Isnin, 23 Mac 2009

Guang Eng Tolak Khabar Angin PRK Penanti

BUKIT MERTAJAM, 23 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak khabar angin bahawa satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan di negeri ini ekoran peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin.Beliau berkata kerajaan negeri, bagaimanapun, perlu bersedia berdepan apa jua kemungkinan, namun pada masa ini tiada sebab untuk diadakan satu lagi pilihan raya kecil di Pulau Pinang."Saya telah katakan bahawa kita perlu bersedia untuk segala kemungkinan, tetapi saya tidak mengatakannya untuk anda semua (wartawan) membuat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang E-Galv Steel Industry Sdn Bhd di sini Isnin.Beliau berkata kerajaan negeri berfungsi atas dasar bahawa terdapat TKM 1 pada Khamis dan Jumaat lepas hinggalah kerajaan negeri menerima surat Mohammad Fairus pada Sabtu, yang menyatakan beliau akan meletak jawatan sebagai TKM 1."Kami menghormati keputusannya dan akan membenarkan beliau mengumumkan alasannya, tetapi buat masa kini, biarlah kami uruskan keadaan itu seperti mana ia berlaku."Beliau berkata kerajaan negeri masih berfungsi seperti biasa. "Ketua Menteri masih ada, bukan?" katanya berseloroh.Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai dakwaan (konspirasi) yang dibuat oleh timbalannya memandang itu adalah urusan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).Sabtu lepas, Lim mengumumkan bahawa Mohammad Fairus akan meletak jawatan sebagai TKM 1 dan anggota Exco berkuat kuasa 8 April, tetapi kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti serta anggota PKR.Dalam perkembangan lain, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata sungguhpun akhbar membuat spekulasi bahawa Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai, pakatan pembangkang perlu bersedia menangkis apa jua rintangan."Dalam pilihan raya kecil, kemenangan sering berpihak kepada parti pemerintah, jadi, pilihan raya kecil yang akan datang bukanlah mudah untuk kami namun kami akan berusaha sedaya upaya untuk menang," katanya.Lim berkata tidak ada sumber yang cukup bagi membantu ketiga-tiga calon pakatan pembangkang dalam kempen mereka memandangkan ketiga-tiga pilihan raya kecil itu diadakan serentak.

Minah- Haritu pun mcm ni jugak ayatnya bila menafikan tentang kes Fairus nak letak jawatan. Sekarang apa dah jadi??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan