Rabu, 20 Oktober 2010
Kerja Depa Nak Bangkang Saja
Apa guna berjanji, kalau tak ditepati, kelak merana diri, engkau sendiri, mengigit jari.. itu adalah
bait-bait lagu yang diciptakan oleh Tan Sri P.Ramlee dan dinyanyikan oleh Biduanita Saloma.
Kadang-kadang bila difikirkan balik, puak-puak pemimpin Pakatan ni memang tak tahu apapun selain dari membangkang.., semuanya salah. Bagi salah..tak bagi salah. Jika pasal bonus ni, saya rasa bagi kepada kakitangan yang betul-betul memerlukan sudah la.
Lagipun, sebelum raya kerajaan dah bagi RM500, dan pada bulan Disember ni kerajaan akan tambah lagi RM500. Kalau kerajaan bagi bonus untuk semua kakitangan, nanti pembangkang dalam Pakatan kata pulak itu semua adalah gula-gula pilihan raya.
Yang si Anwar ni pun masalah juga. Berjanji sana sini bagai nak rak, tapi dah terbukti bahawa manusia ni hanya setakat pandai berjanji saja. Bukan seorang dua yang tertipu dengan janji manis pengkhianat negara ni, ramaiiii dah kena khususnya penduduk P.Pinang.
Contohnya kes Kampung Buah Pala. Seluruh kampung kena tipu hidup-hidup dengan Anwar yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri ni. Seluruh kampung tu tergadai hanya kerana penduduknya percayakan janji manusia haprak seperti Anwar.
Kini Anwar datang lagi dengan janji-janji manisnya kepada kakitangan kerajaan pula. Kononnya bonus akan diberi tetap tiap-tiap tahun sekiranya dia jadi Perdana Menteri. Bodohlah kakitangan kerajaan jika mereka percaya dengan si penggemar jubur lelaki ni.
Anwar ni sebenarnya bukan tahu apapun mengenai pembangunan ekonomi dan cara menguruskan kewangan. Berlagak saja lebih sebenarnya. Dulu sewaktu dia jadi Menteri Kewangan, bukan sikit kerugian yang disebabkan oleh kedungguannya.
Antara kerosakan besar yang dilakukan oleh Anwar terhadap sistem ekonomi negara ialah, langkah menaikkan faedah bagi setiap pinjaman oleh peminjam di bank kononnya bagi menjana ekonomi pada tahun 97. Ternyata langkah yang dilakukan oleh Anwar hampir menyebabkan negara dilanda krisis inflasi yang teruk.
Begitu juga dengan kehilangan wang rizab Bank Negara yang berjumlah hampir RM1 Billion. Anwarlah yang bertanggung jawab menyarankan wang tersebut dilaburkan ke FOREX bagi mencari keuntungan mudah. Mula-mula tu untunglah sikit, tetapi akhirnya semua wang tersebut lenyap begitu saja akibat kerugian.
Ini hanya sebahagian saja dari kemusnahan yang dilakukan oleh Anwar didalam negara. Belum lagi dikira imej negara yang tercemar dengan penglibatannya dengan ejen-ejen yahudi di luar negara.
Ini membuktikan bahawa Anwar tak layak untuk bercakap mengenai pembangunan ekonomi serta pengurusan kewangan negara.
Kalau setakat hanya pandai berjanji, Pakatan Rakyat tak perlu mengangkat Anwar sebagai pemimpin, ramai lagi didalam kem Pakatan terutamanya PAS yang cukup mahir berbuat demikian.
Kalau ikut PAS, jangankan kata bonus, syurga dan pahala pun sanggup dipertaruhkan sebagai gula-gula kepada rakyat!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan