Sabtu, 16 Januari 2010

Sekitar Program Gotong royong Bubur Asyura





GUAR JERING Program bergotong royong bubur asyura telah berjalan dengan lancar hari ini. Kebanyakkan peserta yang terdiri dari ibu-ibu tunggal dan wanita UMNO telah berjaya menghasilkan sebanyak 400 bekas kemudian diagih-agihkan untuk 2 buah kampung iaitu kampung Guar Jering dan kampung Kubu. Oleh kerana program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan jadi UMNO Cawangan Guar Jering akan menjadikannya acara tahunan.

1 ulasan:

  1. Salam,
    Bubur asyura adalah makanan yang pertama disediakan oleh pengikut Nabi Noh a.s, selepas tenggelamnya seluruh umat manusia yang engkar mengikuti ajaran tauhid Nabi Noh dengan kemurkaan Allah s.w.t membawa banjir besar melnada bumi. Sambutan hari asyura tanpa bubur asyura tidak meriah. Apa yang kita perlu ingat- mengingati adalah "kesyukuran kepada Allah s.w.t" kerana sentiasa memberi rahmat dan telah jadikan negara ini aman damai dan sentiasa harmoni. Kita juga perlu bersyukur kerana kita punyai pemimpin-pemimpin kerajaan yang sentiasa menjaga kepentingan seluruh rakyat baik yang Islam dan Bukan Islam. Wassalam.

    BalasPadam