Isnin, 26 Julai 2010
UMNO Masih Unggul
Persidangan UMNO bahagian di seluruh negara yang telah berakhir baru-baru ini memberi isyarat tersendiri. Walaupun terdapat beberapa bahagian yang berdepan dengan kemelut dalaman seperti yang dialami di Rantau Panjang dan Sungai Petani, secara keseluruhannya perjalanan persidangan lancar.
Ramai pemerhati melihat UMNO berada dalam kedudukan yang mantap, jauh lebih baik daripada komponen BN lain terutamanya MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Di bawah kepimpinan Najib Tun Razak, imej dan kekuatan UMNO terutama di kalangan orang Melayu semakin positif meskipun suara kritis dan sinikal terhadap parti itu terus kedengaran.
Kini UMNO terus menjadi parti terbesar bagi orang Melayu. Selepas proses pemutihan dijalankan, jumlah ahli berdaftar parti itu menjangkau 3.2 juta orang. Jumlah keahlian menunjukkan aliran bertambah.
Dalam pada itu, Awang tertarik dengan penganjuran Karnival Rakyat anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah pimpinan Ikhmal Hisham Abdul Aziz yang mencatatkan sejarah kehadiran lebih 20,000 orang.
Karnival itu diadakan bersempena dan serentak dengan persidangan bahagian yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin. Di atas kertas, bukan senang untuk menarik jumlah yang besar itu apatah lagi di Kelantan yang diperintah oleh Pas. Namun ia menjadi kenyataan melalui kerja keras dan pendekatan baru UMNO Tanah Merah untuk mendampingi rakyat.
Apakah ini isyarat positif daripada penduduk Kelantan, yang mungkin masih awal untuk dijadikan rumusan. Namun Awang mengucapkan tahniah kepada UMNO bahagian itu khususnya Ikhmal dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed.
Awang percaya jika semua bahagian UMNO komited, kreatif dan bersungguh-sungguh dalam usaha memenangi hati rakyat, peluang parti itu untuk mencetuskan gelombang kebangkitan amat cerah.
Malah UMNO dijangka memberikan impak lebih besar apabila kaedah pemilihan baru dilaksanakan pada musim pemilihan akan datang. Kaedah itu lebih demokratik, lebih reflektif kepada akar umbi dan dapat membantu menangani politik wang.
UMNO akan menjadi parti yang pertama dan ke hadapan dalam melaksanakan pembaharuan itu, yang telah dirintis oleh Najib. Ia akan dihargai oleh orang Melayu serta membawa mesej kepada semua – UMNO masih unggul.
Utusan Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mmg tak dapat di nafikan lagi en Awang.saya suka dengan komen anda tu.
BalasPadam