Isnin, 11 Oktober 2010

Kalau Tak mampu, Sila Letak Jawatan!!



Sudah jadi satu trend didalam Pakatan menuduh UMNO didalam setiap masalah yang berlaku kepada parti-parti mereka.

Terdahulu, Saifuddin Nasution telah menuduh UMNO yang menjadi dalang disebalik kekecohan hingga terdapat insiden baling kerusi sewaktu pemilihan PKR.

Begitu juga dengan DAP yang menafikan bahawa ahli-ahli mereka terlibat didalam demonstrasi menyokong Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran keluar dari parti tersebut. DAP juga tak menolak demo tersebut didalangi oleh pihak luar.

Yang terbaru, seramai 30 ahli PAS telah berhimpun di hadapan bangunan Pejabat Menteri Besar Kedah bagi mendesak Azizan Razak meletakkan jawatan. Mereka bertindak demikian kerana tindakan kerajaan PAS negeri menaikkan tarif air di negeri tersebut.

Dengan tindakan ahli-ahli PAS kawasan Yan ini, sudah ada suara-suara sumbang yang mendakwa pihak UMNO mendalangi demonstrasi tersebut. Dan nama yang dikaitkan ialah anak kepada seorang pemimpin lagenda negara.

Begitulah jumudnya permainan politik Pakatan Rakyat. Mereka hanya tahu menuduh orang lain diatas kesilapan yang telah mereka lakukan.

Malang bagi pengikut serta penyokong pemimpin munafiq didalam Pakatan. Mereka ini sanggup membenarkan diri mereka diperbodohkan dan dilembukan hanya semata-mata kerana taksub keterlaluan terhadap pemimpin!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan