Jumaat, 8 Januari 2010

Kempen Penambahan Keahlian Mula Menghantui PR Guar Jering

Bekas orang harapan PKR kelihatan sedang tekun mengisi borang keahlian UMNO.

1 Malaysia, kelihatan beberapa orang bekas orang kuat PKR berebut-rebut untuk mengisi borang keahlian UMNO.


Guar Jering Pakatan Rakyat hari ini bertambah tertekan kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) Guar Jering bakal terkubur apabila beberapa orang kuat parti itu telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Selepas Zafar Abu Bakar minggu lepas, kini Hesyabuddin Md Isa (gambar) yang merupakan tunjang pemuda dalam PKR berkata beliau mengambil tindakan yang drastik ini kerana telah merasakan tertipu dengan permainan serta tindakan pihak atasan parti serta merasakan tiada langsung usaha Timbalan Ketua Menteri, Dr.Mansor Othman untuk menjaga kepentingan kaum melayu di Penanti dan Pulau Pinang. Bahkan pula Setiausaha sulitnya yang juga berasal dari kampung Guar Jering langsung tidak memperdulikan kebajikan kampung tersebut. Beliau yang juga anak kepada pejuang penentangan Malayan Union berkata Hanya Ketua UMNO Cawangan yang dilihat bertungkus lumus menjaga kebajikan setiap penduduk disini.
Antara beberapa sebab utama beliau meninggalkan PKR adalah kerana beliau melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sering kali cuba melangah-lengahkan kes perbicaraan Liwatnya. Berani kerana benar.
Menurutnya lagi Pakatan rakyat dalam kampung tersebut bersikap berpuak-puak dengan memulaukan kenduri-kendara apabila dibuat oleh orang UMNO. Sikap pemimpin-pemimpin PR juga kurang disenangi beliau apabila dilihat lebih mementingkan diri sendiri daripada memberi khidmat kepada masyarakat kampung.
Dikhabarkan juga Ketua AMK kampung tersebut sudah mula berjinak-jinak dengan UMNO, kita nantikan perkembangan seterusnya.

1 ulasan:

  1. tahniah!bersama kita berjuang tegak kebenaran.kita londeh segala penipuan Pembohong Rakyat.putar belit Anwar Ibrahim.berjuang untuk kepentingan diri sendiri.syabas!BERANI KERANA BENAR!....

    BalasPadam