Jumaat, 8 Oktober 2010

Majlis Rumah Terbuka Syawal Terakhir Dun Penanti



PENANTI 9/10/2010
Bertempat di Pusat aktivi kanak-kanak di Taman Guar Perahu telah berlangsungnya majlis yang penuh gilang gemilang dikala Syawal telah berlabuh. Dihari syawal terakhir ini Penyelaras Kadun Penanti Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man dengan kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan majlis rumah terbuka "Raya terakhir".
Pada majlis tersebut, Puan Norlaila Binti Saad pegawai dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyampaikan beberapa sumbangan untuk penduduk berdekatan.

Kit Siang Mahu Melayu Di Hukum,NameWee Di Lepaskan

Lim Kit Siang rasis chauvanist ultra kiasu hampir setiap hari melaungkan api perkauman dengan tidak henti henti menuntut agar kerajaan mengambil tindakan terhadap 2 guru besar yang kononnya membuat kenyataan perkauman di sekolah.


Sehingga hari ini dua kes ini gagal dibuktikan,Usaha Kit Siang menghentam setiap hari kononnya kerajaan BN menyokong perkauman malah menyalahkan Ds Muhyidin selaku Menteri Pelajaran kerana tidak mengambil tindakan.

Walaupun menyedari dakwaan beliau gagal disertakan dengan bukti dan saksi,Kepala segala rasis dinegara ini tetap menyerang dan menghentam membangkitkan kemarahkan kaum bukan melayu terhadap kerajaan.

Mana perginya bukti dan saksi?Dakwaan hanya berdasarkan tuduhan semata mata.!

Usaha terbaru beliau adalah mengemukakan usul di Dewan Rakyat agar kes 2 pengetua sekolah ini dibahaskan.Tindakan Kit Siang ternyata cuba merosakkan perpaduan kaum.Rakyat dibohongi setiap hari dengan hanya disajikan dakwaan tetapi langsung tidak disertakan dengan bukti.

Adalah amat malang sekali apabila juak juak haprak pakatan begitu percaya dengan dakwaan Kit Siang,hinggakan Haprak Daily memberikan liputan terhadap kenyataan chauvanist ultra kiasu ini.

Kurang ajar ultra kiasu ini harus diajar,si tua bangsat ini tidak henti henti membakar sentimen perkauman dengan hanya bermodalkan fakta separuh benar.Si bangsat inilah juga salah seorang yang terlibat membakar sentimen perkauman semasa pasca 13 Mei 69.

Sehingga sekarang si bangsat tua inilah juga berjaya menyemarakan api perkauman dengan menyemai kebencian terhadap kaum melayu. Rasis tua ini jugalah yang menyergah Nik Aziz semasa satu mesyuarat pakatan mengenai tuntutan hudud oleh PAS.

Bapak segala rasis inilah juga secara konsisten menyerang hak keistimewaan peribumi dan bumiputra,Sialan ini tidak pernah menghormati Islam dan Melayu sejak dari dulu lagi.

Anda yang menyokong DAP,tanyalah kelompok ultra kiasu ini adakah mereka bersetuju peruntukan yang diberikan kerajaan kepada masjid dan segala pembangunan Islam dinegara ini.Nik Aziz dan PAS sudah beberapa kali ditempelak dan diperlekehkan oleh Kit Siang.

Sarang segala rasis ultra kiasu chauvanist berada didalam blog haram jadah ini,bacalah komen komen yang banyak menyerang Islam dan kaum melayu.Bangsat rasis ini hidupnya sejak dari dulu tetap menyerang penyatuan kaum di negara ini.

Kit Siang tidak harus dibiarkan menyerang kerajaan BN yang terasnya melayu dan Islam. Malang sekali khawarij PAS pula bersedia menjadi tunggangan dan jalang politik habuan selingkohan politik gampangan walaupun menyedari prinsip mereka terpaksa digadai.

Pisau hanya nampak TPM Ds Muhyidin saja yang berani menempelak kepada bangsat rasis Kit Siang,mana perginya Perkasa?mana perginya pemimpin UMNO yang lain?tidor?

Sumber Pisau


Anwar Cuba Lari Dari Isu Dakwaan Rahimi



“(Saya) menghargai keprihatinan. Tetapi ia tidak relevan kepada saya,” kata Anwar dalam emel ringkas kepada The Malaysian Insider.

Anwar yang masih berada di luar negara memberitahu, beliau menyerahkan kepada peguam-peguamnya menangani perkembangan terbaru ini.

Kenapa Anwar hanya mengatakan bahawa aduan polis bekas Setiausaha Sulitnya Rahimi Osman tidak relevan tanpa ada sebarang komen lain?

Mengapa Anwar tak berani menyangkal bahawa aduan Rahimi yang mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya itu tidak benar?

Saya rasa Anwar pasti tahu kisah yang sebenar disebalik tindakan bekas Setiausaha Sulitnya ini. Dan Anwar juga pasti tahu perangai anak buahnya didalam PKR ini semua.

Sebagai seorang De Facto yang paling berkuasa didalam PKR, Anwar tak sepatutnya bahawa aduan Rahimi ini tak relevan kepada dirinya. Nampak sangat bahawa Anwar hanya mementingkan diri sendiri dan tak ambil berat terhadap apa yang berlaku kepada ahli-ahli PKR lainnya.

Lagipun, kenapa pula aduan Rahimi tidak relevan kepada Anwar? Bukankah didalam aduannya Rahimi mengadu bahawa dia dipaksa untuk menandatangani surat akuan sumpah palsu didalam kes liwat Anwar?

Ini sahaja sudah cukup untuk menjadikan Anwar terlibat secara langsung didalam semua kemelut ini.

Jadi, kenyataan Anwar ini saya lihat sebagai satu satu cubaannya untuk lari dari menjawab isu dakwaan Rahimi. Latheefa Koya dan Saiful Izham dibiarkan oleh Anwar untuk menjadi kambing hitam bagi menutup segala pendedahan salahlaku PKR yang dibuat oleh Rahimi.

Inikah yang dikatakan sebagai seorang pemimpin yang prihatin?

Jika apa yang terjadi didalam partinya sendiri pun tidak dikisahkannya, apakah manusia yang mementingkan diri seperti Anwar ini mampu menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya?

Cubalah fikir-fikirkan...

Bila Duit Halal Jadi Haram



Satu ketika aku menjadi ahli jemaah AJK surau di Kpg Guar Jering. Aku menjadi salah satu biro surau. Klu apa yg berkaitan dgn hal surau aku la yg kena pi adjust dulu.
Hari bertukar hari...Satu malam ada mesyurat agung Perlantikan Jawatankuasa Surau. Pengerusi/ Timb Pengerusi / adalah dikalangan orang PAS.Bendahari org PKR. Semua penduduk pakat-pakat mai surau..
.
Tiba2 ada yg mengangkat tangan utk bertanya..
Encik Lah : Saya nak tanya, mana duit rm30,000 (tiga puluh ribu) yg Najib bagi haritu?
Pengerusi: Aaaaa...aaaaa saya dah buat tingkap cermin sekeliling surau ini,beli PA & speaker2, dan upah simen dinding sikit bagi yg pecah akibat buat cermin itu hari serta cat warna hijau ni...
Encik Lah : Manadia penyata pembelian brg brg tu?
Pengerusi: Ceritanya begini. Najib bg duit rm30000 tu bukan dalam bentuk cash tp dlm bentuk voucher.
Encik Lah : Memang laa betoi 30000 tu dlm bentuk voucher...,tapi hang yg pi tangkap sub bina ini, bina itu , bila siap hang bagi la voucher tu kat dia..bila sub tu dapat duit cash hang dapat la persen skit kan..? Ingat kami ni bodoh ka apa?
1) Agak2 la , tingkap jenis sliding 5 set dan pintu sliding 2 set berapa dia punya harga? Agak2 sampai dak harga dalam 15000? TAK SAMPAI KUT NUU...
2) Agak2 la , PA system dan speaker2 tu brapa harga dia? sampai dak rm10000? TAK SAMPAI KUT.Tapi tentang PA system memang aku tau harga dia pasai aku memang peminat PA system dari dulu lagi..Harga PA system di surau ni hanya dalam rm3000 kebawah sekali speaker dan horn speaker yg berada diatas bumbung nuuu...
3) Agak2 la , cat hijau 5tin dan simen 10bungkuih sampai dak rm5000.Nak kata bayaq upah plak pakat-pakat ramai2 mai gotong royong cat surau
4) AJK surau terdiri drpd orang2 PAS 17org Pas / 4org PKR /1org berkecuali iaitu Tok Imam sendiri.Ketika itu aku masih dalam ketegori org kuat PKR lagi.
Maknanya orang2 PAS pun dah x kenal duit tu halal utk dimakan ker tidak?
Kata Fissabibillah....Buat kerja amal semua kerana Allah Taala.
Agak2 nya duit tadi halal ker haram utk dimakan? Duit surau tuu...woooo, engko giler ker nak makan duit surau tuu...
Untuk pengetahuan semua yg membaca...Datuk Seri Najib telah memperuntukkan RM30000 utk surau2 dan RM50000 utk masjid2 di setiap kawasan Parlimen Permatang Pauh ini.Iaitu tempat kubu kuat PKR.
Ketika itu saya memikirkan bagaimana Umno sendiri tidak memusuhi orang2 PKR dikawasan ini. Berterima kasih pada pemimpin kita iaitu PM kita sendiri. Dan bagaimana Anwar Ibrahim begitu kedekut utk mengeluarkan wangnya sendiri tatkala ketika dia berceramah pun masih kutip duit orang ramai. Lepas kutip bubuh plak dalam uncang-uncang. Ditempat sendiri pun begitu ramai orang yg susah,lagi keluarkan duit dan masukkan kedalam uncang.
"Kerajaan yg betul adalah hujan dari atas langit turun ke bawah. Ini pulak tidak, hujan pulak yg naik ke langit".Jadi terkalih...
Kenapa aku berkata demikian? Kerana orang-orang dibawah yg miskin plak yg kasi duit pada Anwar..lepas tu duit tadi masuk dalam uncang.Mana duit tu,kenapa simpan dalam poket dia?
Kalau kerajaan yg betul, duit tu mari dari pihak kementerian pusat dah agih-agih utk orang2 yg dibawah.
Anwar Ibrahim bukanlah seorang yg miskin..Hartanya dikatakan ada jutaan ringgit,wang yg dipinjam dan ada yg memberi dari rakan-rakan politik di luar negara.
Apabila aku merenungkan kejadian ini kembali...ini bermakna sekiranya PAS/PKR berkuasa di dalam surau maka musnahlah duit surau tersebut.
Dan apabila aku merenungkan kejadian ini kembali...ini bermakna sekiranya PAS/PKR berkuasa memerintah kerajaan maka musnahlah ekonomi negara.
Kisah Benar MP

Isnin, 4 Oktober 2010

Edisi Misteri!!! Bila cukai Kelab Lumba Kuda naik, sumbangan RM2 juta pun masuk..



Saya merasa hairan juga kenapa tiba-tiba sahaja pihak Penang Turf Club (PTC) mahu memberi sumbangan sebanyak RM2 juta kepada kerajaan negeri DAP untuk digunakan didalam Program Basmi Kemiskinan.

Dan tambah menghairankan, kenapa tiada langsung sebarang publisiti dibuat sama ada dari kerajaan negeri mahupun pihak Kelab Lumba Kuda itu sendiri?

Selalunya, sumbangan sebegini besar jumlahnya, pasti akan diadakan Majlis penyerahan replika cek ataupun majlis sidang media. Tetapi, didalam hal sumbangan Penang Turf Club ini, tiada sebarang majlis dilakukan.

Bukankah ini semua agak meragukan?

Rupa-rupanya, ada yang cuba disembunyikan di sebalik sumbangan tersebut. Pada 08 April 2010, Lim Guan Eng telah mengeluarkan arahan untuk menaikkan harga cukai tanah terhadap Penang Turf Club dari RM493,045 kepada RM2,363,559 setahun!

Menurut Lim Guan Eng lagi, ini berikutan penukaran status tanah PTC dari Zon Rekreasi kepada Zon Pembangunan Bercampur.



Ini merupakan peningkatan terhadap harga tanah dari sebanyak RM 0.54 kaki persegi kepada RM 2.58 kaki persegi di kawasan Kelab Lumba Kuda tersebut.

Dan Lim Guan Eng serta kerajaan DAP negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian telah meminta pihak PTC menjelaskan cukai tertunggak bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 sebanyak RM6.1 juta sekaligus.

Ini tidak dipersetujui oleh pihak PTC dan satu sidang akhbar telah dibuat oleh Lim Guan Eng pada 8 April 2010 bagi menolak tuntutan PTC untuk menggunakan kadar lama cukai tanah seperti sewaktu pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

Menariknya, hanya selepas lebih kurang tempoh tiga bulan sahaja (lihat tarikh surat sumbangan dan juga tarikh video sidang media), sumbangan sebanyak RM2 juta telah diberikan oleh pihak PTC kepada Lim Guan Eng dan kerajaan negeri kononnya untuk Dana program basmi kemiskinan.

Apakah sumbangan ini ada kaitan dengan arahan kenaikan cukai tanah yang tak dipersetujui oleh pihak PTC yang berjumlah RM6.1 juta tersebut?

Dan apakah sumbangan RM2 juta dari pihak PTC ini memang khas untuk Dana Program Basmi Kemiskinan P.Pinang sahaja ataupun ia ada tujuan lain disebaliknya?

Persoalan ini perlu dijawab oleh Lim Guan Eng serta kerajaan DAP negeri. Semua perkara-perkara diatas memungkinkan wujudnya tanggapan dari rakyat mengenai salahlaku yang sedang berlaku didalam pentadbiran kerajaan DAP P.Pinang!

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kepulangan Dinantikan Dengan Makian

Kerana pembohongan yang kerap memperbodohkan rakyat,Ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri di sambut kepulangannya dari Australia dengan bantahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam 9 malam tadi.


Sejak terdedahnya pembohongan dan temberang Guan Eng yang semua orang tahu beliau tidak mengakui menggunakan wang unsur judi dalam mana mana programnya,rakyat Pulau Pinang telah membuat bantahan diserata cerok negeri.

Guan Eng bersama Dr Mansor dan gerembolan chauvanist ultra kiasu tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas jam 9 tadi disambut oleh lebih kurang 30 orang kumpulan anak muda melayu Pulau Pinang dengan mengadakan demonstrasi secara aman kerana tidak berpuas hati diatas pembohongan dan memperbodohkan umat Islam yang kerap kali dilakukan oleh Guan Eng di hadapan balai pelepasan tingkat atas.

Guan Eng bersama rombongannya keluar dari pintu keluar VIP disambut dengan laungan 
perkataan 'Pembohong' ,'LIM Guan ENg Penipu',' Kencing
 Kepala Basah' serta' Melayu Pembelot' yang dimaksudkan kepada Dr Mansor TKM1.

Rata rata dari pemuda berumur dalam lingkungan 20-30an merentangkan banner yang tertera perkataan 'Lim Guan Eng Dulu Wang Judi Haram,Kini Wang Judi Halal Selamanya-Pembohong dan ada dikalangan mereka turut memegang plakad bertulis 'DAP Bohong,Amal Makruf Nahi Mungkar'

Yang menariknya ketua menteri berlidah biawak bersama rombongan beliau kelam kabut meninggalkan tempat kejadian walaupun ketika itu menyedari ramai wartawan menantikan beliau.Namun chauvanist ultra kiasu sosialis berlidah biawak ini tidak mempedulikan wartawan.

Inilah salah satu sifat pengecut dan bacul Guan Eng hingga tidak berani berhadapan dengan kebenaran dan bersua muka dengan rakyat Pulau Pinang. Inikah kerajaan RAKYAT yang dilaungkan,apabila mendapat bantahan terus melarikan diri dan tidak mempedulikan petugas media yang lama menantikan beliau .

Rakan blogger MIM dan EP turut mendedahkan bantahan daripada golongan warga emas yang berasakan kecewa dan tertipu dengan tindakan pembohongan kerajaan negeri.
Sumber Pisau

Jumaat, 1 Oktober 2010

Galas Medan Tebus Kalah Tipis Di Manik Urai – Ahmad Maslan

KUANTAN 1 Okt. – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dilihat sebagai medan untuk Barisan Nasional (BN) menebus kekalahan tipis parti itu kepada PAS bagi kawasan Manik Urai tahun lepas.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, dengan persiapan rapi dan kerja sama semua parti komponen BN, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada Umno, sekaligus merampas kerusi yang dipegang Pas selama lebih 20 tahun itu.

“Kita yakin dengan persiapan rapi, kita boleh menang di Galas, jika di Manik Urai kita tewas dengan 65 undi, kita berazam untuk jadikan Galas sebagai medan menebus kekalahan itu,” katanya kepada pemberita pada majlis pemimpin bersama penduduk Felda Sungai Panching Selatan di sini hari ini.

Pada 14 Julai tahun lalu, calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

Ahmad berkata pilihan raya kecil DUN Galas penting kerana mampu memberikan kemenangang kepada BN berdasarkan empat sebab utama, antaranya penglibatan pelbagai komposisi kaum yang melambangkan sentimen rakyat iaitu mahu hanya satu
kerajaan pemerintah.

“Sebab kedua Galas penting untuk kita ialah kerana dari situ, kita boleh lihat penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar baru di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata sebab ketiga ialah pemilihan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya Umno/BN bagi pilihan raya kecil berkenaan, yang dianggap tepat kerana anggota Parlimen Gua Musang itu sudah sinonim dengan kawasan tersebut, selain tidak pernah kalah setiap kali bertanding, baik atas tiket BN mahupun Semangat 46.

“Sebab keempat adalah penduduk yang sudah serik hidup di bawah jajahan PAS yang gagal memberikan pembangunan di tempat mereka dan juga bandar Gua Musang, sebaliknya hanya mampu menaburkan janji-janji manis setiap kali berceramah
kepada penduduk,” katanya.

Ahmad berkata DUN Galas merupakan kubu asal BN dan beliau yakin kerusi itu boleh dimenangi dalam pilihan raya kecil ini jika semua parti komponennya bekerjasama menggerakkan jentera secepat mungkin.

“Kita akan turun segera ke Galas dan akan buat semua kerja yang berkaitan bukan saja ceramah tapi mengedarkan risalah, sembang petang dengan penduduk, ceramah kecil dan sederhana bagi memastikan hal-hal berbangkit dapat kita
selesaikan seperti hal pembangunan di Gua Musang,” katanya.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Galas, Chek Hashim Sulaiman, 46, daripada PAS akibat barah usus. – Bernama

Pemuda Pakatan Salak

Sidang akhbar Wei Aik bersama 2 ekor peliharaan beliau telah mencabar 11 adun agar kembalikan wang elaun mereka kononnya turut sama berunsur judi ternyata satu cubaan untuk mengalihkan isu pembohongan Guan Eng.


Si lidah. Biawak sudah pun mengaku terkantoi dek kerana terpecah tembelang cuba dipertahankan oleh beberapa ekor peliharaan Wei Aik.


Mencabar perkara yang tak berkaitan ternyata aparat aparat pakatan sudah kekeringan modal dan tidak mampu menutup pembohongan besar ketua menteri khalifah sosialis berlidah biawak ini.


Yang kita tegaskan pembohongan Guan Eng,beliau sebelum ini tidak mengaku,bila didedahkan dokumen tiba tiba mamat brylcream buat pengakuan.


Juak haprak bagaikan meroyan dek kerana tidak mampu menjawap persoalan yang ditimbulkan malah mereka di tipu pula oleh khalifah sosialis kesayangan wali selipar.


Bayangkan betapa brengsetnya Guan Eng kali ini apabila wali selipar langsung tidak mengeluarkan wahyu,malah wahyu Malaysiakini yang dispin dijadikan sandaran menghalalkan cara.


Cabaran yang terbaru dijadikan modal untuk gerembolan puak hati hitam menyalak. Bagaikan mendapat semangat baru untuk melawan balik,tetapi malangnya cabaran yang dibuat bagaikan peluru kapur.


Isu wang unsur judi telah mendatangkan syak wasangka,warga mas tidak mahu bersubahat.Malangnya warga mas di maki hamun dan dicerca oleh gerembolan kononnya berpakat pula dengan Umno..

Malik Itik hamba abdi Guan Eng pula bagaikan memperlekehkan warga mas,Apa dia ingat besaq sangat ka RM100 kalau dah orang tak mau subahat dengan kalifah sosialis yang selalu perbodoh umat Islam hang kalut apa?


Syed Mikael, taichi hang memang tak jadi,kalau Guan Eng dah mengaku,yang nak dipertahankan sangat kenapa?

Kesimpulannya mudah,pada mulanya persoalan ditimbulkan,kemudian dinafikan katanya tidak pernah guna wang unsur judi dalam mana mana program mereka,kemudian dokumen didedahkan,Guan Eng terpaksa mengaku.

Oleh kerana sifat hakiki chauvanist ultrakiasu yang tidak mahu tunduk atas pembohongan beliau maka bermulalah segala dalil dan dakwa dakwi untuk menyelamatkan maruah seorang haprak yang sombong. Kini orang yang tidak mahu bersubahat dengan pembohongan Guan Eng di cerca.

Inilah matlamat menghalalkan cara,yang tidak menyokong mereka akan dimaki hamun dan dituduh dengan pelbagai dakwaan. Ingatlah pakatan haprak sedang hancur dan membusuk.

Setiap kali membuka mulut,yang busuk tetap akan dapat dihidu orang.

By Pisau

Rabu, 1 September 2010

Membantu Pada Yang Memerlukan

GUAR JERING 31hb Ogos 2010. Sempena dengan bulan yang penuh keberkatan ini, Bersama-samalah kita saling ziarah menziarahi dan tolong menolong kepada insan-insan yang memerlukan maka atas dasar inilah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh merangkap Ketua Pemuda UMNO Cawangan Guar Jering iaitu saudara Suhaimi Sabudin bersama-sama dengan Ketua Cawangan Saudara Saipul Azhar serta beberapa rakan-rakan pemuda termasuklah Saudara Mohd Arif Ismail selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Caw. Guar Jering mengadakan beberapa lawatan serta memberi bantuan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik dan yang kurang upaya. Salah seorang diantara penerima itu ialah saudara M Syarif yang boleh dikatakan OKU terpaksa menanggung seramai 5 orang anak. Dengan sumbangan itu beliau berterima kasih kerana dapat meringankan bebanan beliau dan beliau mengunakan wang sumbangan itu bagi membeli pakaian anaknya.



Selasa, 31 Ogos 2010

Pemimpin Berjiwa Rakyat

PENANTI 30/8/2010. Dalam kesibukan dengan tugas harian, Hari ini Tuan Hj Abdul Rahim Bin Man selaku Penyelaras Dun Penanti, sempat menziarahi kematian di Kampung Guar Jering. Kemudian beliau berbesar hati menziarahi beberapa keluarga yang kurang berkemampuan serta OKU dikampung tersebut serta memberi sedikit sumbangan peribadi beliau memandangkan Syawal kian hampir dan membuktikan golongan ini tidak dilupakan.
beliau juga tidak lupa memberi sedikit sumbangan untuk UMNO Guar Jering bagi mengadakan Majlis Malam Raya nanti. Beliau yang sebelum ini mengadakan satu perjumpaan dengan warga Kampung Terus sempat juga menyerahkan beberapa helai jalur gemilang pada majlis tersebut.





Ahad, 29 Ogos 2010

Putar Belit PAS



Amat menghairankan sekali bagaimana PAS serta para ilmuan agamanya sanggup menghalalkan dan mempolitikkan isu MP Serdang masuk bertazkirah di saf pertama surau di Selangor yang menjadi tempat orang Islam sujud menghadap Allah swt.

PAS seakan-akan membutakan mata dengan isu sebenar yang menjadi fokus umat Islam yang tak mahu imej Islam serta imej institusi masjid/surau dipolitikkan demi kepentingan peribadi beberapa pihak.

Sebenarnya, apa yang terjadi dan menjadi pertikaian ialah, mengapa kafir dari parti DAP boleh membuat ucapan berlandaskan politik didalam Surau Al Huda? Dan mengapa perempuan kafir seperti Teo Nie Ching ini tak menutup aurat dengan hanya berkebaya pendek serta tak bertudung dibenarkan oleh Jawatankuasa Surau Al Huda masuk dan memberi ucapan kepada jemaah surau?

Bukankah dua perkara ini sahaja sudah menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri berkenaan kebenaran kafir memasuki masjid/surau?

PAS hari ini memutarbelitkan kenyataan dan cuba menyimpangkan persoalan sebenar dengan memainkan isu kafir tak boleh memasuki masjid/surau.

Siapa yang kata bahawa kafir tak dibenarkan masuk ke masjid dan surau? Umno dan kerajaan tak pernah pun membuat kenyataan bahawa bukan Islam dilarang masuk ke masjid dan surau. Cuma yang dinyatakan, ada garis panduan tertentu untuk membenarkan kafir berziarah ke dalam institusi beribadat umat Islam ini. Perkara ini harus di fahami oleh semua pihak.

Yang dipertikaikan didalam isu MP Serdang ini ialah, mengapa kafir dibenarkan berdiri di sebelah Mimbar sambil memberikan ucapan agenda politik mereka? Dan juga, mengapa perempuan kafir tersebut dibenarkan mencemarkan imej institusi agama Islam dengan sewenang-wenangnya tak menutup aurat sewaktu memasuki tempat beribadat orang Islam?

Apakah berkebaya pendek dan ketat itu diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin PAS sebagai menutup aurat dengan sempurna? Apakah dengan berambut gondrong tak bertudung itu dikira halal bagi pemimpin-pemimpin PAS untuk Teo Nie Ching berkeliaran didalam surau tersebut?

Amat menyedihkan apabila PAS telah spin isu ini 360 darjah dengan menggunakan sirah Nabi serta ayat hadis demi kepentingan politik mereka. Inilah amalan sejak berzaman yang dipraktikkan oleh ulamak-ulamak didalam PAS untuk berpolitik. Agama dipergunakan untuk mereka melepaskan tengkuk mereka yang semakin terjerut oleh permainan politik menghalalkan cara.

Kini, untuk menjuarai isu MP kafir di Serdang ini, PAS telah secara sewenang-wenangnya menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (yang bermaksud) :

“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (HR al-Bukhari)

Persoalannya, apakah tawanan kafir yang didalam hadis tersebut berceramah kepada orang Islam di mimbar masjid yang dimaksudkan seperti yang dilakukan oleh MP Serdang Teo Nie Ching? Kafir didalam hadis tersebut adalah merupakan tawanan perang umat Islam pada ketika itu tetapi apakah Teo Nie Ching juga adalah merupakan “tawanan” jemaah di Surau Al Huda?

PAS juga telah menggunakan alasan bahawa Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah telah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam.

Persoalannya disini, Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah tak mengeluarkan pendapat pun tentang membenarkan kafir berceramah serta berpolitik didalam masjid seperti yang MP Serdang ini lakukan.

Kini, apakah PAS mengatakan kafir tersebut juga boleh memberikan ucapan berideologi politik di saf pertama tempat umat Islam sujud kepada Allah swt dengan tanpa menutup aurat hanya kerana Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi memberikan pendapat yang kafir boleh memasuki masjid?

Inilah yang dikatakan perbuatan mempergunakan agama demi menghalalkan permainan politik yang sedang dilakukan oleh PAS. Nampak tak bagaimana mereka menyelewengkan isu sebenar MP Serdang ini untuk menutup kejahilan sebenar mereka didalam beragama.

Dan amat malang sekali bagi seluruh kepimpinan PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain kerana MP Serdang Teo Nie Ching sendiri mengatakan bahawa dia masuk berceramah dan menyampaikan sumbangan didalam Surau Al Huda kerana dijemput oleh Imam serta jawatankuasa PAS surau itu. Jika tak dijemput, pasti dia tak akan masuk ke surau tersebut!

Ini sekali gus menunjukkan bahawa PAS amat jahil didalam garis panduan agama tentang hukum kafir masuk ke masjid/surau. Sudahlah berkebaya ketat pendek serta tak bertudung, perempuan kafir dari parti politik DAP ini dibenarkan bertazkirah serta berkeliaran di tempat sujud umat Islam hanya kerana pengikut PAS terlampau gembira diberikan sumbangan RM 1000 oleh Teo Nie Ching.

Nampaknya, sekarang ini PAS sanggup melacurkan institusi ibadat umat Islam di tanah Melayu ini hanya dengan nilai RM 1000 sahaja. Jika perbuatan ini tak boleh dilabelkan sebagai jahil agama, apa lagi perkataan sesuai yang kita boleh gunakan terhadap kebodohan PAS?

Saya berdoa, semoga dibulan yang mulia ini, seluruh jemaah dan pemimpin PAS beroleh hidayah dari Allah swt dan dibukakan pintu hati mereka untuk menerima kebenaran. Amin.


Sumber Che Wan (myKMU)

Jumaat, 27 Ogos 2010

Membantu Pada Yang Kurang Berkemampuan

GUAR PERAHU, Baru-baru ini telah berlangsungnya satu majlis ringkas bagi memberi sumbangan kepada insan-insan yang kurang berkemampuan telah dijalankan serentak di semua JKKKP dalam kawasan Permatang Pauh. Bagi JKKKP Guar Perahu seramai 18 orang telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh iaitu Dato' Mohamad Nasir yang diadakan di Dewan Perda Guar Perahu.

Rabu, 25 Ogos 2010

Inilah ajaran ulaRmak Nik Aziz. Bulan Ramadhan pun PAS masih nak berbohong?




Hingga ke hari ini, para pemimpin dan totok PAS telah membuat bermacam helah untuk melindungi dosa besar yang mereka lakukan apabila mendoakan kafir didalam Masjid dan juga sengaja merendahkan martabat Yang di Pertuan Agong untuk digantikan dengan Lim Guan Eng.

Untuk itu, mari kita bersama-sama lihat kronologi acara kencing beramai-ramai oleh pemimpin dan pembangang PAS & PR semua untuk cover line.....,

1) Pada mulanya, Lim Guan Eng, Malik Kassim, Mansor Othman, Mahfuz Omar, Mujahid Rawa dan Anwar Ibrahim cakap doa tersebut tak berlaku, itu semua adalah fitnah dari Zahid Hamidi dan juga UMNO.

2) Besoknya, ada jemaah di Masjid yang terbabit telah membuat laporan polis. Disertakan sekali dengan saksi dan tempat berlaku doa tu. Malah, khatib yang membacakan doa itu sendiri mengaku ada menyebut nama Lim Guan Eng dan meninggalkan nama Yang Di Pertuan Agong secara sengaja.

3) Apabila terkantoi dalam cubaan cover line yang pertama, pemimpin-pemimpin serta pengikut PAS yang buta perut telah mulakan agenda kencingan kali ke dua. Mereka dengan muka toya berkata, "oh, sebenarnya itu doa nak suruh guan eng masuk islam. Takkan itu pun salah??"

4) Tak cukup dengan itu, blogger-blogger bangang PAS secara sukarela menyumbangkan lagi kencing mereka untuk menambahkan lagi kemunafikan perjuangan PAS. Mereka dengan bangganya menyindir dengan berkata, orang UMNO tak paham bahasa arab, sebab itulah doa tersebut disalah ertikan.

5) Tetapi, kebenaran tetap muncul jua. Selang berapa jam selepas itu, keluar satu kenyataan dari saksi yang mengatakan doa tu berbunyi,

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri"

6) PAS dah semakin tersepit. Kantung kencing mereka telah hampir kering kontang akibat terlampau banyak acara kencing yang dilakukan. Akhirnya, PAS mengungkit isu Solat Hajat untuk kemenangan BN di PRK Hulu Selangor. Padahal, tiada kena mengena pun diantara dua majlis tersebut kerana nama calon Hulu Selangor langsung tak disebut walau sepatahpun didalam doa solat hajat pada hari itu. Berbeza dengan khatib PAS yang secara terang menyebut nama Lim Guan Eng dan dia telah mengakuinya pun.

7) PAS masih tak berputus asa, kini mereka pula yang menabur fitnah apabila mengatakan bahawa UMNO sengaja melarang doa untuk Lim Guan Eng kerana takut jika cina melaka bekas banduan itu memeluk Islam. Ini kira dah titisan terakhir air kencing yang PAS mampu pancutkan. Sebab tu nampak sangat tak logiknya dan tak masuk di akal.

8) Dan semalam, Mufti Perlis dan juga Kedah telah mengeluarkan kenyataan bahawa mendoakan kesejahteraan untuk kafir adalah HARAM tambah-tambah jika ia dilakukan sewaktu solat Jumaat. Ramai pengikut-pengikut PAS berguling-guling dengan kenyataan tok mufti ini dan melabelkannya dengan agen UMNO.



Hingga ke saat ini pembohongan dan juga acara kencing beramai-ramai oleh PAS ini diteruskan biarpun hanya tinggal beberapa titis sahaja lagi bagi menghalalkan perbuatan kurafat mereka dengan berdoa untuk kafir didalam khutbah Jumaat.

Ini semua jelas membuktikan juga yang pemimpin serta penganut ajaran sesat PAS sanggup berbuat apa sahaja demi menghalalkan perbuatan mereka dan sanggup berbohong serta memfitnah bagi mengatasi pihak lawan.

Kesian sungguh pada pemimpin serta pengikut taksub PAS. Rupanya perjuangan mereka hanyalah sekadar kencing merata-rata sahaja....

Khamis, 19 Ogos 2010

Kalau Depa Menang Sapa Nak jadi PM?


Mati sama lu olang!!!

Salam semua dan selamat sejahtera kepada yang bukan muslim. Hari ini saya nak jelaskan beberapa pekara yang kemungkinan ramai tidak mengetahui apa yang akan berlaku sekiranya Kerajaan Pakatan HARAM PAS,DAP dan PKR menang PRU ke 13 Kelak.

Umumnya sekarang ini kita semua mengetahui yang ketua Pembangkang di Parlimen adalah Anwar Ibrahim atas tiket PKR. Namun apakah kita lupa dan kabur bahawa kerusi Pembangkang yang paling banyak di dalam parlimen sebenarnya adalah milik DAP?

Jika ikut kebiasaanya parti politik yang memiliki kerusi pembangkang paling banyak dalam Parlimen akan di pilih secara Automatik sebagai ketua Pembangkang. Jelas di situ kerana sebelum ini tidak ada lagi Baik PAS ataupun DAP yang tidak memegang jawatan Ketua Pembangkang apabila kerusi mereka yang paling banyak di dalam parlimen.

Tapi kali ini nampaknya berbeda, mengapa?

Mungkin atas kesepakatan yang di capai oleh Pakatan Haram PAS,DAP dan PKR ini telah memberikan laluan buat Anwar Ibrahim memimpin mereka selaku ketua. Kesepakatan mereka nampaknya Utuh dan begitu di yakini oleh para penyokong mereka.

Tapi benarkah mereka bermuafakat dalam hal ini?

Harus kita semua sedar bahawa sekarang ini yang mereka miliki adalah kerusi Pembangkang dan bukan nya kerusi kerajaan Malaysia. Jika mereka PAS,PKR dan DAP menang pada PRU 13 akan datang apakah ianya akan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua mereka iaitu sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru?

Tidak akan semudah itu PAS ataupun DAP akan memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim untuk memimpin mereka. Jika PAS punya kerusi yang lebih maka tentunya Haji Hadi akan menuntut jawatan tersebut dari rakan mereka PKR dan DAP. Dan jika DAP pula yang punyai kelebihan maka merekalah yang akan memimpin Malaysia ini.

Ini jelas kerana mana mana negara sekalipun belum pernah lagi sebuah parti politik yang memang kerusi terbanyak memberikan laluan kepada rakan dari parti yang lain dalam menjawat jawatan Perdana Menteri mahupun Presiden.

Jika PAS yang menang kerusi terbanyak, kita orang melayu masih boleh menarik nafas lega, Tapi jika DAP yang punyai majoriti tertinggi?

Bila ianya berlaku maka Melayu akan menangis di bumi bertuah ini. Baik Ahli PAS, PKR mahupun UMNO sendiri pasti akan menyesali bahawa perpecahan orang orang Melayu telah menjadikan kita tuan punya tanah ini Merempat di bumi sendiri.

Sekarang DAP membiarkan Anwar Ibrahim mengambil posisi Ketua Pembangkang yang Jelas milik mereka. Tapi bila DAP memang pada PRU 13 kelak jangan di harap Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

Sesal kemudian tidak berguna, maka renung renungkanlah ia. -Gomo

Isnin, 16 Ogos 2010

Dap Miskinkan Melayu Pulau Pinang -Cikgu Zaidi

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Dasar Kerajaan Dap Pulau Pinang secara sistematik menyingkir, menindas dan membuat masyarakat Melayu negeri itu bertambah miskin, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.

“Sejak Dap dan pakatan pembangkang memerintah, kisah Bazar Ramadan diganggu atau dilarang ini bukan baru. Dulu berlaku perkara yang sama di (Bazar Ramadan) Penang Road, tahun ini di Komtar pula.

“99% peniaga ini adalah orang Melayu yang bukan kaya raya pun, banyak sederhana agak-agak boleh cari makan. Apabila dihalang begini, mereka hilang mata pencarian, berpuasa, sambut raya (Aidilfitri) di dalam keadaan kekurangan.

“Maknanya perbuatan Dap ini memang terancang dan sistematik, saya yakin mereka tahu apa kesannya kepada peniaga terlibat dan orang Melayu,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta engulas tindakan pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada bulan puasa ini.

Semua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan Jumaat dua minggu lalu tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan. Ketua Menteri, Lim Guan Eng kemudiannya tampil bukan untuk mencari penyelesaian, sebalik menambah ketegangan dengan menuduh Persatuan Peniaga Komtar (KMA) pecah amanah.

Zaidi yang juga Penyelaras BN DUN Permatang Pasir berkata, beliau bukan bercakap mengenai orang UMNO saja. “Mereka yang berniaga di Bazar Ramadan ini orang Melayu dari semua latar belakang, orang Pas pun ada, PKR pun ada, memang orang Melayu jadi mangsa.”

“Selepas itu, Guan Eng janji pula RM1,000 untuk warga emas, ingat rakyat buta? Yang dulu pun janji RM100 pun berkali bayar saja, janji masa kempen pilihan raya macam nak bagi ‘cash’ (tunai), tapi jadinya lain, mereka bayar bil air pula.

“Anwar (Ibrahim, penasihat PKR) anak Pulau Pinang yang juga jadi penasihat ekonomi Selangor, diam pula… tidak berbunyi langsung, apa lagi membela peniaga-peniaga dan nasib Melayu Pulau Pinang… apakah dia (Anwar) dan Pas restu perbuatan Dap ini?” tegas Zaidi. -MediaUMNO

Selasa, 3 Ogos 2010

Pulau Pinang Makin hanyut Ke Tengah Lautan


Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang , salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.

Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.

DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah. Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.

Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.

Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan .

DES : Ini lah yang bakal terjadi di Pulau Pinang kelak. Melayu-melayu berapa kerat yang menjadi lembu ditrik hidungnya terpaksa mengikut untuk menjaga periuk masing-masing.

Sedarlah Melayu Pulau Pinang...situasi kita amat berbeza dengan Kelantan, Kedah, Perak mahupun Selangor...- Berani buat pilihan

Ketuanan Lim Guan Eng-DAP

Lim Kiat Siang dan balaci DAP telah menyalahtafsirkan konsep Ketuanan Melayu dengan mengatakan bahawa jika bangsa Melayu adalah 'tuan' maka bangsa lain di negara ini adalah 'hamba' atau pun warganegara 2nd Class.

Mereka mengapi-apikan persepsi ini sehingga mendatangkan ketegangan dan salah tafsir yang tidak sepatutnya berlauk di negara ini.

Sedar tak sedar, Lim Guan Eng DAP sendiri mahu menjadi 'TUAN' di negeri Pulau Pinang ini. Beliau menggelar diri beliau 'TUAN' di dalam blog rasmi beliau dan juga foto rasmi beliau yang tergantung di jabatan-jabatan negeri dan bank-bank di Pulau Pinang! Yang Amat Berhormat (YAB) lagi!




Apakah beliau fikir bangsa Melayu mahu memanggil beliau 'TUAN' di negara yang pernah dipanggil 'Persekutuan Tanah Melayu' suatu ketika dulu?

Bangsa beliau sendiri pun belum tentu mahu memanggil beliau "TUAN".

Dan kerana Lim Guan Eng sudah kemaruk gelaran 'TUAN', maka rakyat Pulau Pinang yang sengsara dek 'ketuanan' beliau! - MIM


Khamis, 29 Julai 2010

CERAMAH PERDANA - TAMAN GUAR PERAHU


SATU CERAMAH PERDANA YANG BERTAJUK "ANTARA POLITIK MELAYU DAN ISLAM"
AKAN BERLANGSUNG:-
PADA: 31 JULAI 2010
JAM: 9 MALAM
BERTEMPAT: PADANG BOLA RUKUN TETANGGA TAMAN GUAR PERAHU.
PENCERAMAH: DATUK MUSTAPHA TAIB
(Pegawai Khas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri)
USTAZ MUHAMMAD BIN SAAD
(Penceramah Bebas)

ANJURAN BIRO PENERANGAN UMNO NEGERI PULAU PINANG & UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH.


SEMUA DI JEMPUT HADIR

Isnin, 26 Julai 2010

UMNO Masih Unggul


Persidangan UMNO bahagian di seluruh negara yang telah berakhir baru-baru ini memberi isyarat tersendiri. Walaupun terdapat beberapa bahagian yang berdepan dengan kemelut dalaman seperti yang dialami di Rantau Panjang dan Sungai Petani, secara keseluruhannya perjalanan persidangan lancar.

Ramai pemerhati melihat UMNO berada dalam kedudukan yang mantap, jauh lebih baik daripada komponen BN lain terutamanya MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Di bawah kepimpinan Najib Tun Razak, imej dan kekuatan UMNO terutama di kalangan orang Melayu semakin positif meskipun suara kritis dan sinikal terhadap parti itu terus kedengaran.

Kini UMNO terus menjadi parti terbesar bagi orang Melayu. Selepas proses pemutihan dijalankan, jumlah ahli berdaftar parti itu menjangkau 3.2 juta orang. Jumlah keahlian menunjukkan aliran bertambah.

Dalam pada itu, Awang tertarik dengan penganjuran Karnival Rakyat anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah pimpinan Ikhmal Hisham Abdul Aziz yang mencatatkan sejarah kehadiran lebih 20,000 orang.

Karnival itu diadakan bersempena dan serentak dengan persidangan bahagian yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin. Di atas kertas, bukan senang untuk menarik jumlah yang besar itu apatah lagi di Kelantan yang diperintah oleh Pas. Namun ia menjadi kenyataan melalui kerja keras dan pendekatan baru UMNO Tanah Merah untuk mendampingi rakyat.

Apakah ini isyarat positif daripada penduduk Kelantan, yang mungkin masih awal untuk dijadikan rumusan. Namun Awang mengucapkan tahniah kepada UMNO bahagian itu khususnya Ikhmal dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed.

Awang percaya jika semua bahagian UMNO komited, kreatif dan bersungguh-sungguh dalam usaha memenangi hati rakyat, peluang parti itu untuk mencetuskan gelombang kebangkitan amat cerah.

Malah UMNO dijangka memberikan impak lebih besar apabila kaedah pemilihan baru dilaksanakan pada musim pemilihan akan datang. Kaedah itu lebih demokratik, lebih reflektif kepada akar umbi dan dapat membantu menangani politik wang.

UMNO akan menjadi parti yang pertama dan ke hadapan dalam melaksanakan pembaharuan itu, yang telah dirintis oleh Najib. Ia akan dihargai oleh orang Melayu serta membawa mesej kepada semua – UMNO masih unggul.

Utusan Malaysia

Jumaat, 23 Julai 2010

Sidang Media Membantah Kenyataan Guang Eng

Kelmarin, gambar yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng BERBOHONG apabila menuduh Nik Ali (SDO) P.Pinang tak menyediakan tempat duduk untuknya sewaktu Majlis Pelancaran Projek Keretapi Bukit Bendera telah didedahkan kepada umum di beberapa blog dan juga media massa.


Ketua Menteri P.Pinang ini terus menikus dan menyembunyikan diri apabila pembongkaran dibuat terhadap perangai jahatnya terhadap penjawat awam. Dia yang sebelum ini begitu berani ala-ala gangster menyerang Nik Ali, kini ibarat kehilangan suara apabila perangai samsengnya diketahui umum.

Apa yang mampu dilakukan oleh Ketua Menteri pengecut ini hanyalah dengan menghantar pencacai upahan untuk bercakap bagi pihaknya.

Semalam, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Ng Wei Aik, didalam kenyataan medianya telah memutarbelitkan kenyataan dengan menuduh Nik Ali pula berbohong mengenai kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa tiada tempat duduk disediakan pada majlis pelancaran tersebut.


Ng Wei Aik juga menggelar Nik Ali sebagai seorang Little Napoleon yang KURANG AJAR kerana berperang dengan Lim Guan Eng. Cina kiasu ini juga mempertikaikan mengapa tindakan Nik Ali disokong sepenuhnya oleh pihak KSN, Menteri-menteri UMNO dan juga Perdana Menteri sendiri.

Dia juga mengugut pihak kerajaan pusat supaya mengambil tindakan tegas kepada Nik Ali jika tidak mahu kakitangan-kakitangan awam yang lain MEMBERONTAK terhadap kerajaan Barisan Nasional.


Nampak tak betapa biadapnya DAP dan seluruh kroni-kroninya. Mereka sanggup melakukan apa saja demi memastikan matlamat mereka tercapai termasuklah berbohong, memfitnah dan juga mengugut kerajaan pusat.

Inilah corak pemerintahan DIKTATOR berorientasikan KOMUNIS yang cuba diterapkan oleh Lim Guan Eng dan DAP di negeri P.Pinang.

Dan inilah juga kepimpinan yang amat disanjung-sanjung oleh seluruh pengikut PAS serta PKR di seluruh negara kononnya kepimpinan gaya Khalifah Umar r.a.

Sudahlah mereka BERBOHONG, dan apabila tembelang mereka terbongkar, sanggup pula mereka memutarbelitkan fakta dan juga bertindak mengugut pihak kerajaan pusat pula.

Atas dasar itulah maka hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh membuat sidang media menyatakan sokongan serta berdiri teguh terhadap Pegawai kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Nik Ali Bin Mat Yunus.




PROGRAM MOTIVASI & KECEMERLANGAN UPSR

PERMATANG PAUH 24/7/2010. Pada hari ini berlangsungnya Program untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program ini diadakan di Dewan Utama Giat Mara Permatang Pasir yang dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang melibatkan setiap anak-anak dari Cawangan dalam Parlimen Permatang Pauh yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 6 petang.

Penting!!

Info Baru Pendaftaran Pengundi



Kalau kita masih tidak ambil berat tentang perkara ini, apa akan jadi pada anak cucu kita akan datang kususnya di Pulau Pinang dan Perak??