Ahad, 27 Disember 2009

Pulau Pinang mesti diserah kan kepada UMNO - jika tidak ianya akan terus di perintah DAP hingga kiamat.



P Pinang seharusnya kini berada dibawah jagaan UMNO. Gerakan sudah terlalu lama mengasai P Pinang hinggakan kaum cina sendiri sudah hilang kepercayaan nya. Akhirnya pada PRU12 yang lepas Gerakan telah ditolak secara total oleh kaum cina dan india.

Sebenarnya Toh Tsu Koon awal2 lagi sudah tahu bahawa kaum cina telah menolak Gerakan. Itu sebab seminggu sebelum PRU12 dia letak jawatan Ketua Menteri dan bertanding kerusi Parlimen. Dia sudah tahu dia akan kalah. Pada pertandingan kerusi Parlimen dia telah dikalahkan oleh calun DAP iaitu P Ramasamy.

Bukan sahaja dia kalah, tetapi parti Gerakan menerima kekalahan teruk, semua calun kerusi DUN kalah. Kini tiada seorang pun ADUN dari Gerakan mewakili parti itu dalam DUN P Pinang. Sepatutnya Toh sedar dan malu dengan perkara ini. Dia pataut letak jawatan dan berundur dari memimpin P Pinang.

Sangat wajarlah jika jawatan pengerusi BN P Pinang diserahkan kepada UMNO, kerana UMNO ada 11 orang ADUN mewakili BN di DUN P Pinang, sedangkan Gerakan kosong.

Tidak ada apa2 makna langsung bagi gerakan memegang jawatan Pengerusi BN P Pinang kerana parti itu sudah kehilangan penyokong dari semua kaum terutamanya cina dan india. Parti Gerakan sudah mati, yang tinggal cuma segelintir penyokong dan pemimpin yang tidak akan banyak membantu BN dikala menghadapi PRU13 akan datang.

Jika Gerakan terus memgang jawatan Pengerusi BN tidak ada apa yang boleh dibuat untuk mengatkan BN kerana kaum cina dan india sudah tolak parti itu secara total.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan