Selasa, 31 Ogos 2010

Pemimpin Berjiwa Rakyat

PENANTI 30/8/2010. Dalam kesibukan dengan tugas harian, Hari ini Tuan Hj Abdul Rahim Bin Man selaku Penyelaras Dun Penanti, sempat menziarahi kematian di Kampung Guar Jering. Kemudian beliau berbesar hati menziarahi beberapa keluarga yang kurang berkemampuan serta OKU dikampung tersebut serta memberi sedikit sumbangan peribadi beliau memandangkan Syawal kian hampir dan membuktikan golongan ini tidak dilupakan.
beliau juga tidak lupa memberi sedikit sumbangan untuk UMNO Guar Jering bagi mengadakan Majlis Malam Raya nanti. Beliau yang sebelum ini mengadakan satu perjumpaan dengan warga Kampung Terus sempat juga menyerahkan beberapa helai jalur gemilang pada majlis tersebut.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan