Rabu, 14 Julai 2010

Penyerahan Bantuan Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

PENANTI 14/07/2010. Hari ini berlangsungnya penyerahan bantuan untuk insan yang kurang upaya dalam kadun Penanti telah disampaikan oleh Penyelaras Kadun Penanti iaitu Tuan Haji Abdul Rahim Man dengan kerjasama dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diketuai oleh Puan Norlela Binti Saad. Kali ini seramai 3 orang telah terpilih bagi menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Turut hadir beberapa exco pemuda bahagian, saudara Sabri Safar, Saiful Azhar serta beberapa orang kuat UMNO Cawangan.

Penerima pertama dari Kampung Guar Perahu iaitu Halimah Binti Amran yang berusia 80 tahun, telah uzur dan mempunyai seorang anak perempuan yang kurang upaya berumur 40 tahun yang masih mengunakan kad pengenalan lama.
Penerima Kedua dari Taman Guar Perahu, Siti Rohani Binti Daud 55 tahun yang menderita penyakit Kencing Manis,darah tinggi serta Strok semenjak 3 tahun lalu. Beliau kini tinggal bersama dengan anak perempuannya, Sitina Ummu Mariyam 26 tahun yang tidak berkerja. Beliau memohon bantuan dari Jabatan kebajikan Masyarakat pada bulan Mac dan sebulan sahaja telah diluluskan.
Penerima ketiga yang telah terpilih dari Kampung Mengkuang Titi iaitu Che Puan Binti ishak 77 tahun yang menderita penyakit Strok dan darah tinggi. Beliau kini tinggal bersama dengan anaknya Puan Safiyah Binti Ali seorang ibu tunggal mempunyai 2 orang anak. Beliau membuat pemohonan pada bulan Mac dan diluluskan pada bulan April.

2 ulasan:

  1. syabas UMNO Prmtg Pauh yg begitu prihatin menjaga kebajikan rakyat di Penanti

    BalasPadam
  2. tahniah,teruskan berkhidmat kepada rakyat.

    BalasPadam