Isnin, 11 Oktober 2010

N45 Galas....MELAYU BANGKIT BERSAMA ANGIN PERUBAHAN UMNO



Mengapa Orang Melayu di ...Galas mesti tinggalkan PAS dan kembali kepada UMNO.
Kita telah lihat bagaimana Kelantan dulu yang begitu terkenal dengan julukan 'Serambi Mekah' dah tak serupa lagi seperti namanya akhir-akhir ini sejak PAS memerintah.Tujuan asal PAS itu sebenarnya telah lama menyimpang jauh...mereka juga sebenarnya tidak ter'galas' amanah Allah seperti yang mereka gembur-gemburkan. Ini kerana mereka (PAS) lebih berat berdakyah (politik) dari menyempurnakan keperluan dakwah.

Kita lihat dan dengar serta banyak membaca kejadian keruntuhan moaral yang tingi berlaku di Kelantan yang tidak sepatut nya berlaku disana. Jika ada pun ditahap amat rendah sekali. Memang betul, kebatilan dan kemungkaran boleh berlaku dimana-mana sahaja. Tetapi persoalan kita mengapa di Serambi Mekah statistiknya amat tinggi dari negeri lain. Bukankah penguatkuasaan dan pendidikan moral ala PAS selama 20tahun ini sepatutnya sudah dapat menjadikan orang Kelantan amat 'beriman' ?

Orang-orang Galas sudah boleh memikirkannya apa yang terbaik, mengapa PAS harus ditolak. kerana anda sebenarnya telah terpinggir dari pembangunan minda serta anda telah dihalang dari untuk memajukan diri sebagai ummah yang benar-benar berilmu.

Sudah sampaikan masanya kita tinggalkan spesis yang sentiasa bernaung dibawah Setan DAP.

Kita akan kembalikan seluruh negeri Klelantan, ketangan Orang Yang Bangga Dirinya Sebagai Melayu Islam Dari Menjadi Islam Yang Tidak Beridentiti !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan