Isnin, 22 Jun 2009

DAP MELAYU

DAP MELAYU
Tangguh di Air Keruh, Dapatlah Sembilang Karang

Sebuah cerita yang menyingkap rahsia sebenar DAP yang cuba menjadi wira orang melayu Pulau Pinang dengan agenda “Selamatkan Tanah Wakaf” mereka.
DAP melayu menjadi topeng kepada DAP untuk mengaburi orang melayu yang kelabu mata. Siapakah yang terpedaya dan menjadi dalang untuk menghancurkan bangsa mereka sendiri, Harap Orang melayu mempunyai mata cerah supaya wawasan 2020 cetusan Tun Dr. Mahadhir Mohamad tidak dikecapi oleh pihak lain.
Apa yang DAP tahu mengenai tanah wakaf? Sistem Perundangan apa yang mereka guna untuk menyelesaikan masaalah tanah wakaf sedangkan awal-awal sudah tidak menerima system perundangan Islam.
Apa sebenarnya rancangan kerajaan membangunkan tanah wakaf?
Apa sebab DAP menentang sangat pembangunan tanah wakaf?

Semua akan terjawab diBawah ini.


BAB SATU

Pulau Pinang : Sebuah Pulau yang Unik.

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang unik dalam segala aspek mahupun dari segi social, ekonomi dan politik.
Kedudukan Pulau Pinang yang stratigik itu dikesan penjajah inggeris sejak 1786 apa bila kapten Francis Light mengunakan muslihat licik untuk bertapak di negeri ini dengan alasan perdagangan dan menyelamatkan orang melayu daripada ancaman kerajaan Siam.

Bermula dengan menaikan bendera inggeris di Negeri ini, penjajah it uterus berminaqt untuk menguasai Pulau Pinang dan secara halus inggeris memperdayakan sultan kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang dan sebahagian tanah seberang yang kemudiannya dinamakan Province Wellesley.

Kesan daripada penjajahan itu, Pulau Pinang menjadi pelabuhan yang pertama di Negara ini, dan merupakan Negeri metropolitan yang mengumpulkan paling ramai kaum pendatang dan menjadi negeri kedua termaju selapas Singapura.

Pulau Pinang juga merupakan pusat pendidikan yang terulung apabila penjajah inggeris membuka sekolah Penang Free sebagai sekolah yang pertama dia asia tengara dan sekolah melayu Gelugor pulak merupakan sekolah melayu yang pertama di Negara ini.
Sekolah agama yang pertama didirikan juga di negeri ini iaitu Al-mashoor Islamic School dan tanah wakaf yang terbanyak juga terdapat disini.

Pulau Pinang sesuaitu ketika dahulu pernah dikenali sebagai “serambi mekah” kerana disinilah tempat umat Islam dari seluruh Negara berhimpun sebelum berlayar ke tanah suci untuk menunaikan fardu Haji.
Di Pulau Mutiara ini jugalah lahirnya beberapa tokoh yang tiada tandingannya dalam perbagai bidang. Disinilah lahirnya Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, tokoh surat khabar Syed Sheikh Al-Hadi, tokoh agama Sheikh Omar Basheer, dua pejuang politik yang paling berpengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi dan beberapa tokoh lain yang berjasa kepada agama dan bangsa.

Selepas kemerdekaan, Pulau Pinang juga muncul sebagai negeri perindustrian pertama di Negara ini, negeri yang pertama mempunyai bangunan tertinggi, jambatan yang terpanjang di asia dan pusat perlancongan yang terulung di Malaysia.

Dalam perkembangan politik pula, negeri yang mempunyai masyarakat islam yang minority ini melahirkan parti islam semalaysia (PAS), parti kedua terbesar selepas UMNO yang mewakili orang melayu Negara ini.

Di Negeri ini jugalah lahirnya Parti Gerakan sebagai pembangkang pada tahun 1969 dan kemudiannya menyertai Barisan Nasional dan menjadi kerajaan hingga sekarang.

Pulau Pinang juga satu-satunya negeri yang mempunyai ketua Menteri bukan melayu sejak Negara mencapai Kemerdekaan sehinggalah sekarang walaupun pada perkiraan mudah, berdasarkan pada keputusan Pilihanraya 1990, laluan wajar diberikan kepada UMNO untuk menduduki kerusi Ketua Menteri.

Namun UMNO dan melayu Pulau Pinang tidak ghairah merebut jawatan itu kerana agenda lebih penting ialah kepimpinan kerajaan negeri terus kekal dalam tangan Barisan Nasional. Semangat tolak ansur seperti itu memberi nafas lega kepada Gerakan.

Gerakan yang berakar umbi di negeri ini pula memaikan peranan penting untuk mendokong MCA yang tersepit dan KO pada tangan DAP pada pilihanraya 1990.

Perjuangan UMNO juga sebelum itu dilanda gelombang berikutan krisis dalaman sehingga menyebabkan parti itu diharamkan oleh mahkamah pada tahun 1987. Setahun kemudian, Allahyarham Tungku Abdul Rahman telah mengistiharkan UMNO Malaysia 88 dinegeri ini, namun Parti itu tidak diluluskan.

Pepecahan UMNO melahirkan sebuah parti baru yang mewakili orang melayu iaitu semangat 46. Parti itu diterajui oleh anggota-anggota serpihan UMNO dan bibit-bibit perpecahan itu juga dirasai di negeri ini.

Dalam keadaan sedemikian, DAP sebagai pembangkang nombor satu politik Malaysia merasakan akhirnya cita-cita mereka untuk merampas kekuasaan kerajaan negeri akan berjaya dengan bergabung dalam gagasan rakyat.

Kalau projek Tanjung satu gagal pada 1986, kali ini berkat kerjasama orang melayu menerusi semangat 46, DAP begitu angkuh sehingga berani meletakkan setiausaha Agungnya, Lim Kit Siang menentang Ketua Menteri, Tun Dr Lim Chong Eu di Dun Padang Kota. Tun Dr Lim tewas, Namun bukan Kit Siang yang mengambil alih tempat beliau tetapi Dr Koh Tsu Koon.

Orang Melayu tidak memberi laluan kepada Kit Siang kerana mereka masih saying kepad UMNO dan BN. Semangat 46 tidak mendapat sokongan mereka dan perubahan yang diharapkan oleh DAP meleset.

DAP sedar akan kelemahan itu dan kini memainkan peranan utama dalam pergolakan politik Pulau Pinang hingga mendalangi kemunculan sekumpulan orang melayu yang sanggup mengadai maruah agama dan bangsa untuk menjadi penentang UMNO dan BN.

Tulisan ini cuba memaparkan taktik permainan politik DAP dalam usaha mereka merampas kuasa kerajaan negeri dan menyedarkan orang melayu supaya tidak terpedaya.

Walaupun begitu, peranan pengund-pengundi melayu menjadi penentu kepada kesinanbungan kempipinan kerajaan BN kerana menguasai kerusi-kerusi di Seberang Perai dan menjadi faktor penentu pula di Kerusi-kerusi 50/50 di bahagian Pulau.

p/s nantikan bab2 seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan