Ahad, 29 Ogos 2010

Putar Belit PAS



Amat menghairankan sekali bagaimana PAS serta para ilmuan agamanya sanggup menghalalkan dan mempolitikkan isu MP Serdang masuk bertazkirah di saf pertama surau di Selangor yang menjadi tempat orang Islam sujud menghadap Allah swt.

PAS seakan-akan membutakan mata dengan isu sebenar yang menjadi fokus umat Islam yang tak mahu imej Islam serta imej institusi masjid/surau dipolitikkan demi kepentingan peribadi beberapa pihak.

Sebenarnya, apa yang terjadi dan menjadi pertikaian ialah, mengapa kafir dari parti DAP boleh membuat ucapan berlandaskan politik didalam Surau Al Huda? Dan mengapa perempuan kafir seperti Teo Nie Ching ini tak menutup aurat dengan hanya berkebaya pendek serta tak bertudung dibenarkan oleh Jawatankuasa Surau Al Huda masuk dan memberi ucapan kepada jemaah surau?

Bukankah dua perkara ini sahaja sudah menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri berkenaan kebenaran kafir memasuki masjid/surau?

PAS hari ini memutarbelitkan kenyataan dan cuba menyimpangkan persoalan sebenar dengan memainkan isu kafir tak boleh memasuki masjid/surau.

Siapa yang kata bahawa kafir tak dibenarkan masuk ke masjid dan surau? Umno dan kerajaan tak pernah pun membuat kenyataan bahawa bukan Islam dilarang masuk ke masjid dan surau. Cuma yang dinyatakan, ada garis panduan tertentu untuk membenarkan kafir berziarah ke dalam institusi beribadat umat Islam ini. Perkara ini harus di fahami oleh semua pihak.

Yang dipertikaikan didalam isu MP Serdang ini ialah, mengapa kafir dibenarkan berdiri di sebelah Mimbar sambil memberikan ucapan agenda politik mereka? Dan juga, mengapa perempuan kafir tersebut dibenarkan mencemarkan imej institusi agama Islam dengan sewenang-wenangnya tak menutup aurat sewaktu memasuki tempat beribadat orang Islam?

Apakah berkebaya pendek dan ketat itu diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin PAS sebagai menutup aurat dengan sempurna? Apakah dengan berambut gondrong tak bertudung itu dikira halal bagi pemimpin-pemimpin PAS untuk Teo Nie Ching berkeliaran didalam surau tersebut?

Amat menyedihkan apabila PAS telah spin isu ini 360 darjah dengan menggunakan sirah Nabi serta ayat hadis demi kepentingan politik mereka. Inilah amalan sejak berzaman yang dipraktikkan oleh ulamak-ulamak didalam PAS untuk berpolitik. Agama dipergunakan untuk mereka melepaskan tengkuk mereka yang semakin terjerut oleh permainan politik menghalalkan cara.

Kini, untuk menjuarai isu MP kafir di Serdang ini, PAS telah secara sewenang-wenangnya menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (yang bermaksud) :

“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (HR al-Bukhari)

Persoalannya, apakah tawanan kafir yang didalam hadis tersebut berceramah kepada orang Islam di mimbar masjid yang dimaksudkan seperti yang dilakukan oleh MP Serdang Teo Nie Ching? Kafir didalam hadis tersebut adalah merupakan tawanan perang umat Islam pada ketika itu tetapi apakah Teo Nie Ching juga adalah merupakan “tawanan” jemaah di Surau Al Huda?

PAS juga telah menggunakan alasan bahawa Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah telah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam.

Persoalannya disini, Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah tak mengeluarkan pendapat pun tentang membenarkan kafir berceramah serta berpolitik didalam masjid seperti yang MP Serdang ini lakukan.

Kini, apakah PAS mengatakan kafir tersebut juga boleh memberikan ucapan berideologi politik di saf pertama tempat umat Islam sujud kepada Allah swt dengan tanpa menutup aurat hanya kerana Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi memberikan pendapat yang kafir boleh memasuki masjid?

Inilah yang dikatakan perbuatan mempergunakan agama demi menghalalkan permainan politik yang sedang dilakukan oleh PAS. Nampak tak bagaimana mereka menyelewengkan isu sebenar MP Serdang ini untuk menutup kejahilan sebenar mereka didalam beragama.

Dan amat malang sekali bagi seluruh kepimpinan PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain kerana MP Serdang Teo Nie Ching sendiri mengatakan bahawa dia masuk berceramah dan menyampaikan sumbangan didalam Surau Al Huda kerana dijemput oleh Imam serta jawatankuasa PAS surau itu. Jika tak dijemput, pasti dia tak akan masuk ke surau tersebut!

Ini sekali gus menunjukkan bahawa PAS amat jahil didalam garis panduan agama tentang hukum kafir masuk ke masjid/surau. Sudahlah berkebaya ketat pendek serta tak bertudung, perempuan kafir dari parti politik DAP ini dibenarkan bertazkirah serta berkeliaran di tempat sujud umat Islam hanya kerana pengikut PAS terlampau gembira diberikan sumbangan RM 1000 oleh Teo Nie Ching.

Nampaknya, sekarang ini PAS sanggup melacurkan institusi ibadat umat Islam di tanah Melayu ini hanya dengan nilai RM 1000 sahaja. Jika perbuatan ini tak boleh dilabelkan sebagai jahil agama, apa lagi perkataan sesuai yang kita boleh gunakan terhadap kebodohan PAS?

Saya berdoa, semoga dibulan yang mulia ini, seluruh jemaah dan pemimpin PAS beroleh hidayah dari Allah swt dan dibukakan pintu hati mereka untuk menerima kebenaran. Amin.


Sumber Che Wan (myKMU)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan