Ahad, 3 Januari 2010

PROGRAM PERTAMA KE ARAH MENAWAN KEMBALI PENANTI & PERMATANG PAUH

Guar Jering Satu perjumpaan telah diatur bersama YB Seberang Jaya Datuk Ariff Shah, YB angkat Penanti Hj Rahim dan YB angkat Permatang Pasir Saudara Mohd Zaidi bersama dengan pergerakan UMNO Cawangan Guar Jering bagi meraikan beberapa orang saudara baru dari ahli PAS yang telah menyertai UMNO. Tujuan mereka menyertai UMNO adalah kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada PAS yang telah bersekongkol bersama PKR dan DAP hinggakan Hudud yang menjadi tunjang PAS selama ini telah dilenyapkan dalam Dasar Pakatan rakyat. Menurut ketua Cawangan Guar Jering Saudara Saiful Azhar beliau merasa terharu diatas kedatangan YB serta YB angkat dan juga beberapa exco pemuda bahagian yang telah menunjukkan keperihatinan terhadap setiap program yang diaturkan oleh Cawangan Guar Jering, ini sekaligus setiap ahli UMNO dapat merasakan yang mereka juga dihargai. YB Datuk Ariff ternyata mesra rakyat apabila bergegas datang selepas beritahu bahawa terdapat kematian dikampung tersebut.
Pemimpin Bahagian bergambar kenangan selepas selesainya majlis.


Kelihatan YB Angkat Penanti sedang berbincang serta memberi pendapat.


Turut Serta Ketua Pemuda bahagian. Saudara Mohd Zaidi.


YB Ariff Shah tidak ketinggalan memberi sedikit ucapan tentang pemasaalahan yang berlaku.
dan kelihatan Veteran UMNO Guar Jering turut bersama-sama memberi sokongan.




7 ulasan:

  1. ALhamdulillah !

    Tiada ada ucapan yang dapat mengatsinya untuk mengambarkan bertapa gembiranya GMC melihat kawan-kawan dan mungkin ada diantararanya suku sakat GMC dikawasan tersebut meninggalkan perjuangan Kapaiq harbi yang Maha Thaghut hari ini.
    Cuma kita tunggu sanak saudara kita kawasan Padang menora,tasik Glugor hingga ke sungai Dua dan Nyior Sebatang dan kawasan sekitarnya mengambil langkah seperti sahabat handai kita di Guar Jering dan Kubang semang!

    Insyaalah mudah2an Allah swt membuka minda kita semua untuk meninggalkan perjuangan PAS kini yang Maha Thaghut dan putar belit.

    Pada UMNo jadikan kehadiran mereka sebaik-baik iktibar untuk melakukan perubahan dan bukan masih di takuk lama!

    Kehadiran mereka bukan bererti UMNO Pulau Pinang terus dibuai mimpi...Tetapi kehadiran mereka seolah-olah dapat menyedarkan UMNO yang masih lena!!

    Tahniah untuk seluruh sahabat handai serta rakan taulan di Guar Jering !!

    Salam GMC untuk kalian semua! Insyaalah ada ruang GMC akan turun bertemu sahabat2 sekelian !!

    Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar!

    Mudah-mudahan Allah membuka minda sahabat2 kami yang masih tersesat dengan tipu daya PAS hari ini> Amin.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Ahamdulillah dan tahniah kepada penantibangkit.blogspot kerana mengambil inisiatif untuk mengadakan blog dan juga pertemuan.

    Semoga kita akan dapat bekerjasama di masa hadapan.

    BalasPadam
  3. Salam Tahniah dari DES kepada Guar Jering! Teruskan perjuangan sebenar...ikhlas dari Anak Jati Qaryah Guar Perahu!

    http://pilihan-anda.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Syabas!! satu usaha murni...teruskan perjuangan daripada YEOP PARIT!!!! Hidup UMNO, HIDUP MELAYU

    BalasPadam
  5. Salam,

    Tahniah...kerana berjaya membuka blog yang baru dan canggih dengan gilang gemilang. Harap-harap blog ini memberi informasi yang tepat apa yang wakil-wakil rakyat umno Penang yang masih tinggal itu lakukan untuk menawan kembali kerusi-kerusi yang terlepas ke tangan kepada Pakatan Rakyat pada PR2008. Tujuan blog adalah untuk check&balance dalam arus informasi berita dan boleh jadikan sebagai "Ikon" dan "Brandingkan" bakal calon untuk Pilihanraya Umum.alam arus infomasi berita. Kalau berita tentang UMNO je nanti yang kunjung pun orang UMNO juga. Blog akan main peranan kepada golongan orang muda yang akan menjadi bakal penggundi pada PR13 nanti. Faktor penting ialah bagaimana nak menarik golongan ini. Satu faktor membuatkan blog-blog BPN kunjungi ramai ialah kerana depa "Brutal" hahaha!. Moderator blog ini berani cabaran ini?. Jangan ambil jalan mudah untuk delete komen dari pihak penyokong pembangkang dan ramai diantara mereka ini adalah "Duk kat atas pagar" yang beri komen yang bukan-bukan tetapi kita perlu tahu bagaimana nak kilas komen mereka dan nuetralkan mereka...maka harap blog orang kampung ini dapat mewujudkan "nuetral ground" untuk pendebatan yang sihat seperti saranan "etika blogging" Perdana Menteri kita. Janganlah hanya menjadi lidah penyambung "surat khabar MSM" da berita UMNO...hahaha;nanti blog ini jadi poyo...hahaha!. Penulis blog perlu berani mengutarakan pandangan sendiri dalam sesuatu isu nasional atau tempatan seperti "Blog Dr.Novendri", Desperado, Gomo, Pemuda Permatang Pauh, Abang Tuah, dan lain-lain.

    Maka Mamak Penang ucapkan selamat datang ke alam Blogging dan mai kita menghancurkan Pakatan Rakyat sedang reput itu. Kalau kita berjaya rampas kembali kawasan Parlimen Permatang Pauh maknanya kita sudahpun lumpuhkan seluruh Parti PKR Nasional. Roh PKR ada di Permatang Pauh. Marilah kita blogger penyokong UMNO gembeling tenaga untuk cabut roh PKR itu...insyallah...Mamak harap blogger-blogger BPN rajin-rajinlah kunjung blog ini. Insyallah dan dengan berkat doa perjuangan UMNO dan pemimpin yang Ikhlas seperti Datuk Arief Shah s kita boleh lakukannya!.Wassalam.

    BalasPadam
  6. ada lagi akan bersama untuk perjuangan keramat ini

    BalasPadam