Khamis, 7 Februari 2013

DR MAZLAN VS ANWAR Di Permatang Pauh??



Sedang heboh diperkatakan sekarang ini yang bakal calon UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh bukannnya datang dari yang ahli politik tegar yang mana sudah pasti bukannya dari kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh atau mana-mana bahagian sekalipun.

PB turut yakin yang desas-desas ini ada kebenarannya berdasarkan cerita dari informer yang sangat boleh dipercayai.
Pertamanya aku sempat berbual dengan saudara terdekat Dr Mazlan ini yang membayangkan kemungkinan besar beliaulah calon yang bakal menggalas panji UMNO untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh berdasarkan beberapa faktor dan siri perjumpaan yang rasanya sulit untuk diceritakan di sini.

Dan yang keduanya PB mendapat maklumat sahih, Dr Mazlan sendiri akan membuka bilik gerakan Pilihanraya Parlimen Pauh di Kubang Ulu dalam masa yang terdekat berdasarkan pelbagai urusan-urusan yang telah Dr Mazlan lakukan ke arah membuka bilik gerakan tersebut.

Ini merupakan suatu perkembangan menarik bagi UMNO untuk menampilkan calon yang dikatakan berpewatakan alim dan bersih, seorang yang terpelajar jauh beza berbanding dengan Anwar yang hanya ada Ijazah Am Pengajian Bahasa Melayu serta anak tempatan yang datang dari Mengkuang dan yang paling penting, Dr Mazlan dikatakan 'winnable candidate' yang direstui oleh DS Najib sendiri.

Ini semua adalah 'x-factor' yang dimiliki oleh Dr Mazlan yang menyebabkan Anwar berkira-kira hendak angkat kaki berdasarkan artikel dibawah?
Mungkin Anwar dah terhidu bau kekalahan dan riwayat politiknya akan berakhir jika terus bertanding di Permatang Pauh. Anwar kini hanya mengharapkan penyokong tegarnya yang tak ramai mana pun serta pengundi import dari Kulim dan kawasan berhampiran yang bertukar tempat mengundi ke Permatang Pauh semata-mata untuk menunjukkan kekuatannya yang tak seberapa.
Tambahan lagi, gelombang BN di Permatang Pauh kini makin diterima oleh rakyat berdasarkan pelbagai gerak kerja dan turun padang yang telah dilakukan semakin dilihat membuahkan hasil.
Paling penting disini, kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh yang diketuai oleh Dato' Jalil serta barisan jenteranya haruslah menyokong dan bekerja untuk memenangkan calon ini 100%. Jauhkan dari sikap cah keting, tikam belakang dan sabotaj sesama parti.
InsyaAllah, kerusi Parlimen Permatang Pauh tak mustahil boleh ditawan kembali oleh UMNO/BN.

1 ulasan:

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    BalasPadam