Selasa, 21 April 2009
Penantian Di Penanti
Gembira DSAI apabila mendengar ura-ura BN tidak jadi bertanding di Penanti. Harapan untuk mengekalkan kerusi PKR di Penanti sudah pasti menjadi lebih mudah tanpa pertandingan.Namun begitu, jelas ada kekecewaan di hati beliau kerana tidak dapat mengukur sejauh mana sokongan terhadap PKR oleh masyarakat sekitar Penanti. Beliau perlukan PRK ini bagi memastikan kesinambungan sokongan terhadap PKR sehinggalah PRU ke 13 kelak. Maka bermulalah pula episod pancing memancing, perli, sindir menyindir demi memaksa BN meletakkan calon mereka di Penanti ini!Sejarah mungkin akan tercipta jika BN menolak untuk meletakkan calon mereka di Penanti kerana sebelum ini, BN tidak pernah menyerah kalah di mana PRK yang diadakan. Sejarah juga mungkin akan tercipta jika masyarakat Penanti terpaksa keluar untuk kali ke 4 untuk mengundi jika DSAI sendiri disabitkan kesalahan oleh Mahkamah!MENGAPA BN PERLU MELETAKKAN CALONNYA DI PENANTI?Penanti merupakan sebuah kecil yang memiliki pengundi majoriti Melayu. Kepincangan PKR untuk meletakkan calon yang benar-benar berwibawa mengharuskan BN perlu meletakkan calonnya di sini. Calon BN di sini haruslah seseorang yang berintegriti tinggi dan mempunyai budaya kerjaya yang tidak memilih bulu. Calon BN yang hendak diletakkan di sini juga seharusnya tidak mempunyai kepentingan untuk hanya kebaikan dirinya sendiri.Sejarah di DUN Penanti menyaksikan tiada seorang pun wakil rakyat yang memegang tanggungjawab di sini kekal hingga dua penggal. Semuanya hanya satu penggal sahaja dan ini termasuklah calon-calon dari BN ataupun pembangkang.Di sini, ada yang mengatakan ianya kubu kuat PKR, tetapi mereka semua silap, di sini adalah kubu kuat DSAI dan kekuatan tersebut adalah berpaksikan individual. Jika DSAI menyertai DAP dan bertanding di atas lambang roket sekalipun, sokongan yang beliau terima di sini akan tetap kukuh.Kebijaksanaa pimpinan paling atas perlu lebih teliti dalam pemilihan calon yang bakal mewakili BN kelak. Pimpinan-pimpinan sebelum ini, yang juga sering disebut-sebut, seperti Datuk Abd Jalil, Datuk Ahmad Saad, Datuk Musa, Datuk Pirdaus yang mungkin dipilih harus diketepikan dari pertarungan kali ini (jika ada le...)Calon-calon paling serasi dengan masyarakat di sini perlu diberi keutamaan. Oleh kerana sokongan terhadap DSAI (bukan PKR) di Penanti ini masih lagi kukuh, masih ada lagi penyokong UMNO yang dahulunya sahabat karib dan teman seperjuangan DSAI yang masih setia dengan UMNO kerana perjuangan mereka adalah berlandaskan keperluan masyarakat dan bukan sokongan individu (DSAI).Golongan-golongan ini lah yang harus pimpinan BN memberi fokus dalam penelitian pemilihan calon kelak. Di manaka mereka-mereka ini? Mereka adalah ketua-ketua Cawangan yang bergerak aktif diperingkat akar umbi dan perjuangan mereka ini sememangnya tidak mempunyai tujuan lain, melainkan membela nasib rakyat. Mereka juga tidak mempunyai kepentingan-kepentingan lain seperti mana calon-calon lain yang bergelar Dato-dato yang mempunyai perniagaan masing-masing dan lain-lain lagi. Kebanyakan ketua-ketua cawangan di kawasan Penanti ini adalah terdiri daripada golongan biasa tetapi mempunyai keupayaan kerja yang luar biasa!Statistik dari PRK Permatang Pauh yang lalu jelas menunjukkan sokongan terhadap pembangkang agak seimbang untuk kedua-dua pilihanraya. Di kawasan Guar Perahu dan Kuala Mengkuang, beza majoriti hanya 150 - 180, dan ini boleh memungkinkan sebarang kemungkinan untuk berlaku jika pilihanraya kecil Penanti ini disertai oleh BN. Jumlah pengundi yang keluar pada PRK yang lalu turut berkurangan dari PRU yang lalu dan jika sesuatu dapat dilakukan untuk menarik pengundi supaya keluar ataupun pulang untuk mengundi, mungkin BN boleh meraih sedikit peningkatan dari segi majoritinya.Ada yang berpendapat jika PRK kali ini diadakan, ianya seolah-olah satu pembaziran, namun jika dilihat dari aspek keperluan rakyat disini, majoritinya masih memerlukan seorang calon yang bersih dan berwibawa, jika dibiarkan kemenangan percuma kepada PKR, berkemungkinan reputasi BN sebagai parti yang berani meletakkan sebarang calon pada setiap pilihanraya akan tercalar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan