Selasa, 3 Ogos 2010

Ketuanan Lim Guan Eng-DAP

Lim Kiat Siang dan balaci DAP telah menyalahtafsirkan konsep Ketuanan Melayu dengan mengatakan bahawa jika bangsa Melayu adalah 'tuan' maka bangsa lain di negara ini adalah 'hamba' atau pun warganegara 2nd Class.

Mereka mengapi-apikan persepsi ini sehingga mendatangkan ketegangan dan salah tafsir yang tidak sepatutnya berlauk di negara ini.

Sedar tak sedar, Lim Guan Eng DAP sendiri mahu menjadi 'TUAN' di negeri Pulau Pinang ini. Beliau menggelar diri beliau 'TUAN' di dalam blog rasmi beliau dan juga foto rasmi beliau yang tergantung di jabatan-jabatan negeri dan bank-bank di Pulau Pinang! Yang Amat Berhormat (YAB) lagi!




Apakah beliau fikir bangsa Melayu mahu memanggil beliau 'TUAN' di negara yang pernah dipanggil 'Persekutuan Tanah Melayu' suatu ketika dulu?

Bangsa beliau sendiri pun belum tentu mahu memanggil beliau "TUAN".

Dan kerana Lim Guan Eng sudah kemaruk gelaran 'TUAN', maka rakyat Pulau Pinang yang sengsara dek 'ketuanan' beliau! - MIM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan