PB mengucapkan tahniah kepada UMNO P.Pinang khusunya Bahagian Permatang
Pauh yang bangkit mempertahankan maruah Perdana Menteri Malaysia yang
diaibkan cukup memalukan dan penghinaan oleh Adun PKR Machang Bubuk Lee
Khai Loon .
Orang Melayu sudah tak boleh bersabar lagi dengan pelbagai penghinaan
bukan sahaja terhadap agama Islam ( kalimah Allah ) , isu Melayu ( gerai
diroboh ) , kini mereka sudah berani menghina pemimpin Melayu Islam
kita iaitu YAB PM .
Bantahan melalui himpunan aman dihadiri 3 ribu orang hari ini
membuktikan orang Melayu tidak boleh menerima penghinaan dan perbuatan
mengaibkan dibuat pemimpin pembangkang.
Malah dalam ucapan DS Reezal Merican juga mencabar Adun PKR itu
melakukan sekali lagi perbuatan biadap itu supaya dia boleh lihat
sendiri bagaimana kemarahan orang Melayu .
Lebih 3,000 orang menyertai perhimpunan bagi mengecam tindakan biadab
ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat
kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah
pasar malam di Machang Bubuk Rabu lepas.
Perhimpunan anjuran Umno bahagian Permatang Pauh itu juga bertujuan
membantah tindakan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan
amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan
menghina Melayu dan agama Islam.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk
Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perhimpunan yang disertai
Badan Bukan Kerajaan dan badan kebajikan Melayu itu merupakan amaran
kepada pihak yang tidak beretika supaya jangan menghina Islam dan
perdana menteri.
"Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan sampai menghina.
Tindakan yang dilakukan oleh Adun Machang Bubuk itu bukan sahaja biadab
tetapi kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyertai
perarakan lebih satu kilometer yang diadakan di sekitar Pusat Bandar
Sunway, Seberang Jaya hari ini.
Perarakan yang bermula di Pusat Sukan Sunway dan berakhir di Pasaraya
Sunway Carnival itu turut disertai Setiausaha Badan Perhubungan Umno
Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bahagian
Permatang Pauh Mohd Zaidi Said dan barisan kepimpinan Umno Pulau Pinang.
Selain melaung slogan 'Hidup Melayu' dan berselawat peserta perarakan
itu juga membawa kain rentang yang mengecam perbuatan biadab itu.
- Bernama
himpuna ini hanya satu permulaan kebangkitan ...