Khamis, 30 April 2009

Program Anak Wayang Di Astro???



Khabarnya tidak sampai tempoh 24 jam DSAI mengumumkan calon PKR untuk bertanding di kawasan DUN Penanti , Pemuda PAS Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh beria-ia ingin meletakkan calon dari parti mereka. Dengan membuat andaian Penanti merupakan kubu kuat PAS mereka sekali lagi menimbulkan kontroversi ala murahan sedangkan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak akan meletakkan calon di sana.Apabila melihat keadaan ini berlaku, rakyat tentu tertanya-tanya apakah terdapat perpecahan di dalam Pakatan Rakyat? Sedangkan mereka bernaung bersama-sama. Sebahagian dari kita yang masih celik amat maklum bahawasanya tujuan dan visi setiap lambang yang bernaung di dalam Pakatan Rakyat adalah berlainan dan mereka hanya bertujuan untuk mempergunakan dan dipergunakan sesama mereka untuk naik ke tampuk paling tertinggi dalam negara. Adakah sekarang masanya untuk mereka memperlihatkan kepincangan dalam parti sesama parti?TIDAK sama sekali. Matlamat mereka belum tercapai.Ingatkah anda semua pada setiap kali Pilihan Raya Kecil pasti akan kedengaran segerombolan rakyat keluar dari parti mereka dan mengutuk perjuangan parti tersebut. Dan ia selalu terjadi setiap kali adanya Pilihanraya Kecil. Inilah gimik murahan yang ditawarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar BN merasakan peluang mereka adalah cerah untuk memenangi kerusi-kerusi yang menanti. Akhirnya kita melihat BN tewas jua di tangan pembangkang walaupun mereka telah sedaya upaya ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.UMNO / BN seharusnya tidak leka dan terpengaruh dengan isu isu terkini yang secara terang-terangan menunjukkan kepincangan dalaman mereka kerana perkara ini adalah perancangan teliti dari mereka. Seolah-olah kita sedang menonton lakonan / sandiwara mantap mereka dan pelakon-pelakon pula dibarisi oleh pelakon yang sama dan muka yang lama.

1 ulasan:

  1. SALAM PERJUANGAN UTK SAHABAT
    ANWAR DH TERSEPIT KT TENGAH2 AKIBAT PERMAINAN WAYANG YG DIA CIPTA SENDIRI. PAS TANJUNG DAH MUAK DGN GEDIK 2 KUMPULAN BADUT SARKIS (PKR & DAP) SB SELAMA INI MEREKA ANGGAP PAS HANYA KUDA TUNGGANGAN SEWAKTU PR12 LALU PD HAL PAS LA YG BERSUSAHPAYAH MEMPERTARUHKAN MARUAH SBG ALAT UTK KEMENANGAN PAKATAN. AKHIRNYA HABIS MANIS SEPAH DIBUANG

    BalasPadam