi ini berlangsung, mereka sempat melalui beberapa cawangan iaitu Cawangan Guar Jering dimana disitu tempat mereka bersarapan pagi. selain dari itu mereka sempat menyerahkan sumbangan kepada insan yang kurang bernasib baik, seramai 3 orang telah dipilih untuk menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim. Selepas itu mereka berkonvoi ke Cawangan kampung Tun Sardon dan disitu seramai 3 orang juga telah dipilih untuk menerima sumbangan.
Kemudian Konvoi ini terus menuju ke rumah kenduri kahwin anak kepada Ketua Umno Bahagian Dato' Abdul Jalil bin Abdul Majid.

3 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum WW,

    terima kasih rakan2 bloggers dan diatas kerjasama menyiarkan aktiviti dan program didalam PENANTI BANGKIT menunjukan kerjasama yg begitu padu demi kebangkitan didalam usaha perpaduan ummah, bangsa dan agama. Salam Perjuangan dan Insya'Allah segala usaha murni kita akan diberkati Allah SWT. Terima kasih

    Penyelaras DUN PENANTI dan Salam 1 Malaysia.

    BalasPadam
  2. Doakan segala usaha murni kita akan diberkati Allah..........Saya tidak akan lupa segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan dan jika ada apa2 kesilapan adalah dari saya sendiri dan yg baik itu datangnya dari Yang Maha Esa. Saya adalah manusia kerdil yg perlu nasihat dan tunjuk ajar sdr2 seperjuangan. Hidup UMNO, Hidup Melayu, Perjuangkan Agama demi bangsa dan Nusa.

    BalasPadam
  3. Insya'Allah bertemu kembali dilain episode.

    Salam Perjuangan

    Penyelaras DUN Penanti

    BalasPadam