Isnin, 4 Mei 2009

Pesanan Buat Orang UMNO Penanti


Kepada semua ahli UMNO dan penyokong sedarlah bahawa terdapat sebilangan dari kamu yang menyokong anwar semasa PRK Parlimen Permatang Pauh...
Terdapat juga dikalangan kamu yang menerima imbuhan dan buah tangan dari juak-juak anwar untuk mengadaikan kesetiaan kamu dalam UMNO dengan memberi undi kepada anwar...
Terdapat juga di antara kalian yang berbalah sesama sendiri kerana inginkan kerusi ADUN di kawasan tersebut... maka kali ini bersatu hatilah kalian untuk menunjukkan kepada ahli UMNO yang lain bahawa kalian benar-benar menyokong perjuangan UMNO yang asal...
Jauhilah sikap berbalas dendam atau menikam dari belakang kerana ini akan merugikan kita semua...
kamu semua kenal siapakah anwar dan keluarganya kerana anwar berasal di kawasan kalian...
tunjukkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa UMNO Penanti dan Permatang Pauh menolak pemimpin seperti anwar ibrahim.

1 ulasan:

  1. anakmuda lihat susah ckit nak ajak melayu bersatu kerana melayu sekarang ni pentingkan kemewahan sementara. kalu diberi lebih ckit sanggup buang keluarga. sanggup buat apa saja janji dia yang juara. macam apa yang jadi dalam parti2 serpihan UMNO tew.

    BalasPadam